Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

12 LAGU 'POPULAR' KE PENTAS AJL 30

ANTARA finalis yang hadir..
Akhirnya keputusan 12 finalis ke Anugerah Juala Lagu ke 30 terjawab sudah, Dan paling seronoknya apabila sebahagian besar daripada tekaan Kak Fas tepat  seperti lagu "Sampai Mati', 'Potret', 'Tak Pernah Menyerah', 'Mana Mungkin', 'Assalamualaikum' mahu pun 'Knock Knock' berjaya ke final.

Senarai lagu yang bakal membuat percaturan akhir di pentas berperestij itu adalah seperti berikut: -



  1. BIARKANLAH  - DRAMA BAND
  2. KNOCK KNOCK  - ELIZABETH TAN
  3. SAMPAI MATI - HAZAMA
  4. BUKAN HAL AKU - KAKA AZRAFF & ALIFF THE GOOD FELLAS
  5. HANYA NAMAMU - CALIPH BUSKERS
  6. MALAM INI KITA PUNYA - BUNKFACE
  7. POTRET - AKIM & THE MAJISTRET
  8. NOT FOR SALE - STACY
  9. ANGIN KENCANG - NOH SALLEH
  10. TAK PERNAH MENYERAH - DAYANG NURFAIZAH
  11. ASSALAMUALAIKUM - FAIZAL TAHIR
  12. MANA MUNGKIN- BLACK


Sorotan minggu ketiga pada malam pengumuan keputusan 12 lagu ke peringkat akhir itu ,menyaksikan 9 buah lagu lagi berentap. Antaranya ialah Dikoyak Waktu (Ronnie Hussein/Aepul Roza), Selalu Ada (Amir Jahari), Tak Pernah Menyerah (Dayang Nurfaizah/Akid/Poji Samad), Al Nura Yang 5 dan 6 (Mawi/Hazama/Dali Filsuf/Syeikh Qalam), Assalamualaikum (Faizal Tahir/Mike Chan/Omar K/Ezra Kong/Audi Mok), Siapa Diriku(Ayda Jebat/Omar K/Ezra Kong), Kau Tercipta (Lah Ahmad), Nyawaku (Azmil/Edry Abdul Halim), Linangan Terakhir (Forteen/Edry Abdul Halim).

Malam penentuan Separuh Akhir Muzik Muzik 30  pada malam Ahad dibuka rancak dengan lagu pertama 'Assalamualaikum'. Namun seperti yang diramalkan penyanyi asalnya Faizal Tahir tidak dapat hadir lantas digantikan oleh Tomok.

Pemenang Mentor Legend, Azmil juga buat kali pertamanya membuat persembahan di pentas separuh akhir menerusi lagu 'Nyawaku'. Vokal Amir Jahari juga tidak mengecewakan dengan lagunya 'Selalu Ada' dengan alunan muzik tradisional. 

Meneruskan persembahan malam itu ialah Lah Ahmad dengan lagu 'Kau Tercipta' berjaya mempesonakan penonton dengan alunan muzik yang juga merupakan OST 'Istikharah Cinta' drama terbitan TV3. 


Gabungan Mawi, Hazama dan Dali Filsuf memperlihat kekuatan vokal masing-masing dengan lagu Al Nura Yang 5 dan 6. Lagu Dikoyak Waktu nyanyian Ronnie juga mendapat sambutan hebat penonton. Lagu itu yang kini  mendapat perhatian di corong radio mempunyai muzik balada yang dekat dengan hati pendengar

Pemenang Vokal Terbaik AJL29, Dayang Nurfaizah antara persembahan yang dinanti-nantikan menerusi lagu Tak Pernah Menyerah menguasai pentas dengan rendisinya tersendiri menyerlahkan kematangannya sebagai seorang penyanyi profesional. 
Ayda Jebat malam itu mendapat sorakan peminat dan penonton.

Dia membuktikan bahawa selain berbakat dalm bidang lakonan, Ayda juga mampu menyanyi dengan baik serta menari sebagai seorang penghibur serba boleh menerusi lagu 'Siapa Diriku;.

Walaubagaimanapun, 12 buah lagu telah disenarai pendek menerusi penjurian pada tiga minggu berturut-turut dan pengumuman istimewa itu diumumkan malam tadi. 

Bahang Anugerah Juara Lagu kini mula terasa. Anugerah berprestij itu akan dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh pada Januari 2016 nanti secara eksklusif di TV3. 



LAGU  'Al Nuraa'... sedap tetapi gagal terpilih.