Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NANTIKAN MAGNUM PINK & BLACK MAC NANTI

CHEF Isadora Chia dan Shawn Tan memperkenalkan dua menu MAGNUM PINK dan BLACK.

Lazat dan menyelerakan! Begitulah yang dapat disimpulkan secara ringkas apabila menikmati hidangan terbaharu daripada jenama ais krim yang tidak asing lagi, MAGNUM.

Atas jemputan teman blogger Misz Ella, Kak Fas melangkah masuk ke butik ais krim MAGNUM yang bertempat di Mid Valley Megamall. Sebenarnya inilah yang dinamakan rezeki. 

Kak Fas tidak mendapat jemputan daripada pihak pengurusan yang mengendalikan jemputan memandangkan tempat terhad namun apabila Misz Ella ajak kerana ada seorang teman blogger yang tidak dapat hadir, Kak Fas akurlah untuk menemaninya.

Espresso Sorbet dengan Cokelat Tanzania
Kak Fas bukan jenis nak cepat merajuk walau pun mengenali syarikat PR yang mengendalikan jemputan namun kerana sifat profesional sebagai seorang wartawan Kak Fas pergi jua memenuhi satu kerusi kosong yang ada. Sekurang-kurangnya Kak Fas berbakti tidak membazirkan makanan.


Ok kembali kepada majlis yang dihadiri...

MAGNUM telah membawa rakan-rakan media dan  bloggers untuk menikmati pengalaman rasa luar biasa melalui sebuah sesi pengalaman eksklusif citrasa gastronomi molekular pada hari berkeaan.

Majlis dianjurkan sebagai prebiu eksklusif sebelum MAGNUM PINK dan MAGNUM BLACK dilancarkan secara rasmi pada Mac 2016 kelak.

Bermula dengan sesi MAGNUM Moodology - satu ujian mood/ personaliti yang menyeronokkan direka khusus untuk membantu para 'Pleasure Seekers' mengenal pasti warna MAGNUM mood mereka pada waktu tersebut.

Pomegranate Cavier dalam Cokelat Belgian

Seterusnya para tetamu diperkenalkan kepada keunikan seni gastronomi molekular yang menakjubkan oleh Chef Isadora Chai, seorang chef dan pemilik restoran yang terkenal.

Beliau berkongsi bagaimana personaliti dan mood berbeza setiap individu boleh diserlahkan melalui ciptaan dua pemanis mulut MAGNUM PINK  dan MAGNUM BLACK.

Melalui demonstrasi teknik kulinari molekular yang digunakan, kombinasi seleksi bahan-bahan eksotik telah dipadankan dengan nikmat citarasa penuh kemewahan Coklat Belgian Magnum yang ikonik bersama Coklat Tanzania, sebuah khazanah bernilai tinggi dan eksotik yang terhasil dari bijian koko yang dituai dari Afrika.

"Coklat Tanzania adalah sejenis cokelat dari Tanzania, terkenal dengan coklat gelap dengan rasa  kuat dan elegan namun sedikit  pahit  tetapi mempunyai  kandungan asid yang rendah. Ada yang berpendapat ia kompleks tetapi seimbang - dengan rasa yang menarik. Seperti yang kita semua ketahui, Coklat Belgian adalah di antara coklat yang terbaik dicipta khusus untuk para kerabat di raja dan bangsawan, Keunikan coklat ini dizahirkan melalui seleksi bahan bahan berkualiti tinggi, teknik pemprosesan yang eksklusif serta kawalan kualiti yang ketat," ujar Shawn Tan, Ketua Kategori (Ais Krim) Unilever (Malaysia ) Holdings Sdn Bhd dalam ucapan aluannya.



Chef Isadora mempersembahkan dua hidangan istimewa yang menggabungkan keunikan dan kemewahan rasa Coklat Belgian dan Coklat Tanzania dengan sentuhan rasa tersendiri menggunakan bahan–bahan seperti buah Delima dan Espresso. Kombinasi keunikan rasa Coklat Belgian dan buah Delima menyerlahkan personaliti yang ceria, mesra dan menarik; manakala nuansa kombinasi rasa Espresso dan Coklat Tanzania pula menyerlahkan personaliti individu penuh keyakinan, elegan dan sofistikated.

Pelancaran kedua-dua variasi terbaharu ais krim MAGNUM berkenaan yang bakal dilancarkan  pada Mac 2016 kelak akan menjadi sebahagian dari sejarah pengalaman nikmat citarasa mewah MAGNUM serta terus memperhebat keutuhan dan keunikan jenama ais krim ikonik ini. 

Para Pleasure Seekers akan dapat menikmati keunikan citarasa mewah coklat dan ais krim melalui penganjuran beberapa siri aktiviti pengguna, peraduan digital serta promosi di dalam kedai


Kak Fas percaya ramai penggemar ais krim MAGNUM akan menyukai ciptaan terbaharu ini kerana ia memang lazat. Perlu dicuba nanti ya!