NADIA BRIAN & REEN RAHIM TETAMU KHAS 'NUTRISKIN'
Kehadiran pelakon drama bersiri, "Akulah Balqis" bersama Reen Rahim ke majlis pelancaran produk makanan kesihatan dan kecantikan 'Nutriskin' membuka ruangan Kak Fas bagi tahun 2016 ini.
Majlis tersebut yang berlangsung pada tarikh terakhir kalendar 2015 menyaksikan kedua selebriti wajah baharu itu dijemput bersama memeriahkan pelancaran produk syarikat Nu Age Worldwide berkenaan.
Jangan tersilap teka. Mereka bukanlah duta kepada "Nutriskin' tetapi hadir sebagai tetamu jemputan kepada pengasas produk, Arif Safwan Azman,
"Saya belum lagi ditawarkan sebagai duta produk dan belum pun mencuba produk tersebut tetapi sekiranya ditawarkan saya perlu membincangkannya dengan emak sebab dia yang menguruskan saya/"
Manakala jawapan Reen,"saya bersedia menjadi duta jika ditawarkan dan sudah pun mencuba produk berkenaan."
Yang turut hadir, Pengurus Pembangunan Perniagaan Nu Age Worldwide, Hazimi Mohamad.
Merupakan produk kedua keluaran Nu Age Worldwide, selepas pencuci muka 'Geboo', 'Nutriskin' mula berada di pasaran sejak April 2015 dengan catatan jualan sebanyak RM70,000.
"In sha Allah, produk ketiga dijangka akan dikeluarkan menjelang April ini dengan kerjasama UTM. " ujar Arif Safwan pada ucapan ringkasnya sambil mensasarkan jualan mampu mencapai RM2 juta menjelang Jun 2016.
Arif mempelawa mana-mana syarikat atau individu yang berminat untuk menjadi ejen atau pun stokis negeri malah berharap dapat melahirkan 3 stokis bagi setiap negeri dan 200 ejen seluruh negara.
Mula menceburi bidang perniagaan seawal usia 18 tahun, Arif memberitahu cetusan idea untuk mengasaskan produk sendiri lahir setelah 10 tahun berniaga jenama produk orang lain bermula tahun 2007.
"Saya mula berniaga dengan menjual produk orang lain dengan kaedah pemasaran secara atas talian, Lama kelamaan saya terfikir kenapa tidak mengeluarkan produk sendiri sahaja dan ia menjadi kenyataan pada tahun 2014," tambah Arif.
Menurut beliau, syarikat memperuntukkan RM300,000 untuk kos pemasaran serta penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi separuh pertama 2016.
"Produk ketiga iaitu untuk penjagaan mata akan dikeluarkan menjelang April 2016 nanti," harapannya.
Untuk menembusi pasaran antarabangsa, Arif memberitahu akan memasuki Brunei terlebih dahulu pada suku pertama 2016 selain meninjau pasaran Indonesia pada 2017.
Selain itu, katanya, Nu Age Worldwide sedang dalam perancangan membuka kilang di Shah Alam di mana ketiga ini berpusat di Dungun, Terengganu.
"Nutriskin" boleh didapati secara online di laman sesawang www.11street.my dengan harga RM180.
Apa agaknya kelebihan dan kebaikan produk ini?
"Ia semestinya menjadikan kulit lebih cerah daripada dalam malah mampu menghilangkan jerawat dan jeragat . dalam jangka masa yang singkat. Selain itu, ia juga baik kepada pengguna wanita yagn sering mengalami masalah senggugut ketika haid." jawab Arif.
Apa agaknya kelebihan dan kebaikan produk ini?
"Ia semestinya menjadikan kulit lebih cerah daripada dalam malah mampu menghilangkan jerawat dan jeragat . dalam jangka masa yang singkat. Selain itu, ia juga baik kepada pengguna wanita yagn sering mengalami masalah senggugut ketika haid." jawab Arif.
Sementara itu, pihak syarikat juga masih mencari duta yang paling sesuai untuk membawa produk Nutriskin lebih dekat kepada masyarakat.
Mungkin kah Nadia Brian atau pun Reen Rahim ditawarkan sebagai duta?
Kita nantikan perkembangan daripada Nu Age Worldwide ini kelak.