Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PIZZA HUT TAWAR 'TRIPLE BOX'





Sekiranya anda peminat makanan ringan Pizza, barangkali hidangan terbaharu dari Pizza Hut ini sesuatu yang dinantikan. Dengan hanya RM49.90 anda berpeluang menikmati tiga hidangan dalam satu kotak yang dinamakan 'Pizza Triple Box'.
Melancarkannya baru-baru ini bersama pihak media, Pizza Hut Malaysia ternyata menawarkan lebih kepelbagaian dalam inovasi terbaharunya itu  – di mana pelanggan ditawarkan hidangan pencuci mulut yang sungguh menyelerakan iaitu Kek Coklat Moist bersama dengan dua pilihan piza saiz biasa kegemaran anda, ketiga-tiganya disusun dalam kotak istimewa - tiga tingkat tidak ubah seperti mangkuk tingkat cuma berbentuk kotak persegi.
 Pelanggan juga boleh memilih untuk mendapatkan tiga jenis piza saiz biasa pada harga yang sama, yang memberikan anda rasa dan nilai yang lebih hebat!

Dengan slogan “3X Kegemaran. 3X Keriangan!” promosi terbaru ini menjadikan perayaan dan sambutan hujung tahun ini akan lebih diingati dengan Pizza Hut. Pizza Hut Triple Box boleh didapati melalui khidmat penghantaran dan bawa pulang, manakala pelanggan yang ingin menikmatinya di restoran boleh memilih tawaran Triple Feast – gabungan hidangan yang juga enak dan menyelerakan.
“Pizza Hut Triple Box menampilkan tawaran yang bakal menarik perhatian mereka yang datang secara berkumpulan dan sentiasa mencari nilai terbaik tanpa perlu menjejaskan kualiti dan pilihan masing-masing. Mereka yang bekeluarga terutamanya akan tertarik dengan promosi ini kerana mereka boleh menikmati piza mengikut citarasa masing-masing, dipadankan pula dengan Kek Coklat Moist ciptaan Pizza Hut sendiri,” kata Jerry Loo, Pengurus Besar, Pizza Hut Delivery.
“Kami ingin menawarkan pelanggan dengan kepelbagaian citarasa pada harga yang terbaik. Selaras dengan itu, lahirlah idea untuk mencipta Triple Box. Triple Box menawarkan hidangan lengkap pada harga yang berpatutan dan juga memenuhi citarasa semua, tanpa sesiapa perlu berkompromi. Selain dari hidangan piza-piza yang lazat, kami juga berpuas hati kerana dapat memberikan pelanggan-pelanggan kami lebih nilai dan penjimatan,” tambahnya.
Pelbagai kempen promosi dan pemasaran bersepadu telah dirancang untuk memperkenalkan produk unik yang pertama di Malaysia ini. Pizza Hut Triple Box kini boleh didapati di semua restoran Pizza Hut di negara ini untuk tempoh yang terhad, bermula dari 3 November 2015.