Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

TEATER BAWANG PUTIH, BAWANG SATU MERAH ELAINAN


Kak Fas sudah pun menonton teater muzikal 'Bawang Putih, Bawang Merah' pada malam kedua ia dipentaskan di Istana Budaya sejak 3 Disember lalu. Malam berkenaan adalah malam untuk pra tonton media waima ramailah rakan-rakan media dan blogger yang hadir bersama.


Paling menarik perhatian Kak Fas pada karya arahan Eirma Fatima dan A. Aris Kadir ini adalah pertembungan antara dua beradik, Fauziah (Ogy) dan Fazlina Dato Ahmad Daud di satu pentas teater yang belum pernah disaksikan selama mereka bergelar anak seni.

Anda sudah tentu boleh bayangkan bagaimana kakak akan 'mendera' adiknya apatah lagi Ogy memang terkenal dengan lakonan hebatnya sebagaimana yang diwarisi dari kedua ibu bapanya, Ahmad Daud dan seniwati Saadiah..


Aksi pertembungan dua beradik ini ternyata antara klimaks cerita rakyat yang pernah popular satu ketika dahulu pada zaman Jalan Ampas, di SIngapura menjadi nadi perkembangan filem-filem Melayu era 50an.

Tetapi bayangkan kedua-dua beradik ini tidak tahu pada awalnya akan berada di pentas malah apabila Fazlina mendapat tahu Ogy akan terlibat  sama, dia hampir mahu balik.

"Ya, saya terima tawaran lewat daripada Eirma, sebelum itu Baby (panggilannya untuk Fazlina) ada beritahu yang dia berlakon dalam teater tersebut," ujar Ogy.

Pun begitu, atas dasar profesional sekali gus atas nama seni dan ibu bapa,  Baby terus akur akan berlakon bersama kakaknya yang  dianggap sebagai 'guru' nya walau pun diakui Ogy tegas apabila berlakon. 

"Kakak tegas tetapi untuk kebaikan saya. Paling utama dia berpesan kami harus memberikan satu lakonan yang berkesan dan memberi impak kepada penonton,".ulas Baby.






Ogy pula menyatakan rasa puasnya dapat berlakon bersama Baby dan merasa bangga adiknya itu mampu memberikan lakonan yang hebat.

Sementara itu, rata-rata penonton juga memberikan tepukan gemuruh pada lakonan Beto Kusyairy yang membawa watak 'Si Bongkok".

SI Bongkok merupakan watak tambahan yang dicipta oleh Erima bagi memberikan kelainan pada versi asal cerita 'Bawang Putih, Bawang  ini' Merah' ini dan ternyata pembaharuan atau eksperimen itu mampu menyerap ke dalam cerita.




Khabarnya, dengan memperkenalkan watak 'Si Bongkok' barangkali Eirma mempunyai rancangan untuk menerbitkan teater 'Si Bongkok" yang pernah dilakonkan dalam filem oleh Seniman Agung P. Ramlee. Satu pra promosi yang baik, jika benar.

Pun begitu pada keseluruhannya, teater yang diterajui Nur Fathia (Merah), Juliana Evans (Putih), Syahrul Ridzwan (Putera Raja), Engku Ismail (Dato Bendahara), Tya Ariffin (Melor) dan beberapa watak sampingan lain boleh dipuji... apatah lagi jika ia merupakan pementasan pertama mereka pada segelintir pelakon seperti Syahrul.

Walau pun sebagai Putera Raja, wataknya kurang menyerlah namun lakonannya boleh diterima sebagai seorang putera yang sopan dan berhati mulia.

Bagi yang berlum menyaksikan teater ini, tiket-tiket berharga dari RM36 hingga RM256 boleh diperoleh melalui www.redtix.Airasia.com atau ke Box Office Istana Budaya. Pementasan matinee berlangsung dua hari pada 5 dan 6 Disember sahaja.