PERKEMBANGAN KEMBARA #TRAVELLINGBERUANG
Kempen
Travelling Beruang yang dilancarkan sejak Jun lalu telah mendapat
perhatian seluruh masyarakat Malaysia menerusi #TravellingBeruang yang
diperkenalkan.
Apatah lagi kempen itu mempunyai misi murni dalam mengumpulkan dana
bagi membantu pesakit kanser kanak-kanak di Malaysia menerusi Tabung
Travelling Beruang MAKNA.
Dalam
sidang media kedua yang diadakan baru-baru ini, kempen itu berkongsi
perkembangan terbaharu
serta respons positif daripada rakyat Malaysia setelah dutanya, Ungku
Ismail Aziz kembali daripada menjelajah enam buah destinasi bagi
menjalankan penggambaran dan kapsul istimewa buat kempen tersebut.
Enam
destinasi tersebut adalah Lombok (Indonesia), Perth
(Australia), Siem Reap (Kemboja), Bandaraya Ho Chi Minh (Vietnam),
Tokyo (Jepun) dan Chongqing (China) yang juga merupakan destinasi dalam
rangkaian Air Asia.
Kempen
Travelling Beruang itu dijayakan oleh stesen televisyen rasmi, TV3
serta Air Asia selaku
penaja utama dan Altel sebagai penaja bersama. Jika dilihat kempen itu
menerima maklum balas yang memberangsangkan terutama dalam penggunaan
hashtag #TravellingBeruang dimana salah satu inisiatif kempen itu ialah
menyeru orang ramai untuk bergambar bersama
patung beruang setiap kali mengembara yang diinspirasikan oleh adik
Nurhasmime Abdul Hamid (Mime) penghidap leukemia yang ingin melihat
dunia. Sehingga kini lebih 8,000 keping foto berkaitan kempen itu telah
dimuat naik menerusi instagram.
Turut sama menyokong
usaha murni itu adalah para selebriti seperti Fara Fauzana, Elfira Loy,
Shukri Yahaya, Azrel Ismail, Fiza Sabjahan, Izreen Azminda, Janna Nick,
Nazim Othman dan ramai lagi yang mengambil peluang untuk bergambar
bersama ikon patung Travelling Beruang.
Patung
Travelling Beruang yang dijual dengan harga RM65 mendapat permintaan
yang menggalakkan
di mana keseluruhan hasil pembelian akan diserahkan kepada Tabung
Travelling Beruang MAKNA. Patung yang pada mulanya boleh didapati
menerusi wowshopping.com.my kelolaan TV3 dan di Altel Concept Store,
kini juga boleh didapati di dalam semua penerbangan domestik
dan antarabangsa Air Asia Malaysia (penerbangan AK) sejak awal
September sehingga akhir tahun ini.
Menerusi
sidang media ini juga, acara penyerahan cek sumbangan hasil jualan
patung beruang
dilakukan di mana TV3 menyumbangkan sebanyak RM25,000, Air Asia
sebanyak RM 65,000 dan Altel sebanyak RM21,645. Dana tabung itu
diramalkan semakin meningkat kerana dana itu tidak tertakluk kepada
hanya jualan patung tetapi juga derma ikhlas yang disalurkan
terus oleh orang ramai menerusi akaun Tabung Travelling Beruang MAKNA
di 5140 7561 6705
(Maybank).
Acara
penyerahan cek itu disempurnakan oleh Encik Ahmad Izham Omar, Ketua
Pegawai Eksekutif
Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad mewakili TV3, Encik Spencer
Lee, Ketua Komersial Air Asia Berhad dan Encik Rizwal Mohd Ain, Ketua
Pegawai Operasi, Altel Communications Sdn Bhd. Cek itu disampaikan
kepada Puan Farahida Mohd Farid, Pengurus Besar Majlis
Kanser Nasional (MAKNA) sebagai dana Tabung Travelling Beruang MAKNA.
Bermula
dengan idea telefilem, kempen itu telah dikembangkan lagi dengan
pelbagai inisiatif
seperti Program Khidmat Masyarakat Travelling Beruang di Institut
Paediatrik, Hospital Kuala Lumpur yang disertai para selebriti dan
personaliti TV3 melawat pesakit kanser kanak-kanak pada 7 September.
Manakala sebuah kejutan khas dilakukan kepada adik Mime
apabila Ungku Ismail Aziz bersama krew TV3 disertai wakil Air Asia dan
Altel membuat lawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang
Kerian bagi melihat perkembangan kesihatan adik Mime pada 19 September
yang lalu.
Dalam
perkembangan lain, Telefilem Travelling Beruang dijangka bakal
disiarkan sekitar November
2015 manakala tayangan amal telefilem itu akan diadakan selama dua hari
di dua pawagam berbeza. Telefilem itu akan ditayangkan di GSC dan TGV
dengan kerjasama rakan penaja iaitu pusat membeli belah Tropicana City
Mall dan The Mines khusus untuk acara tayangan
amal ini. Tayangan itu bakal diadakan pada 24 Oktober di GSC, Tropicana
City Mall dan 25 Oktober bertempat di TGV, The Mines. Tiket tayangan
amal itu akan dijual sekitar RM25 menerusi laman wowshopping.com.my di
mana sekali lagi semua kutipan itu akan disalurkan
terus ke Tabung Travelling Beruang MAKNA.
“Kami
berharap kempen ini bakal mengutip jumlah dana yang signifikan serta
berterusan menerusi
Tabung Travelling Beruang MAKNA bagi membantu para pesakit kanser
kanak-kanak di Malaysia. Malah patung khas Travelling Beruang juga
menepati objektif di mana ramai yang membawa patung itu sebagai teman
kembara bagi merealisasikan simbolik harapan pesakit
kanser kanak-kanak yang ingin melihat dunia. Patung itu dilihat di
London, Paris, Australia, Oman, Jepun malah di Amerika Syarikat,” kata
Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Encik
Ahmad Izham Omar.
“Kami
juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan kepada
Air Asia selaku penaja utama dan Altel sebagai penaja bersama kempen
ini selain rakan-rakan penaja kami seperti Tropicana City Mall dan The
Mines yang sudi membantu kami dalam mengadakan tayangan amal nanti.
Syabas saya ucapkan kepada Ungku Ismail Aziz kerana
semangat beliau dalam meningkatkan kesedaran kepada masyarakat tentang
penyakit kanser di kalangan kanak-kanak. TV3 juga berterima kasih kepada
pihak media yang tidak jemu membantu kami mempromosikan kempen ini”,
tambah Izham.
Bagi
pihak Altel Communications Sdn Bhd, Ketua Pegawai Operasinya, Encik
Rizwal Mohd Ain sangat
berbesar hati menjadi sebahagian daripada kempen tersebut dan berharap
sumbangan dana ini kepada pihak MAKNA akan terus membantu pesakit kanser
kanak-kanak di Malaysia.
“Setakat
11 September 2015, kami telah berjaya menjual sebanyak 143 patung
beruang secara
eksklusif kepada orang ramai. Manakala bermula semalam, (21 September)
kami telah memperkenalkan jualan secara atas talian menerusi jaringan
media sosial untuk memudahkan pelanggan kami untuk mendapatkan patung
tersebut. Ini bakal memberi peluang kepada orang
ramai yang tidak dapat hadir ke kedai kami serta buat mereka yang
berada di luar negara untuk membeli patung beruang ini di samping
menyokong usaha murni kempen Travelling Beruang,” tambah Encik Rizwal.
Inisiatif
kempen dan simbolik harapan pesakit kanser kanak-kanak yang disandarkan
kepada patung
beruang itu juga tidak akan terhenti kerana patung asal yang sebelum
ini dimiliki Ungku Ismail Aziz akan ditukarkan kepada pemilik baru iaitu
Cik Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Air Asia Berhad. Cik Aireen
Omar akan menyambung pengembaraan bersama patung
tersebut sebelum tugas tersebut diserahkan kepada pengembara-pengembara
yang seterusnya. Patung itu diramal bakal menjadi legasi kepada kempen
ini.
Perjalanan penuh inspirasi Ungku Ismail Aziz di enam destinasi tajaan Air Asia dan maklumat
lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di laman web rasmi
www.travellingberuang.com.my.