Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SUKA DUKA IBU HALIMAH DAN ANAK DIBUKUKAN

IBU Halimah (kanan) bersama Abib dan Jamal pada majlis pelancaran buku 'Rahsia Hidup Ibu Halimah'.
Sesungguhnya,  pengorbanan seorang ibu tiada tolak tandngnya  waima dengan permata semahal berlian atau emas sekali pun, Pengorbanan tidak boleh diukur dengan nilai berat mahu pun ringannya tetapi yang pasti berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Namun berkat kesabaran dan segala rintihan yang dilalui tidak mematahkan semangat seorang wanita, Halimah Shuib  yang lebih mesra disapa Ibu Halimah untuk menyara enam orang anak sebagai ibu tunggal dalam usia muda.

Tetapi kini, ibu Halimah sudah boleh rehat dan bersenang lenang dalam usia emasnya bahkan dengan anak sulongnya sebagai penyambung warisan, penubuhan syarikat yang mengendalikan produk di bawah label 'Jamu Mak Dara' (JMD), Syed Muhammad Gadafi Syed Ali atau lebih mesra disapa Abib, sudah boleh diiktirafkan sebagai salah satu perniagaan bumiputera yang termaju.


Dan sebagai ingatan agar segala penat lelah ibu Halimah serta Abib dapat dikongsikan kepada generasi muda mahu pun golongan yang merasakan dirinya telah gagal dalam apa jua langkah yang dilakukan, penerbitan buku bibliografi dua dalam satu bertajuk "Rahsia Hidup Ibu Halimah  dengan bahagian kedua mengenai 'Ceritaku - Syed Muhammad Gadafi, barangkali boleh dijadikan rujukan untuk anda terus bersemangat.

Majlis pelancaran buku hasil nukilan bekas wartawan Utusan, Puan Normala Hamzah tersebut telah pun dilancarkan baru-baru ini dalam suasana penuh ceria dihadiri tetamu kehurmat, Tengku Puan Laksamana Perlis, Dato Paduka Sharifah Hishmah Shahabudin.

Dalam ucapan pelancarannya, Sharifah Hishmah memuji langkah yang diambil oleh JMD untuk membuka ruang perniagaan dalam bidang penerbitan dan Majalah Online.

"Sebelum ini saya hanya mengetahui mengenai Jamu Mak Dara seabgai produk kesihatan dan kecantikan tradisional warisan keluarga yang sangat popular di Malaysia. Tetapi hari ini saya dijemput untuk melancarkan pula satu lagi produk yang bakal menjadi perintis kepada visi perniagaan JMD, tambah beliau.


Buku setebal 292 muka surat itu mengandungi pelbagai cerita menarik tentang kisah sedih, pengorbanan, kepayahan, kegagalan dalam rumah tangga, perniagaan dan penghinaan yang diterima oleh Ibu Halimah untuk sampai ke tahap yang beliau nikmati hari ini.

Selepas membaca bahagian pertama - Rahsia Hidup Ibu Halimah, pembaca berpeluang juga menyingkap kisah Syed Muhammad Gadafi pada halaman "Ceritaku' yang meluahkan perasaannya sepanjang kehidupan bersama ibu hingga kini

Pendekata, kisah hidup dua beranak ini sangat menyayat hati dan sesuai dijadikan panduan dan teladan untuk generasi muda menghayatinya seraya menilai erti kehidupan dan kasih sayang seorang ibu dan anak.

Malah melengkapkan riwayat hidupnya, Abib tidak menafikan 'Saya  tidak tahu apa akan jadi jika ibu tidak ada'. Ayat ringkas itu sudah cukup kukuh bagi membuktikan kasih sayang Abib terhadap ibunya.

Nak tahu lanjut kisah dua beranak ini? Boleh lah mendapatkan nashkah sulong terbitan JMD ini yang dijual hanya pada harga mampu beli iaitu RM29.90. Ia boleh dibeli secara online dengan kos penghantaran RM6 dengan menghubungi JMD Publications Sdn Bhd di talian 03-21815745 atau emel tempahan ke directorjmd@gmail.com.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Saloma Bistro berkenaan turut dihiburkan dengan penampilan nyanyian dari Raja Pop, Dato Jamal Abdillah serta sketsa istemewa yang menceritakan kisah Ibu Halimah.


DARI kiri : Normala, Abib, Ibu Halimah dan Sharifah Hishmah