SCH ALYAHYA, NABIL AHMAD & JIHAN MUSE PROMOSI KEMPEN REXONA
Anda kah anda seorang yang cepat berpeluh kala bergerak atau melakukan aktiviti lasak waima badan berbau. Masalah badan berbaur sesuatu yang sudah tentu merunsingkan apatah lagi jika berada di sekeliling orang ramai.
Bergerak memang bagus tetapi lebih
banyak pergerakan boleh menyebabkan peluh dan bau badan yang kurang
menyenangkan.
Banyak produk yang telah anda cuba tetapi tidak
berhasil. Usah bimbang, barangkali boleh mencuba rangkaian deodoren
Rexona terbaharu yang dilancarkan baru-baru ini.
Duta Rexona, Scha
Alyahya bersama penyokong kempen, Nabil Ahmad dan Jihan Muse bergabung untuk menyebarkan “Kempen
Pergerakan Segar Rexona” menerusi satu siri video jenaka dan berpendidikan yang
menggambarkan lebih banyak pergerakan anda, lebih banyak perlindungan!
Heng Hui Ling, Pengurus Bahagian
Kategori Deodoran, Unilever (M) Holdings Sdn Bhd berkata: “Rexona selayaknya berada di tangga teratas atas
keupayaannya dalam menyediakan teknologi terbaik untuk melindungi diri daripada
peluh dan bau badan. Freshprotect™ yang
dipatenkan oleh Rexona bertindak balas secara terus kepada pergerakan badan – lebih
banyak pergerakan anda, lebih banyak perlindungan! Ini
adalah kerana mikrokapsul berteknologi tinggi yang terdapat dalam produk ini
membebaskan haruman dengan setiap pergerakan. Dengan teknologinya yang telah dipatenkan,
Rexona memberikan kesegaran sepanjang hari dengan setiap pergerakan, ditambah
pula dengan rasa yakin bahawa peluh tidak akan mengganggu anda, jadi kita boleh
melakukan lebih banyak lagi!”
“Kempen Rexona Fresh Move” menyokong
gaya hidup sihat dan berharap untuk membangkitkan semula semangat di kalangan
belia di Malaysia dan mengingatkan golongan muda untuk terus bergerak dan kekal
segar.
Dalam usaha memberi inspirasi kepada
golongan muda untuk lebih bergerak dan tidak takut pada peluh dan bau badan,
“Kempen Rexona Fresh Move” menampilkan duta jenama Rexona buat pertama kalinya
– Scha Alyahya. Tiga video digital Rexona Fresh Move dilakonkan oleh Scha dan
dua selebriti terkenal - Nabil Ahmad dan Jihan Muse telah dilancarkan pada
Julai tahun ini selari dengan pertandingan digital. Para pengguna digalakkan untuk
menyertai pertandingan digital Kempen Rexona Fresh Move dengan menghantar video
Fresh Move mereka sendiri untuk memenangi hadiah menarik sepanjang pertandingan
tersebut.
“Kami teruja untuk mengumumkan bahawa
video digital Rexona Fresh Move yang direka untuk
menggalakkan golongan muda bergerak, kini menjadi viral dan menarik lebih
daripada 5 juta tontonan di Facebook dan YouTube dalam masa 2 bulan dan
angkanya kian bertambah. Kami teruja melihat banyak komen positif di media
sosial dan kami berharap orang ramai akan terus bergerak dan mencabar diri
mereka untuk mencapai yang terbaik dalam kehidupan mereka dengan Rexona,”
tambah Hui Ling.
Rexona meraikan kejayaan “Kempen
Rexona Fresh Move” bersama Scha dengan menyampaikan hadiah wang tunai berjumlah
sehingga RM20,000 dan hamper untuk para pemenang pertandingan digital berkenaan
yang penuh inspirasi dan bersemangat.
Sepanjang acara media tersebut, para penonton dan pemenang dihiburkan dengan
persembahan sketsa eksklusif daripada Scha bersama Nabil dan Jihan. Paparan
yang tidak pernah ditonton sebelum ini, apabila 3 watak berkenaan menunjukkan
fungsi Semburan Rexona dengan Freshprotect™
dan bagaimana ia membuatkan seseorang itu kekal segar dengan setiap pergerakan.
“Ianya satu
penghormatan yang mengagumkan apabila dapat bekerjasama dengan jenama deodaran
terkemuka dunia - Rexona. Membahagikan masa sebagai seorang isteri, ibu,
selebriti dan usahawan, saya perlu terus bergerak dan melakukan lebih lagi
untuk mencapai yang terbaik meskipun menjalani kehidupan yang sibuk. Terima
kasih kepada teknologi Freshprotect™ yang disediakan oleh Rexona, saya kini
boleh bergerak ke hadapan kerana ia memberikan saya kesegaran dan keyakinan
dalam rutin seharian saya serta dorongan untuk menghadapi semua cabaran dalam
kehidupan saya,” kongsi Scha
pada majlis media.
Semburan Rexona dengan
Freshprotect™ yang diperbaharui dirumus
dengan teknologi mikrokapsul yang bertindak balas dengan tubuh. Teknologi unik
Freshprotect™ yang dipatenkan tersebut direka untuk keperluan lelaki dan wanita
moden yang menjalani gaya hidup yang sibuk dan aktif. Pergerakan badan dengan
pergeseran di bawah lengan membolehkan kapsul mikro tersebut meletus dan
membebaskan haruman, memberikan perlindungan sehingga 48 jam daripada peluh dan
bau badan apabila seseorang itu bergerak.
Semburan Rexona
untuk Wanita dengan Freshprotect™ boleh didapati dalam lima varian untuk
memenuhi gaya hidup berbeza - Shower Clean, Free Spirit, Passion, Whitening dan
Powder Dry. Bagi rangkaian lelaki Rexona dengan Freshprotect™, terdapat lima
varian merangkumi Ice Cool, Invisible Dry, Sport Defence, Adventure dan V8.
Semburan Rexona
dengan Freshprotect™ Shower Clean, Free Spirit, Passion, Powder Dry, Ice Cool,
Sport Defence, Adventure dan V8 bagi botol kandungan 150ml berharga RM12.50
manakala Whitening dan Invisible Dry 150ml berharga RM13.50. Semburan deodoran
yang diperbaharui ini boleh didapati di farmasi terkemuka, pasar raya besar dan
pasar raya di seluruh Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.facebook.com/RexonaMY