Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'CINTA SI WEDDING PLANNER' TARIK 4,5 JUTA JUMLAH TONTONAN


Berakhir sudah drama bersiri 'Cinta Si Wedding Planner' semalam. Walau pun tidak berkesempatan menonton episod sehari sebelumnya kerana Kak Fas masih berada di wad Hospital PPUM namun dapat juga saksikan episod akhir.

Itu pun di ruang lobi PPUM kala menunggu surat-surat pelepasan wad daripada doktor di mana suami Kak Fas mendapat rawatan selama  6 Hari 5 Malam disitu. Dapat juga menontonnya.... ingat dah terlepas.

Bagaimana pun,Berita yang diterima dari Media Prima, drama gandingan penuh kimia Mira Filzah  bersama Adi Putra telah berjaya meraih 4.5 juta jumlah tontonan bagi episod akhir 16 Februari berkenaan.



Tarikan istimewa yang menjadikan drama ini lebih menarik adalah apabila pengarahnya iaitu Along Kamaluddin berjaya menggambarkan perhubungan di antara suami isteri iaitu Izara Batrisya dan Fariz Adryan walaupun tanpa perlu bersentuhan.

Sudah tentu ini mengikut syarat yang diberikan oleh Mira Filza untuk berlakon, Dan ini juga membuktikan Adi Putra yang juga duta DFKL 2016 masih mengekalkan momentum popularitinya dan bakat pendatang baharu, lebih-lebih lagi bertudung seperti Mira Filzah diterima baik oleh penonton. 

Cinta Si Wedding Planner mengisahkan mengenai Izara Batrisya (Mira Filzah) seorang gadis yang bercita-cita tinggi dalam bidang perancang perkahwinan (wedding planner) bertemu dengan seorang lelaki penuh egois, Fariz Adryan (Adi Putra). Berlaku pertemuan demi pertemuan yang tak disangka antara Zara dan Fariz yang kemudiannya membibitkan rasa cinta.  Dalam kerasnya hati lelaki itu, ada juga penyayangnya. Mereka saling mengenali dan berkahwin. Karakter Fariz yang panas baran telah berubah menjadi suami yang sangat baik dan begitu juga Zara yang menjadi isteri sempurna kepada Fariz. Sehinggalah, cinta pertama Fariz, Shirah (Shikin Kamal) muncul kembali menagih kasih Fariz yang pernah ditinggalkannya kerana mengejar cita-citanya. 

Pelbagai konflik dicipta oleh Nadia dengan watak Shirah dek gangguan jiwa yang dihidapi semenjak kehilangan kembarnya itu hingga menyebabkan rumahtangga Fariz dan Zara berantakan. Namun, cinta sejati mengatasi segalanya. Faiz dan Izara kembali bersatu dan perhubungan mereka berakhir dengan bahagia serta turut dikurniakan cahaya mata yang mengikat lagi tali kasih sayang di antara mereka.



Selain Adi Putra dan Mira Filzah, drama 28 episod terbitan Primeworks Studio ini turut dijayakan Fadlan Hazim, Shikin Kamal, Rosnah Johari, Dian P.Ramlee, Wan Sharmila, Idris Md. Diah dan ramai lagi.

Selepas tamatnya Cinta Si Wedding Planner, drama 'Tundukkan Playboy Itu' pula bersiaran di slot Akasia, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.58 malam di TV3 bermula hari ini (17 Februari).