Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

MERIAHKAN FESTIVAL 1JL30 DI MELAKA


PROJEK Music Hotfm

Demam AJL30 semakin terasa kehangatannya.

Namun untuk menyemarakkan lagi kehangatan itu, TV3 tidak melepaskan peluang menganjurkan acara pra AJL30 yang dinamakan 'Festival AJL30' yang akan berlangsung di Bandaraya Melaka Bersejarah pada 9 Disember ini.

Julung kalinya dianjurkan oleh TV3, ia bertujuan berkongsi apresiasi muzik dan lagu-lagu yang pernah dipertandingkan di Anugerah Juara Lagu.

Festival AJL30  akan berlangsung  Dataran Malaysia, Pantai Klebang, Melaka sebagai tanda penghargaan kepada para peminat setia yang telah bersama dan membesar bersama rancangan Muzik Muzik dan Anugerah Juara Lagu. 
TASHA Mansahar


Malah itu merupakan hadiah acara tapak pertama buat tahun ini sebagai pembuka tirai 2016 oleh stesen no.1 negara, TV3. Festival AJL30 itu bermula 2.00 petang dan dijangka bakal berakhir pada 12.00 tengah malam dengan membawakan ramai artis terkenal untuk memberi peluang kepada warga setempat bertemu secara dekat dengan mereka.

Mendapat kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), festival dianjurkan bersempena sambutan tiga dekad acara berprestij Anugerah Juara Lagu 30 yang bakal berlangsung lagi 2 minggu sahaja lagi pada hari Ahad, 24 Januari 2016 jam 9.00 malam dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh secara langsung dari Stadium Malawati, Shah Alam. 

Acara promosi terbesar ini juga bersesuaian dengan tagline AJL30 iaitu ‘3 Dekad Mencipta Fenomena’ selain mengangkat tema kegemilangan dan kemeriahan 30 tahun AJL.

Lebih menarik, festival itu akan membawa ramai penyanyi terkenal yang juga menggamit kenangan sepanjang 3 dekad AJL berlangsung menerusi konsert Festival AJL30 yang juga bersiaran secara langsung di TV3 tepat jam 9.00 malam menampilkan Rahmat Mega (Takdir dan Waktu, Juara Lagu 1991), Nash Lefthanded (Pada Syurga Di Wajahmu, Juara Lagu 1992), dan Noraniza Idris pejuang irama tradisional Melayu yang sering menjadi tumpuan dengan persembahan menarik yang sentiasa menjadi salah satu detik yang paling diingati di pentas AJL.

Tidak ketinggalan ialah beberapa finalis AJL30 yang juga bakal menggamatkan Konsert Festival AJL30 iaitu Kaka Azraff, Dayang Nurfaizah, Drama Band dan Bunkface. Kemeriahan konsert ini akan digamatkan lagi dengan keletah pengacara AJL30, AG dan Fara Fauzana.

AZMIL Karim

Sebelum konsert malam tersebut, sesi di sebelah petang menyaksikan pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan artis dan sesi ramah mesra bersama Ronnie Hussein, Tasha Manshahar, Syed Shamim, Azmil Karim, Sarah Fazny dan peserta Projek Muzik Hot FM seperti Monalyssa, SIR dan Masweera.

Malah dari negeri bersejarah itu sendiri, Kombo MBMB juga turut bakal mempamerkan persembahan mereka. Sesi petang itu diceriakan oleh gelagat pengacara Ammar dan Isey (Titan).

Para pengunjung juga boleh membawa pulang barangan eksklusif AJL30 berupa kemeja-T, poster mini kompilasi 12 finalis, dan kalendar edisi terhad yang boleh didapati di booth Wow Bag Corner.

Suasana santai di pesisir Pantai Klebang itu pastinya bakal menjadi pusat riadah istimewa pada hari tersebut. Pelbagai gerai jualan di sekitar tapak serta jualan istimewa daripada penaja utama AJL30, Pamoga Qu Puteh pasti memeriahkan lagi festival itu nanti. Orang ramai juga boleh mendapatkan info dan hadiah cenderahati menarik dengan menyertai aktiviti Hot FM Zoomers dan Harian Metro Rovers.

Pengunjung juga boleh melihat sendiri rakaman siaran langsung Muzik Muzik Sakan AJL30 bersama pengacara kesayangan mereka, AG, Ammar dan Isey (Titan) pada jam 6.00 petang bertempat di pentas utama. 

“Festival AJL30 merupakan hadiah TV3 sempena tiga dekad acara berprestij Anugerah Juara Lagu bertapak di hati para peminat muzik tanahair Malaysia dan para penonton setia kami. Ini merupakan kali pertama kami menganjurkan festival seumpamanya berbanding promosi jelajah yang pernah dilakukan sebelum ini,” kata Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan  Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9.

BUNKFACE

“Kami berharap orang ramai akan bersedia di kaca TV untuk menonton malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 30 yang bakal menentukan lagu terbaik tahun 2015 pada Ahad, 24 Januari 2016, bersiaran secara eksklusif di TV3 dan secara live streaming di portal Tonton dan di laman rasmi kami. Pasti ada kejutan dan kelainan di AJL30 untuk mereka sama-sama nantikan,” tambah Sherina.

Orang ramai juga diingatkan untuk mengundi lagu-lagu kegemaran mereka yang pernah memenangi AJL dari tahun 1986 hingga 2014 (AJL1-AJL29) di laman rasmi www.anugerahjuaralagu.com di mana juara lagu kegemaran mereka berpeluang memenangi dan dinobatkan dengan Anugerah Qu Puteh Diva.

DRAMA Band
Konsert Festival AJL30, selain bersiaran langsung di TV3, acara itu juga boleh ditonton secara LIVE dan global dalam definisi tinggi (HD) pada 9 Januari 2016, Sabtu, dari jam 9.00 malam hingga 11.00 malam di www.tonton.com.my


Berikut ialah 12 buah lagu yang bakal bertanding di AJL30.:


1. MALAM INI KITA PUNYA - BUNKFACE
2. ANGIN KENCANG - NOH SALLEH
3. ASSALAMUALAIKUM - FAIZAL TAHIR
4. BUKAN HAL AKU- KAKA AZRAFF & ALIF
5. SAMPAI MATI - HAZAMA
6. HANYA NAMAMU- CALIPH BUSKERS
7. KNOCK KNOCK - ELIZABETH TAN
8. BIARKANLAH - DRAMA BAND
9. NOT FOR SALE - STACY
10. MANA MUNGKIN - BLACK
11. POTRET - AKIM & THE MAJISTRET
12. TAK PERNAH MENYERAH - DAYANG                 NURFAIZAH