Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

GILLETTE PERKENAL PENCUKUR TEKNOLOGI FLEXBALL PIANO



Gillette memperkenalkan innovasi terbaharu dalam mencukur dengan wujudnya Gillette Fusion ProGlide dengan Teknologi FlexBall.


Seperti kata pengacara Kesh Sandhu, tiada lagi wajah buruk atau mimik muka yang pelbagai rupa kala mencukur dengan adanya inovasi pencukur terbaharu ini daripada Gillette edaran P&G.

Kebolehan Gillette Fusion ProGlide dengan Teknologi FlexBall™ yang baharu diperkenalkan dengan demonstrasi daripada pemuzik terkenal Dennis Lau dengan mempersembahkan sebuah lagu gubahannya sendiri yang bertajuk ‘The Journey’, menggunakan piano yang dikuasakan dengan lebih 50 pencukur Gillette FlexBall™, memperlihatkan kuasa pergerakan ke kiri dan kanan serta ketepatan innovasi produk.

Pergerakan unik Gillette FlexBall™ yang baharu ini dilaras untuk mencapai kesempurnaan dan para penonton di dataran pusat membeli-belah 1 Utama sangat teruja apabila persembahan ini mencapai kemuncaknya.


Gillette Fusion ProGlide dengan Teknologi FlexBall™ berkenaan adalah yang pertama seumpamanya yang memutar bilah pencukur ke kiri dan ke kanan – memberikan julat pergerakan yang baharu ketika mencukur untuk tindak balas yang lebih baik kepada kontur wajah. 

Dimensi yang benar-benar baru bagi pergerakan, Teknologi FlexBall™ dibina berdasarkan inovasi yang dibawakan Gillette ke dalam dunia pencukuran pada 1977 dengan pencukur berputar yang pertama di dunia. 



Namun, dengan bentuk 3D wajah lelaki yang mempunyai kira-kira 25,000 helai rambut untuk dicukur, teknologi FlexBall™ baharu kini menambah dimensi ketiga pergerakan yang sangat penting supaya dapat menyentuh muka dengan lebih rapat berbanding pisau cukur sebelumnya. 

Kini, Gillette Fusion ProGlide yang baru mampu mencapai setiap helai rambut di mana ia tumbuh sama ada di kawasan pipi yang bulat atau topografi dagu yang rumit.


Pencukur Gillette FlexballTM yang baharu ini didatangkan dengan pisau cukur Gillette yang paling nipis dan halus – 5 kali lebih nipis dari rambut biasa dan mempunyai salutan rendah rintangan yang membolehkan pisau cukur ini memotong rambut dengan kurang tarikan, tambahan Precision Trimmer di belakangnya untuk cukuran pinggir yang lebih tepat dan penggayaan serta teknologi Snowplow di atas Micro Skin Guard yang meregangkan kulit untuk cukuran yang lebih rapat dan selesa.

Dari 26 hingga 31 Ogos, Gillette Fusion ProGlide dengan Teknologi FlexBall™ yang baharu dan piano Gillette FlexBall™ yang unik akan dipamerkan di kawasan dataran di luar Royal Selangor, pusat membeli-belah 1Utama (Old Wing).

Para pengunjung akan dapat menikmati:

Persembahan Piano Setiap Hari dari 27 – 31 Ogos *pada jam 12pm dan 7pm malah pelanggan yang berbelanja RM35 ke atas untuk produk Gillette Fusion ProGlide dengan teknologi FlexBall™ berpeluang  mendapatkan Hadiah Eksklusif dengan Pembelian seperti syampu Head & Shoulders Cool Menthol, pemegang pencukur Gillette, beg kembara Gillette, payung golf Gillette dan cadar Nouvelle.  Tawaran terbua sementara stok masih ada dan tertakluk kepada Terma & Syarat.