AZADAN DARI RABBANI DILANTIK DUTA SIDRA CARE
Produk produk kesihatan berlandaskan Islam semakin mendapat tempat di hati masyarakat. Terbaharu jenama Sidra Care antara produk yang dijangka menjadi pilihan kaum Muslim dan muslimah khususnya.
Apatah lagi, jenama ini baharu sahaja dilancarkan dengan memperkenalkan penyanyi nasyid daripada kumpulan Rabbani iaitu saudara Azadan sebagai duta produk SIdra Care. .
Pemilihan Azadan menurut Pengarah Urusan Sidra Care , Muhammad Afif Yahya (gambar atas, dua dari kiri), dibuat berdasarkan pengaruhnya terhadap golongan masyarakat yang sangat baik selain latar belakangnya tentang pengamalan perubatan Islam.
"Saya lihat Azadan sebagai ikon kepada masyarakat di luar sana lebih-lebih lagi personalitinya yang islamik cukup menarik perhatian umum. Penglibatannya di dalam industri ini membuatkan saya lihat Azadan sebagai selebriti paling sesuai menjadi duta Sidra Care.
AZADAN Duta produk Sidra Care. |
"Ianya juga adalah sebahagian daripada amalan Sunnah Rasulullah dan para ulama yang menjadikan daun bidara sebagai bahan rawatan uatama dalam mengatasi orang yang terkena sihir. " ujarnya.
Pada majlis pelantikan Azadan, syarikat AAY Permata Trading tidak melepaskan peluang melancarkan sekali gus beberapa produk di bawah jenama Sidra Care.
Antara produk-produk berkenaan meliputi Gel Mandian Bidara, Minyak Angin Daun Bidara, Mandian Bidara Kasih, Kasturi Bidara dan Wangian Kereta Bidara manaka yang terbaharu ialah Losyen Bidara.
Kata Muhammad Afif, produk keluaran Sidra Care adalah berasaskan daun bidara yang mengandungi pati bidara semulajadi yang dapat membantu menenangkan jiwa dan mengharmonikan kembali tenaga baru dan memulihkan semangat dalaman setiap kali digunakan.
“Badan kita memberi reaksi terhadap tekanan, ketakutan dan stress. Oleh itu, produk Sidra Care yang berasaskan pati daun bidara ini dapat membantu menghilangkan tenaga negatif dan memberikan tenaga positif kepada pengguna di samping mengandungi vitamin C dan bahan anti-oksida,” tambah Muhammad Afif.
Antara bahan-bahan penting yang terdapat dalam produk berupa ekstrak daun bidara, daun pudina, garam, gel syampu, dan lavender. Namun yang paling penting dan utama, kesemua produk Sidra Care dijamin halal dan selamat,
Selanjutnya, Muhammad Afif memberitahu, Gel Mandian Bidara merupakan produk paling mendapat sambutan hangat di mana ia dirumus khas untuk merawat penyakit-penyakit bersifat rohani seperti gangguan emosi, susah tidur, gangguan makhluk halus dan sihir.
Gel Mandian ini turut mengandungi nilai pH yang sangat tinggi, baik untuk kulit serta memberi keselesaan dan kesegaran kepada pengguna.
Produk-produk Sidra Care boleh didapati dengan harga sangat berpatutan iaitu serendah RM19.90.
Mohammad Afif menambah kata, Sidra Care telah bersetuju untuk memberikan hasil jualan sebanyak RM10,000 sebagai sumbangan untuk pembangunan Madrasah Tahfiz Darul Ulama. Turut hadir Dr. Izhan Nayan (gambar atas, kiri).
Selain itu, pelbagai aktiviti dirancang bersama duta produk termasuk lawatan menunaikan umrah bersama 30 peserta dengan Ustaz Ghazali Ibrahim (pemilik Muhibbin Holiday Travel) tidak lama lagi. Jualan istimewa produk Sidra Care turut diadakan menerusi Karnival Ummah Bistari di Padang Anggerik Saujana Utama, Sg Buloh pada 25 Mac sehingga 27 Mac 2016 ini.
Syarikat turut menawarkan mana-mana usahawan yang berminat untuk menjadi ejen atau wakil jualan. Mereka boleh menghubungi talian, 011-66 99 565 dan mereka yang terpilih akan diberi bimbingan usahawan dengan menyediakan model latihan secara online dan offline.