Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PANDORA LANCAR KOLEKSI MUSIM LURUH 2015 27 OGOS


Pandora Malaysia melancarkan koleksi musim luruh 'Autumn Collections 2015' dalam satu majlis prebiu eksklusif kepada media di Menara Worldwide, Kuala Lumpur malam semalam (Selasa).

Majlis yang dianjurkan dengan kolabrasi bersama Laura Mercier sebagai penaja solekan dan pakaian dari Zalora Malaysia menyaksikan barisan model memperagakan sebahagian daripada 74 design baru koleksi musim luruh 2015.

Majestic Feathers - cincin perak, cubic zirconia RM479
"Kesemua koleksi ini akan mula berada untuk jualan di kesemua butik Pandora seluruh negara mulai 27 Ogos depan dan saya yakin pencinta Pandora tidak sabar menunggu keluarannya," ujar Datin Sri Zarida Noordin, Pengarah Urusan Pandora Malaysia.

Hadir bersama beliau ialah suami tercinta, Dato Meer Habib disertai Isabella Mann, Naib Presiden Pemasaran, Pandora Asia Pasifik dengan Vikki Kong selaku Pengarah Perkhidmatan Pemasaran.
'Flora Lacework' - Dari RM1,479.


Koleksi musim luruh ini diinspirasikan daripada dedaun flora dan fauna yang direka dalam perak sterling yang elegan bersadur emas 14 karet.
'Forever Pandora' (Elegant Signature) - Dari RM189-RM569.


Unsur mistik phoenix yang sering diperkata dalam cerita dongeng atau lagenda rakyat dicetuskan dalam bentuk rekaan salah satu daripada koleksi siri  "Majestic Feathers' (seperti gambar atas) di mana desain berbentuk burung dengan helaian bulu dikraf begitu teliti dan berkualiti tinggi.

Beberapa siri koleksi lain diilhamkan daripada motif flora renda 'Lace Botanique', 'Elegant Signature', 'Delicate Nature' dan 'Embelishment Trend'.
'Lace Botanique' - RM1,479

Tidak dapat dibayangkan kualiti dan pembuatannya yang halus dalam pelbagai bentuk dan corak eksklusif berunsurkan musim luruh. Anda perlu melihatnya sendiri untuk menikmati keindahan pembuatan dan rekaannya.

Barangkali 'Autumm Collections 2015'  ini bersesuaian dengan peribadi anda sekiranya lahir pada bulan musim luruh atau pun meraikan ulang tahun perkahwinan contohnya. Hadiah yang pasti menarik bagi sang suami memilih untuk isteri tercinta.

Sesungguhnya, memiliki dan memakai Pandora mampu menterjemahkan personaliti diri anda sekali gus mengembalikan nostalgia sebagaimana slogan Pandora 'unforgettable moments. Tentunya ia membawa satu kenangan indah sepanjang hidup.

Mengakhiri majis prebiu, para tetamu dihiburkan dengan nyanyian dari Diandra.
'Delicate Nature' - RM379

Pertanyaan dan info lanjut boleh layari www.pandoragroup.com atau memperoleh inspirasi dengan melayan laman www.pandora.net.