Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DISKAUN TERHEBAT DI LAZADA PADA 11/11


LAZADA,  laman portal membeli-belah terbesar di Asia Tenggara melancarkan jualan dalam talian terbesarnya bermula pada 11hb November 2015 (11/11) ini melalui promosi 'Revolusi Online'.

Pada tarikh keramat itu, pembeli dalam talian ditawarkan jualan murah 'gila'  selama sebulan sehingga 12/12/2015, dengan diskaun dan ,tawaran hebat sehingga ada produk yang bole dibeli hanya dengan RM11.

Sebut sahaja apa barang yang diperlukan, dari barangan elektrik, dapur, peralatan rumah hingga pada lampin pakai buang bayi semuanya boleh diperoleh di hujung jari. Anda hanya perlu melayari lazada.com.my untuk berjaya memperoleh barang yang diperlukan tanpa perlu meredah kesesakan lalu lintas ke kedai bagi mendapatkannya.

Pendekata, melalui lazada pembeli yang sentiasa sebuk dengan tugas harian sehingga , tiada kesempatan atau ruang masa untuk membeli-belah di kompleks atau kedai ternama, masih boleh mendapatkan barangan yang kepingin dibeli.

Melalui promosi 'Revolusi Online', setiap satu jam dari jam 11 pagi hingga 11 malam, akan berlaku jualan pantas atau 'flash sale' dengan diskaun sehingga 82% pada produk tertentu.

Malah sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, Lazada akan memberikan 3 pasang tiket penerbangan Air Asia kepada 3 pembelanja tertinggi pada 11 November. Pemenang bertuah berpeluang untuk terbang ke Koh Samui, Bandung atau Kemboja secara percuma.

Selain itu, tawaran harian akan bersambung pada 12 November dengan beberapa promosi lain seperti 'Mastercard Monday' di mana pelanggan boleh menikmati 10% diskaun apabila bayaran dibuat menggunakan mastercard.


Bagi promosi yang dinamakan 'Trendy Tuesday' - anda boleh layari lazada untuk memilih tawaran bagi barangan terlaris dalam kategori barangan rumah, fesyen dan jam tangan.


Berikutnya, 'Wow Wednesday', pembeli mampu teruja dengan diskaun maksimum sehingga 70% pada barangan jualan terlaris melalui pembelian secara mobile.

Promosi "Tech Thursday' pula pembeli berpeluang menikmati koleksi terbaharu alat-alat teknologi. sementara pada hari Jumaat melalui 'Flashsale Friday', jari jemari terpantas yang mengakses lazada bakal menerima tawaran-tawaran terhad yang diskaunnya hebat.

Pada hujung minggu pula di 'WIreless Weekend', anda boleh menjimat wang dengan jualan murah melalui apliasi mobil bagi ketegori kamera.

Malah istemewa untuk pelanggan Lazada Malaysia, satu acara khas yang dinamakan 'Spin The Wheel Deal' akan disediakan di mana anda berpeluang memenangi baucer bernilai RM500 setiap hari sepanjang 28 hari ia berlangsung. 

Di samping itu, turut diadakan 'The Golden Voucher Hunt' bernilai RM1,111 yang merupakan pencarian bermula pada waktu puncak bermula dari jam 11 pagi hingga 11 malam. Beberapa pertandingan lain akan turut diadakan di laman sosial facebook dan instagram lazada bagi memeriahkan lagi sambutan sempena promosi 'Revolusi Online' ini.

Menarik kan? Jadi apa lagi... jangan lupa tandakan kalendar anda agar tidak lupa melayari lazada mulai 11/11 ini.