Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PANASONIC PERKENAL TEKNOLOGI PEMBANGUNAN PINTAR



Bayangkan kehidupan anda hari ini berada dalam sebuah rumah atau apartmen yang serba serbi lengkap dengan peralatan digital? Segalanya hanya perlu memetik jari tinggal lagi tiada robot sahaja yang boleh dijadikan 'pembantu'.

Kemungkinan ini sudah menjadi kenyataan di Jepun dan sistem pembangunan pintar ini kini mahu diperkenalkan oleh Panasonic System Solutions Asia Pacific di Malaysia.

Baru-baru Panasonic  mengendalikan Forum Pemaju Hartanah di Kuala Lumpur, Malaysia dan dihadiri seramai 100 orang pemaju hartanah terkemuka di Asia. Tujuannya sudah tentu ingin memperkenalkan gaya hidup pintar kepada rakyat tempatan dan terlebih dahulu kepada pemaju hartanah.

Pemaju hartanah pada kebiasaannya menghadapi pelbagai cabaran. Selain daripada membendung peningkatan kos, mereka makin terdesak untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar, di samping perlunya sering berinovasi bagi memberikan para pengguna nilai yang menguntungkan dan yang sentiasa berkelebihan berbanding dengan pesaing. 

Menjelang tahun 2030, Asia bakal menggunakan sebanyak 45 peratus tenaga dari seluruh dunia, kebanyakannya oleh bangunan jenis perindustrian. Kadar urbanisasi yang tidak terjangka sebelumnya telah menyumbang kepada penggunaan teknologi pembangunan pintar bagi mengurangkan kesan perubahan iklim.

Bersama Indonesia dan Filipina, Malaysia merupakan salah satu negara di Asia yang pesat membangun. Pemaju hartanah telahpun digalakkan oleh pihak berkuasa untuk meningkatkan pelaburan dalam bangunan mesra alam menerusi inisiatif seperti Indeks Bangunan Mesra Alam (IBMA).

Menyedari cabaran yang dihadapi pemaju,  kedua-dua pihak sedang bekerjasama untuk menghasilkan kaedah pembangunan perumahan yang baru. Panasonic merupakan antara segelintir syarikat yang mampu menawarkan jaringan kaedah serta rangkaian produk yang holistik, dan merangkumi kelengkapan rumah, sekuriti, sistem pengurusan tenaga, dan infrastruktur seperti panel tenaga suria. 

“Kami amat besar hati sebagai tuan rumah Forum Pemaju Hartanah yang pertama di Malaysia. Kami berharap lebih ramai pemaju hartanah serta rakan kongsi dapat memahami bagaimana solusi Panasonic mampu memenuhi kehendak pemaju secara menyeluruh menerusi majlis ini. Kami turut ingin bekerjasama dengan pemaju untuk membentuk komuniti lebih bijak, lebih mesra alam yang disokong teknologi inovatif,” kata Wilfred Wee, Naib-presiden Eksekutif Panasonic System Solutions Asia Pacific (gambar atas, kanan) pada majlis bersama media di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini.


Tambahnya, “Zaman digital telah membawa perubahan yang tidak terbayang kepada cara hidup kami, dan dijangka akan turut mengubah kaedah pembinaan kami. Meskipun bangunan dianggap aset statik dan tegar dengan keupaayan adaptasi yang terhad, namun menerusi teknologi pembangunan pintar, pemilik serta pengusaha bangunan akan melihat kecekapan operasi, penjimatan air dan tenaga, serta penurunan jejak karbon diperbaiki. 

Turut hadir bersama pada majlis berkenaan terdiri daripada Encik Tai Lee Siang, Naib Pengerusi, World Green Building Council, Pengarah Pengurus Kumpulan, Ong & Ong Pte Ltd dan  Encik Kohjiroh Wakabayashi (gambar atas,tengah),  Pengarah Urusan, PanaHome Asia Pacific. Arkitet, Pengurus Projek Fujisawa Sustainable Smart Town (FSST).

Di persidangan tersebut,  Tai berkongsi pendapat beliau tentang bagaimana bangunan yang mencerminkan sifat-sifat peranti mudah alih mampu direka dan dibina agar menjadi khusus, mudah alih, berskala, serta bermanfaat.

Satu kajian kes Fujisawa Sustainable Smart Town (SST) di Wilayah Kanagawa, Jepun turut dibentangkan oleh Wakabayashi. Bandar tersebut merupakan projek gabungan antara sektor swasta dan kerajaan, dan diterajui Panasonic dengan kerjasama pihak lain.

Forum tersebut turut mempunyai empat zon di mana solusi Panasonic dipamerkan – Zon Kediaman (residensi dan penginapan), Zon Perniagaan (pusat beli belah), Zon Infrastruktur, dan Zon PanaHome (perumahan). 

Untuk maklumat lanjut, layari http://panasoniccollaborates.com/


Ketahui lebih tentang keupayaan teknologi Panasonic dalam industri pembinaan dan perumahan di sini: https://www.linkedin.com/company/panasonichousing