SOLEKAN GAYA KAWAII GUNA CANMAKE TOKYO
Apakah anda seorang pengikut gaya trendy gadis-gadis dari negara matahari terbit iaitu Jepun?
Sekiranya anda sering mengikuti perkembangan fesyen serta solekan para gadis Jepun sudah pasti kehadiran jenama kosmetik terkemuka, CANMAKE Tokyo amat dinanti-nantikan.
CANMAKE Tokyo, kini
menampilkan aliran mekap terbaharu dengan gaya kawaii ke Malaysia dengan ketibaan
rangkaian warna terbarunya untuk wajah, mata, pipi dan bibir.
Rangkaian ini diperkenalkan semasa pelancaran
istimewanya di Kuala Lumpur yang diadakan bersempena dengan sambutan ke-30
tahun jenama itu baru-baru ini.
Tema ‘Glossy & Shiny’ menjadi pilihan
bagi musim berparti samada untuk majlis Krismas atau pun meraikan Tahun Baru kelak. Solekan ini menjanjikan anda umpama ratu yang mempesonakan.
Kulit yang tampak semula jadi, cerah dan bersinar mencipta seri yang bercahaya,
menjadi tarikan yang memikat, diserlahkan lagi dengan bibir berkilat yang membangkitkan
warna semula jadinya. Ciptakan semula penampilan anda dengan trio pembayang
mata Juicy Pure Eyes (RM39.90), Your Lip Only Gloss (RM39.90) dan Matte & Crystal Cheeks (RM49.90).
Satu lagi aliran yang kini popular di Jepun adalah ‘Colour
Coordinate’ di mana bibir dan pipi dikoordinasikan dengan warna yang
sama menggunakan CANMAKE Lip & Cheek
Gel (RM49.90) baru. Tekstur yang cair dan licin ini boleh disapukan di
kedua-dua bibir dan pipi, menjadikannya produk 2 dalam 1 yang memberikan warna
penuh yang boleh diaplikasikan dalam lapisan bagi menambahkan lagi kepekatannya.
Bagi membuat sentuhan kawaii yang comel, pemerah pipi bergel dioleskan tinggi pada pipi, betul-betul
di bawah mata bagi mencipta rupa wanita jelita dari timur.
Penampilan wajah dilengkapkan dengan palet pembayang
mata Secret Colour Eyes (RM45.90)
yang menampilkan bayang merah bagi mencipta seri warna pada kelopak mata bawah yang
menambahkan seri kulit wajah, sementara kontur mata dapat digelapkan dengan
menggunakan penggelap dan penyerlah palet.
"Dua aliran mekap terkini yang semakin digilai di
Jepun ini sememangnya disyorkan untuk wanita Malaysia kerana mereka dapat
menampilkannya dengan begitu jelita sekali. Ada beberapa persamaan antara
kedua-dua budaya apabila kita menyentuh mengenai gaya mekap seperti pilihan
umum untuk mekap yang lebih nipis bagi memberikan penampilan yang tampak semula
jadi," kata Kaori Anzai yang bertanggungjawab ke atas pasaran luar negara
bagi CANMAKE Tokyo.
CANMAKE yang dilancarkan di Tokyo pada tahun 1985,
kini boleh diperoleh di 13 negara termasuk Malaysia. Populariti dan kejayaannya
bercambah dari komitmennya bagi membawakan gaya dan aliran pada harga mampu
milik tanpa menjejaskan kualiti produk yang dicipta dan dihasilkan di Jepun
itu.
"Di Malaysia, terdapat pengikut yang besar bagi
gaya dan aliran Jepun. Dari fesyen manga dan seni kostum kepada hiburan dan
fesyen, tidak ada keraguan bahawa kita dipengaruhi oleh budaya fesyen Jepun.
Inilah antara sebab utama mengapa Teeni Enterprise memperkenalkan jenama yang
mengikut perkembangan fesyen ini yang berpatutan harganya untuk pasaran
Malaysia,“ kata Joyce Au, Pengurus Jualan dan Pemasaran Teeni Enterprise
Malaysia, yang merupakan pengedar eksklusif CANMAKE Tokyo.
Di acara tersebut, CANMAKE Tokyo turut menyampaikan
hadiah kepada para pemenang peraduan “Fly
to Japan” yang dianjurkan sempena Ulang Tahun ke-30 syarikat tersebut baru-baru
ini.
Ho Yee Xin, 30, dari Johor memenangi Hadiah Utama
iaitu lawatan 5H4M untuk dua orang ke Jepun, manakala Hadiah Kedua dimenangi
oleh Gong Li Wan, 26, dari Sabah dan Pemenang Ketiga adalah Tan Hui Shee, 19,
dari Selangor yang masing-masing membawa pulang telefon SONY Xperia M4 dan
kamera digital Casio EX-MR1 selain produk CANMAKE.
Rangkaian kosmetik CANMAKE Tokyo boleh didapati di
cawangan SASA dan AEON Wellness terpilih seluruh negara.