Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'MENTOR MILENIA' BERMULA DI TV3 3 JANUARI 2016


Terjawab sudah tiga bakal protege 'Mentor Milenia'  yang dipilih oleh setiap mentor terdiri daripada Black, Akim, Hazama dan Azlan Typewriter.

Namun di antara tiga pilihan awal itu hanya seorang sahaja yang akan bertuah untuk menjadi protege tunggal 'Mentor Milenia' yang akan memulakan siaran pada  3 Januari 2016, setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 9.30 pagi). Progarm akan berjalan sebanyak sembilan episod dan dikendalikan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh sebagai pengacara.

Sementara itu, Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege akan disiarkan bermula 10 Januari 2016 pada setiap hari Ahad, pukul  6.02 petang..

Berikut ialah senarai mentor dan para bakal protege:

Mentor
Kriteria Protege
Nama Bakal Protege
Hazama
Boleh menyanyi dalam pelbagai genre dan versatil
Muhammad Fareez Hazwan (FAREEZ)
18 tahun, Selangor
Nurul Amira Bt Mat Nasir (MYA)
20 Tahun, Pahang
Iqbal Bin Jaafar (EBAL)
20 tahun, Negeri Sembilan
Azlan
Vokal yang mantap
Kesungguhan yang  tinggi
Mental dan fizikal yang kuat
Sharifah Nurilmuhayati Binti Syed Hussain (NURI)
17 tahun, Kuala Lumpur
Nur Izzati Binti Mohd Rashid (ZETTY)
21 tahun, Pahang
Siti Wan Ainnur Binti Mohd Redzuan (AIN)
17 tahun, Kuala Lumpur
Akim
Mempunyai karektor suara tersendiri
Penampilan yang baik
Muhammad Afeeq Farhan bin Zulkifli (HAN),
20 tahun, Kedah
Nur Saheeba binti Raja Iftikhar Ahmed Khan (EBBA), 20 tahun, Kuala Lumpur
Yusmeerunafishah binti Yusoff (MEEN),   
20 tahun, Johor
Black
Tak kacak asal bergaya
Suara pertama, muka nombor dua
Sentiasa bersedia dalam semua segi terutama lagu
Nurul Syazwanie Binti Mohd Basri (WANIE)
21 tahun, Selangor
Rossaidi Bin Abdul Rani (QODY)
21 tahun, Kedah
Ridzuan Haqiem Bin Rusli (HAQ)
17 tahun, Selangor

Episod pertama Mentor Milenia memaparkan pelbagai karenah, ragam dan aksi peserta yang mahu bergelar protege di empat sesi uji bakat yang telah berlangsung di Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral. Lebih daripada seribu peserta telah hadir ketika berlangsungnya sesi uji bakat pada 13 Disember (Hazama), 19 Disember (Azlan), 20 Disember (Akim) dan 26 Disember (Black).

ISSEY bersama Dato Seri Vida.
Sebelum memasuki gelanggang Mentor Milenia, Akim, Azlan, Black dan Hazama perlu memilih tiga peserta daripada sesi uji bakat yang telah berlangsung. Tiga bakal protégé ini akan membuat persembahan solo mereka di dua episod konsert pengenalan pada 10 Januari (Black & Azlan) dan 17 Januari (Akim & Hazama). Hanya dua protege akan dipilih oleh mentor masing-masing.

Selepas itu, lapan protege tersebut akan bertanding dalam lima konsert mingguan bermula 31 Januari 2016 yang bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral untuk melayakkan diri ke peringkat akhir. Mentor Milenia memaparkan kelainan daripada musim-musim sebelumnya apabila keempat-empat mentor ini menjadi pengkritik tetap di setiap konsert mingguan.

Program ini tidak akan mempunyai panel juri profesional kerana keputusan persembahan para protege terletak kepada jumlah undian daripada juri awam di studio iaitu sebanyak 30% dan 70% menerusi laman web rasmi 'Mentor Milenia'. 


Protege yang gagal meraih jumlah undian tinggi akan disingkirkan. Di peringkat akhir nanti, Juara Mentor Milenia bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2005, program 'Mento;r kini dianggap nadi utama program realiti di TV3 khususnya dan tempatan pada amnya. Lebih membanggakan, 'Mentor Legend' telah dinobatkan sebagai Rancangan Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2015. Selepas tujuh musim, Mentor kembali dengan konsep dan format baharu iaitu Mentor Milenia yang membariskan Akim, Azlan, Black dan Hazama sebagai barisan mentor.

Mereka berempat ini bukanlah nama asing yang bertanding di anugerah berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Pengalaman mereka dalam mengharungi pelbagai rintangan dan cabaran dalam industri hiburan sehingga berjaya dalam usia muda boleh dijadikan sumber inspirasi kepada anak muda yang berazam untuk berjaya seperti mereka.

Fokus kepada golongan muda dalam lingkungan umur dari 17 hingga 21 tahun, 'Mentor Milenia' bertujuan mengasah bakat-bakat baharu untuk menjadi penghibur yang berjaya.. Ia juga turut menampilkan Faizal Uzir atau lebih dikenali sebagai Lok-U sebagai pengarah muzik.

Lebih mengujakan, 'Mentor Milenia' akan dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku Penaja Utama manakala Tonton sebagai Geng Digital dan Hot FM sebagai Radio Rasmi. 

Pengasas Vida Beauty, Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman atau lebih mesra dengan panggilan Dato’ Seri Vida pada sidang media memperkenakan barisan tiga bakal Mentor Milenia berkata:

Saya amat berbesar hati kerana pada tahun 2016 ini, Pamoga Qu Puteh dapat bersama-sama bekerjasama dengan program 'Mentor Milenia'. Saya juga sangat bersyukur kerana Pamoga Qu Puteh diberi peluang keemasan untuk menyokong industri muzik Malaysia. Satu kebanggaan kepada Pamoga Qu Puteh kerana berpeluang untuk pertama kalinya menaja salah satu nadi utama program realiti di TV3, iaitu Mentor Milenia. Setelah dinobatkan sebagai Rancangan Realiti Terbaik di Anugerah Skrin 2015, dan juga telah bertahan sehingga tujuh musim.”

“Musim Mentor Milenia yang terbaru ini, bakal memperkenalkan produk terbaru keluaran Pamoga Qu Puteh, iaitu “Millenia Whitening Champ” sejenis tablet yang berkhasiat memutihkan kulit wajah, menjadikan wajah mulus, cantik dan berseri-seri. Malah produk tersebut dibuat khas, mensasarka kepada golongan Gen Y." 

Sidang produksi Mentor Milenia diketuai oleh Muhamad Sufian Isa sebagai Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif 'Mentor Milenia' dan Ahmad Shaifullizam Arshad (Gbam) sebagai penerbit.

Layari laman web rasmi www.tv3.com.my/mentormilenia serta Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini. Gunakan hashtag #MentorMilnenia untuk hangatkan lagi perbualan tentang program ini di laman sosial. 

Penonton yang terlepas menyaksikan program ini masih boleh menontonnya melalui laman sesawang Tonton di www.tonton.com.my