PENINJU MIKE TYSON DAN DONNIE YEN 'IP MAN' BERTARUNG
MIKE Tyson dan Donnie Yen dalam 'IP MAN 3'. |
Timur lawan Barat, itulah yang dapat anda saksikan dalam sekuel terbaharu filem "IP Man 3' apabila ia mula ditayangkan sempena bulan Krismas pada 24 Disember 2015 ini.
Dalam pertarungan itu, Tyson khabarnya cedera jarinya gara-gara mengelak daripada penangan siku bintang Hong Kong, Donnie Yen yang terkenal dengan seni pertahanan diri Wing Chun,
Pun beigtu, Donnie mendedahkan dia pula nyaris terkena tumbukan peninju terkenal itu sekiranya tidak mengelak pantas.
DONNIE Yen dan Lynn Xiong. |
"Tyson bukan seleorang pelakon. Dia seorang peninju jadi sukar baginya untuk mengingati pergerakan yang diajar terlebih dahulu, jadi apabila penggambaran bermula kami terpaksa melakukan aksi pertarungan betul," cerita Donnie Yen ketika ditemui pada sidang media promosi filem "IP Man 3' di sebuah hotel terkemuka baru-baru ini.
Donnie Yen, yang masih nampak aktif serta bertenaga dalam usia 52 tahun bagaimana pun rasa bangga dapat beraksi dengan peninju pujaannya itu.
Tambahya, Tyson seorang yang professional, walau pun cedera dia tetap meneruskan penggambaran hingga akhir sebelum mendapatkan rawatan pada lukanya itu,.
Filem 'IP Man 3' yang menelan kos pembikinan mencecah RM132.26 juta itu bakal menemui penonton di negara ini pada 24 Disember ini sempena sambutan XMas.
Turut hadir bersama Donnie Yen dalam rangka promosi filem berkenaan di Kuala Lumpur dan Melaka ialah Lynn Xiong (yang memegang watak isterinya dalam filem) dan produser Raymond Wong.
Membicara mengenai filem terbaharunya bersama Star Wars, Donnie turut melahirkan rasa gembira dapat berlakon sebagai jedi cina di samping pelakong-pelakon terkenal lainnya dalam filem sains fiksyen tersebut.
"Sejak kecil saya memang meminati filem-filem Star Wars dan tidak sangka ditawarkan berlakon pula malah kali ini bolehlah saya membawa anak-anak menontonnya sebab kanak-kanak memang menyukai filem Star Wars.," cerita Donnie Yen gembira.
Edaran Lotus Five Star dengan pemasaran dikendalikan oleh RAM Entertainment merupakan filem terbaharu dalam saga 'IP Man' yang mula ditayangkan pada tahun 2008 diikuti 'IP Man 2' dua tahun kemudian,
Kini, selepas 5 tahun, 'IP Man 3' kembali dengan barisan pelakon hebat seperti penampilan istemewa Mike Tyson dan Max Zhang.
Arahan Wilson Yip, filem ini menjalani penggambaran di Shanghai pada hujung bulan Mac 2015, mengambil masa 4 bulan untuk diselesaikan.
"Saya ingin tahu siapakah lebih pantas. Awak atau saya? antara babak yang pasti mempercepatkan denyutan jantung anda apabila ke pawagam menyaksikannya kelak.
'Ip Man 3' akan terus membawakan babak pertarungan yang telah pun menjadi ikonnya dalam mempersembahkan seni pertahanan diri, Wing Chun.
Sempena promosi tayangan filem tersebut, penerbitnya Raymond Wong serta Donnie Yen dan Lynn Xiong telah muncul di beberapa lokasi bertemu peminat di Kuala Lumpur dan Melaka.
Ia merupakan kemunculan kali pertama dua selebriti Hong Kong itu ke Malaysia sejak filem 'IP Man' mendapat sambutan hangat pada tahun 2008.
.