VIVO X5PRO KINI DI PASARAN MALAYSIA
Vivo X5PRO kini berada di Malaysia.
Jenama telefon bimbit buatan China berkenaan telah pun dilancarkan dalam satu majlis penuh glamor dan besar-besaran dengan kehadiran lebih 1,500 orang terdiri daripada ahli-ahli vivo, peminat, pengguna, pembeli dan penjual bertempat di Dewan Pameran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur baru-baru ini.
Dengan slogan “Touched by Beauty”, acara pelancaran vivo X5Pro turut dihadiri artis jemputan dari Malaysia dan Cina di mana Soo Wincci dan artis duo terkenal dari China, Fuying & Sam diberi penghormatan memperkenalkan vivo X5Pro di atas pentas.
Encik Alex Feng selaku Naib Presiden Vivo Global dalam ucapannya aluan aluannya menegaskan bahawa Vivo bertumpu untuk menjadi pengeluar telefon pintar, dan sentiasa mengikuti moto mereka: “Berani menolak had dan terus membawa kejutan baru”, dan telah pun menghasilkan banyak telefon pintar yang menakjubkan.
Sejak pelancaran telefon pintar vivo yang pertama pada tahun 2012, vivo X1, vivo X3 dan vivo X5Max bukan sahaja berturut-turut memecahkan rekod telefon pintar paling nipis di dunia, tapi juga mempunyai kualiti bunyi Hi-Fi
Vivo menghasilkan telefon pintar dengan skrin 2K vivoXplay3S pada tahun 2013, aperture F1.6 besar & optic penstabilan imej Xshot pada tahun 2014, dan telefon pintar pertama di dunia yang mempunyai “Touched by Beauty “, vivo X5Pro.
Alex Feng juga berkata, vivo mempunyai keyakinan penuh dalam pasaran Malaysia.Sejak vivo ditubuhkan, mereka berkomited untuk mengejar keseronokan, kecergasan, dan menarik perhatian para belia – dengan produk yang cantik dari segi estetik, mempunyai kualiti bunyi Hi-Fi profesional, dan memberikan pengguna pengalaman yang bagus.
Pada tahun 2014, vivo mula melaksanakan strategi antarabangsa mereka dan telah didaftarkan di lebih 100 negara di seluruh dunia termasuk negara Thailand, India, Myanmar dan Indonesia.
Sebagai sebuah negara yang penting dalam ekonomi Asia, Malaysia sentiasa dipandang sebagai pasaran penting oleh vivo.Selepas kemasukan rasmi ke pasaran Malaysia, vivo akan menempatkan inovasi mereka untuk mencipta nilai yang lebih besar bagi pelanggan-pelanggan mereka di Malaysia, dan juga membantu menghebohkan jenama vivo untuk menarik perhatian para belia Malaysia yang bergaya.
CEO vivo Malaysia, Mr Lewis Zeng pula pada ucapannya menambah:
“Industri telefon pintar di Malaysia berkembang dengan pesat, dan vivo telah pun membina rangkaian kami secara aktif di seluruh Malaysia – termasuk lebih 2,000 pusat jualan, 10 pusat perkhidmatan dan hampir 1,000 orang pekerja. Pada tahun 2015, vivo Malaysia akan terus meningkatkan pelaburan dalam membina enama vivo, serta meningkatkan bilangan saluran pengedaran dan pusat perkhidmatan di Malaysia. Dalam masa terdekat, vivo akan terus menyediakan produk yang lebih kompetitif serta menyediakan perkhidmatan yang lebih setempat untuk para pengguna di Malaysia."
Menurutnya vivo juga akan melancarkan telefon pintar terbaru mereka yang digelar “Touched by Beauty “, vivo X5Pro. Diilhamkan oleh alam semula jadi, telefon mempunyai permukaan yang menyerupai setitik air, kaca 2.5D bermuka dua digabungkan dengan rekabentuk bingkai logam dan kemasan yang menakjubkan, semua dalam badan langsing yang hanya 6.44mm. Vivo X5Pro adalah sempurna secara terperinci, memberangsangkan dalam kedua-dua visual dan fungsi, dan menyeru konsep “Touched by Beauty” secara sempurna.
Dari segi fungsi, vivo X5Pro dipasang dengan SmartWake yang membolehkan pengguna mengawal telefon pintar dengan isyarat tangan.Telefon ini juga mempunyai tumpuan dan kedudukan tengah PDAF, bersama flash kelajuan tinggi – vivo telah mencapai telefon pintar yang mempunyai kelajuan AF industri yang terpantas.
Bergambar bila-bila saja, dan masih mencapai gambar yang jelas. X5Pro juga mampu mengenal pasti jantina serta individu berdasarkan gaya tersendiri, secara automatik. Dikuasakan oleh cip AKM AK4375 digabungkan dengan pengalaman vivo yang mendalam – X5Pro pasti menjadi standard Hi-Fi.
Produk terbaru vivo pada 2015 dijanjikan untuk memberi para pengguna kualiti bunyi Hi-Fi, super nipis, kamera berkualiti tinggi, serta sistem operasi Fun Touch.Telefon pintar ini pasti memberi pengalaman terbagus untuk para belia Malaysia pada masa kini.
"Di China, vivo X5Pro adalah salah satu telefon pintar yang paling popular, menyebabkan vivo X5Pro muncul sebagai juara dari segi jualan semasa musim panas. Saya percaya bahawa vivo X5Pro juga akan mengkagumkan pasaran Malaysia, dan menarik perhatian para peminat telefon pintar, kata Alex penuh yakin.