Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

ERAfm KEKAL UTUH STESEN NO 1 DI MALAYSIA



Sebagai satu perjuangan untuk meraih jumlah pendengar setiap tahun, Astro Radio sekali lagi muncul sebagai rangkaian radio paling popular di Malaysia berdasarkan keputusan kaji selidik terkini yang dikeluarkan oleh Pengukuran Pendengar Radio Nielsan. 

Terkini, keputusan kajian Pengukuran Pendengar Radio Nielsan menunjukkan bahawa 52.7 peratus daripada rakyat Malaysia mendengar Astro Radio pada setiap minggu. Walaupun bersaing dalam persekitaran yang mencabar, namun Astro Radio sekali lagi mengekalkan kedudukan mereka dan mendominasi tiga tangga teratas jenama radio di Malaysia iaitu ERA fm (4.7 juta pendengar), Sinar FM (3.4 juta pendengar) diikuti THR (gabungan Raaga dan Gegar) (3.6 juta pendengar).

Selain itu, ERA fm, hitz fm, MY FM, dan THR Raaga tidak berganjak kedudukan mereka sebagai stesen No 1 mengikut kategori bahasa masing-masing dan sementara itu THR Gegar turut mengekalkan kedudukan sebagai stesen radio No.1 di Pantai Timur. Jake Abdullah, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Astro Radio berkata, 


"Kami kini mempunyai 12.8 juta pendengar yang memilih platform kami dan kami mempunyai rancangan Sarapan Pagi dan rancangan Petang yang paling popular untuk menghiburkan rakyat Malaysia. JoHaRa Pagi ERA yang dikendalikan oleh Johan, Haniff dan Ray terus menerajui segmen Sarapan Pagi tertinggi dengan 2.6 juta pendengar manakala , segmen Petang SATE bersama Shahrol, Dina dan Tauke menarik 2.5 juta pendengar seminggu.

Sementara itu, MY FM juga kekal sebagai stesen Bahasa Cina No.1 Malaysia dengan 2 juta pendengar dan stesen MELODY FM yang dilancarkan untuk pendengar Cina matang, mengalami peningkatan pendengar seramai 48% pada pendengar dari 398,000 kepada 589,000 pendengar.

Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan berterusan yang diberikan oleh semua pedengar setia kami kerana menjadikan stesen radio kami sebagai pilihan utama mereka. Sebagai jenama yang terus berkembang maju, perniagaan komersial kami kekal tangkas dan komited untuk memberikan keputusan yang berkesan kepasa semua pelanggan kami. Setiap yang kami aplikasikan dari segi kandungan, teknologi, pemasaran dan pengiklanan akan memberi tumpuan kepada ciri-ciri sosial, tempatan dan mudah alih. 

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan khas buat semua pelanggan kami kerana mempercayai kempen yang kami laksanakan. Untuk terus komited, tenaga kerja Astro Radio akan menumpukan kepada 360 darjah untuk menjadi platform yang mampu memenuhi permintaan rakyat Malaysia dilaksanakan dengan relevan. Bagi mengukuhkan kandungan tempatan,


Astro Radio juga telah memperluaskan 2 | P a g e rangkaian ke Sabah dan Sarawak di mana kandungan diterbitkan oleh penduduknya untuk pendengar tempatan. Sebagai pemacu inovasi, kami sentiasa mewujudkan pengalaman yang lebih luas kepada pengguna,” tambah Jake.

Pendengar kini boleh menikmati kandungan Astro Radio pada bila-bila masa dan di mana sahaja dengan pelancaran aplikasi RAKU awal tahun ini.

RAKU adalah perkhidmatan penstriman muzik dan radio Malaysia tersendiri menerusi telefon pintar, tablet dan komputer peribadi mereka sendiri , melalui platform ini, pengguna boleh dapatkan berjuta-juta lagu dan video dan mendengar lebih daripada 20 stesen radio secara pentsriman. Raku kini sudah mempunyai 117,000 pelanggan hanya enam bulan pelancarannya.