AARON, DIYANA BANTU KEMPEN MINUM SUSU
Mungkin kah anda penggemar susu tetapi kurang meminumnya? Atau barangkali anda rasa segelas sudah cukup untuk memberi tenaga dan menyihatkan tubuh badan. Untuk mengetahui lebih lanjut khasiat sebenarnya susu dan amalan meminumnya boleh lah kunjungi pameran Dutch Lady Pure Farm yang akan memulakan kempen 'Susu 2 Sehari; yang akan bermula seluruh negara pada 10 Oktober depan.
Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) baru-baru ini memperkenalkan kempen yang menggalakkan keluarga di Malaysia agar minum 2 sajian susu setiap hari sebagai sebahagian daripada diet yang seimbang. Bertemakan Dua Susu Sehari: Susu 2 Sehari: Hadiah Terbaik Untuk Keluarga Anda, kempen ini juga menekankan agar minum 2 sajian susu sehari untuk mendapatkan kebaikan khasiatnya dan di samping itu, juga membantu menangani jurang perbezaan nutrisi di kalangan kanak-kanak Malaysia seperti yang ditemui daripada kajian SEANUTS atau Kaji selidik Nutrisi Asia Tenggara.
Berucap
di majlis pelancaran kempen, Cik Jo-Anne Jayasiri, Pengurus Pemasaran untuk
Dutch Lady Malaysia menegaskan bahawa susu merupakan sumber nutrisi yang
penting untuk keluarga.
"Susu merupakan salah satu makanan yang berpatutan dan sumber nutrisi paling lengkap untuk seisi keluarga, juga membantu kanak-kanak dalam tumbesaran dan perkembangannya serta memperkukuhkan tulang dan otot untuk golongan dewasa," katanya.
"Susu merupakan salah satu makanan yang berpatutan dan sumber nutrisi paling lengkap untuk seisi keluarga, juga membantu kanak-kanak dalam tumbesaran dan perkembangannya serta memperkukuhkan tulang dan otot untuk golongan dewasa," katanya.
"Namun,
rakyat Malaysia tidak minum susu yang mencukupi," ujar Jo-Anne. Jo-Anne
menjelaskan bahawa mengikut Kajian Nutrisi Orang Dewasa Malaysia (MANS) 2003,
rakyat Malaysia hanya mengambil 0.14 sajian susu dan produk tenusu setiap hari,
iaitu hanya segelas kecil seminggu, berbanding dengan Garis Panduan Diet Malaysia
yang mencadangkan untuk pengambilan sebanyak 1 -3 sajian sehari.
"Sebagai
pengeluar susu utama di Malaysia, ini merupakan tanggungjawab kami untuk memberi
sumbangan dalam pemakanan yang sihat di kalangan rakyat Malaysia dan membantu
mereka membina keluarga yang sihat.
Kempen 2 Sehari merupakan usaha kami untuk - mewawarkan dan menggalakkan
rakyat Malaysia supaya meminum susu berdasarkan jumlah sajian yang dicadangkan
dalam Garis Panduan Diet Malaysia demi memperoleh kebaikan nutrisinya,"
kata Jo-Anne (pix kanan).
Jo-Anne
juga berbesar hati mengumumkan bahawa Dutch Lady Malaysia telah bekerjasama dengan
Persatuan Pemakanan Malaysia (Nutrition
Society of Malaysia atau NSM) serta selebriti Aaron Aziz dan keluarganya
untuk menyampaikan kempen kepada keluarga-keluarga Malaysia tentang kebaikan
susu dan betapa mudahnya untuk menggabungkan 2 sajian susu dalam diet harian
keluarga warga Malaysia.
"Pengetahuan
and bimbingan akan disalurkan kepada keluarga di Malaysia melalui media dan pameran bergerak diadakan
tentang status nutrisi mereka. Mereka juga boleh mendapat nasihat daripada
pakar-pakar pemakanan yang bertauliah tentang
caranya untuk menggabungkan 2 sajian susu setiap hari sebagai sebahagian
daripada diet yang seimbang," katanya.
Profesor Dr. Norimah Karim, selaku
Setiausaha Kehormat mewakili Persatuan Pemakanan Malaysia dan Ketua Program
Pemakanan, untuk Pusat Pengajian Sains Jagaan Kesihatan, Universiti Kebangsaan
Malaysia turut hadir di majlis pelancaran kempen.
“Susu adalah minuman yang serba berkhasiat di mana ia dalam bentuk yang sedia ada dan boleh menikmatinya dengan segera, bersama makanan dan minuman yang lain. Selain itu, susu juga sesuai dinikmati oleh seisi keluarga," ujar Prof.
“Susu adalah minuman yang serba berkhasiat di mana ia dalam bentuk yang sedia ada dan boleh menikmatinya dengan segera, bersama makanan dan minuman yang lain. Selain itu, susu juga sesuai dinikmati oleh seisi keluarga," ujar Prof.
Merujuk
kepada penemuan SEANUTS yang menunjukkan bahawa hampir separuh daripada
kanak-kanak yang dikaji mengalami kekurangan Vitamin D dan 1 daripada 20 orang
mengalami masalah kekurangan nutrisi, Prof. Dr. Norimah berkata:
"Untuk kanak-kanak yang mengalami kekurangan nutrisi, adalah penting untuk mereka meminum 2 sajian susu sehari untuk memastikan mereka mendapati nutrisi penting yang diperlukan untuk harian.”
"Untuk kanak-kanak yang mengalami kekurangan nutrisi, adalah penting untuk mereka meminum 2 sajian susu sehari untuk memastikan mereka mendapati nutrisi penting yang diperlukan untuk harian.”
Prof.
Dr. Norimah juga menjelaskan bahawa Vitamin D adalah penting untuk golongan
dewasa dan juga kanak-kanak di mana vitamin ini membantu menyerap kalsium dalam
badan kita.
“Tanpa tahap Vitamin D yang mencukupi, kalsium yang kita peroleh daripada diet kita tidak dapat diserap dengan sebaiknya. Dalam kes-kes yang serius, kekurangan Vitamin D ini boleh menyebabkan penyakit riket, iaitu penyakit di mana tisu tulang tidak dapat berupaya memineralisasi tulang dan mengakibatkan tulang yang lembut dan kecacatan rangka tulang.”
“Tanpa tahap Vitamin D yang mencukupi, kalsium yang kita peroleh daripada diet kita tidak dapat diserap dengan sebaiknya. Dalam kes-kes yang serius, kekurangan Vitamin D ini boleh menyebabkan penyakit riket, iaitu penyakit di mana tisu tulang tidak dapat berupaya memineralisasi tulang dan mengakibatkan tulang yang lembut dan kecacatan rangka tulang.”
"Untuk
menangani masalah kekurangan Vitamin D, kanak-kanak seharusnya menghabiskan
lebih banyak masa di luar rumah untuk membolehkan badan menghasilkan Vitamin D
secara semula jadi. Selain itu, ibu bapa boleh menitikberatkan pengambilan
makanan anak-anak untuk memastikan mereka mempunyai Vitamin D yang mencukupi.
Memandangkan Vitamin D larut dalam lemak, kita hanya memperolehinya daripada
ikan seperti ikan kembung, sardin dan salmon; kuning telur dan susu yang tinggi
dengan Vitamin D," kata Prof. Dr. Norimah.
Untuk
ibu bapa yang ingin memberikan susu yang diperkaya dengan Vitamin D, nasihatnya
kepada ibu bapa adalah membaca label nutrisi untuk mendapatkan maklumat yang
tertentu.
"Kita memerlukan kira-kira 5 mikrogram Vitamin D sehari menurut saranan pengambilan nutrisi (RNI) yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan. Oleh itu, pastikan susu yang anda pilih itu tinggi dengan tahap Vitamin D yang sepatutnya," katanya.
"Kita memerlukan kira-kira 5 mikrogram Vitamin D sehari menurut saranan pengambilan nutrisi (RNI) yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan. Oleh itu, pastikan susu yang anda pilih itu tinggi dengan tahap Vitamin D yang sepatutnya," katanya.
Pakar Pemakanan Korporat Dutch
Lady, Loo Mei Fong, juga hadir di pelancaran kempen, berkongsi pendapat akan kebaikan susu Dutch
Lady PureFarm, dan dua sajian susu Dutch Lady PureFarm mempunyai tahap Vitamin
D seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.
Pelakon
Aaron Aziz, wajah yang dikenali di layar perak dan telemovie dengan persona hero
dan romantis, tetapi dalam kehidupan sebenar, Aaron adalah seorang lelaki yang amat
menyayangi keluarganya, dengan isterinya yang cantik dan dikurniakan tiga orang
anak; Danish, Dwi dan Dahlia, yang masing-masing berumur 11, sembilan dan lima
tahun. Sebagai duta yang baru dilantik
untuk kempen 2 Sehari Dutch Lady PureFarm, Aaron Aziz turut hadir di majlis
pelancaran kempen bersama isterinya Diyana Halik.
"Diyana
dan saya mempunyai tiga orang anak dan mereka di peringkat umur di mana mereka
masih memerlukan pemakanan yang baik untuk menyokong tumbesaran dan
perkembangan mereka. Oleh itu, pemakanan adalah salah satu keutamaan yang kami
tumpukan untuk mereka," kata Aaron.
"Kami
sentiasa minum susu, terutamanya untuk anak-anak, dan kami memastikan bahawa
kami memupuk tabiat minum susu sejak kecil, dan salah satu makanan ringan
kegemaran mereka adalah susu berperisa coklat dan strawberi," kata Diyana.
Diyana
menambah: "Namun kita tidak sedar bahawa kita perlu minum 2 sajian atau 2 gelas
sehari. Oleh itu, kami amat berminat untuk
mengambil bahagian dalam kempen ini demi membantu meningkatkan kesedaran bahawa
setiap ibu harus menghidangkan ahli keluarga mereka dengan dua sajian susu
sehari. "
"Susu
mengukuhkan keluarga saya. Walaupun isteri dan saya mempunyai gaya hidup yang
sibuk, namun berdua sentiasa memastikan
meluangkan masa untuk makan sarapan bersama-sama sekerap mungkin. Selain itu,
susu merupakan minuman yang paling sesuai untuk sarapan pagi dan kami sering
berbual-bual dengan anak kami pada waktu sarapan untuk membantu antara satu
sama lain dan memulakan hari dengan penuh semangat," kata Aaron.