TIADA PENYINGKIRAN DI KONSERT 'BATTLE 'MENTOR MILENIA'
BARISAN protege 'Mentor Milenia' |
Ahad lalu, merupakan kali kedua Kak Fas berkunjung ke Plaza Alam Sentral, semata-mata mahu mengikuti siaran langsung 'Mentor Milenia' di mana ia merupakan pentas 'battle' pertama protege-protoge ke empat-empat mentor Akim, Hazama, Azlan dan Black.
Seperti biasa, sambutan khalayak pada program hujung minggu ini mendapat sambutan ramai sungguhpun pada malam 'battle' pertama agak lengang sedikit berbanding sebelumnya.
Barangkali disebabkan tiada kelibat penaja utamanya, Dato Seri Vida kut.
Pun begitu, "Mentor Milenia" tetap diteruskan dan kejutan yang berlaku pada malam tersebut ialah apabila Dato Seri Vida tiba-tiba muncul diikuti tepukan sorak ramai.
Ramai juga yang meminati pengasas Vida Beauty ini ya? Sesungguhnya, tanpa beliau, malam "Mentor Milenia' terasa agak sepi kerana celoteh Dato Seri Vida di dalam studio mahu pun di kaca tv dapat menjadikan suasana hangat.
Memandangkan ia disiarkan secara langsung sudah pasti semua sudah maklum kepuusan pada malam itu. Tiada penyingkiran yang berlaku kepada kedua-dua protege yang mendapat undian terendah iaitu Fareez, 18, (Muhammad Fareez Hazwan) dan Han atau nama penuhnya Muhammad Afeeq Farhan, 20.
Fareez, protege pada Hazama dan Han protege Akim, boleh tarik nafas lega namun perlu lebih fokus dalam saingan seterusnya bagi membuktikan kemampuan masing-masing supaya terus kekal di gelanggang 'Mentor Milenia'.
Menari sambil menyanyi, kelainan yang ditonjolkan oleh Mya (Nurul Amira Bt Mat Nasir, 20 - gambar atas, kanan), protégé kepada Hazama menerusi lagu rancak “Ikut Rentakku” ternyata berhasil apabila dia telah diumumkan sebagai juara mingguan sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 1,000.
HAN |
FAREEZ |
Suasana studio dihangatkan dengan persembahan pembukaan oleh Akim & The Majistret, pemenang Juara Lagu 30 dengan rangkaian lagu 'Mewangi' dan 'Potret'.
Selepas itu, penonton dihiburkan dengan persembahan daripada para protege iaitu Wanie (Hanya Satu oleh Nora), Fareez (Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol), Han (Kasih Latifah oleh Spider), Zetty (Putus Terpaksa oleh Ziana Zain), Qody (Pada Syurga Di Wajahmu oleh Nash), Mya (Ikut Rentakku oleh Jaclyn Victor), Nuri (Mengapa oleh Nicky Astria), Ebba (Keliru oleh Nurul & Ajai) serta persembahan penutup oleh semua protege menerusi lagu tema filem Diwale, Janam Janam.
Anda mungkin tertanya-tanya kenapa tiada penyingkiran? Ini jawapan daripada Muhamad Sufian Isa, Pengurus Hiburan Primeworks Studios merangkap penerbit eksekutif Mentor Milenia:
ZETTY |
Mentor Milenia akan bersiaran sebanyak sembilan episod dan dikendalikan oleh Issey Fazlisham dari kumpulan Titan dan Marsha Milan Londoh sebagai pengacara. Mentor Milenia juga memaparkan kelainan daripada musim-musim sebelumnya apabila keempat-empat mentor ini menjadi pengkritik tetap di setiap konsert mingguan.
WANIE |
Program ini tidak akan mempunyai panel juri profesional kerana keputusan persembahan para protege terletak kepada jumlah undian daripada juri awam di studio iaitu sebanyak 30% dan 70% menerusi laman web rasmi Mentor Milenia (www.tv3.com.my/mentormilenia). Protege yang gagal meraih jumlah undian tinggi akan disingkirkan. Di peringkat akhir nanti, Juara Mentor Milenia bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM 100,000.
Lebih mengujakan, Mentor Milenia dipancarkan oleh Pamoga Qu Puteh selaku Penaja Utama manakala Tonton sebagai Geng Digital, Hot FM sebagai Geng Radio dan Harian Metro sebagai Geng Media.
Mentor Milenia bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2 pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 – 11.00 malam (siaran ulangan pada setiap hari Jumaat berikutnya pada pukul 9.30 pagi). Jurnal Mentor Milenia yang memaparkan aktiviti mentor dan protege disiarkan pada setiap hari Ahad, pukul 6.02 petang.
QODY |
GELAGAT Issey dan Marsha dengan Dato Seri Vida yang sentiasa tidak puas hati selagi format tidak ditukar. |