Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

NIKMAT PIZZA ' HUTS DELIGHT MEALS' , CUMA RM14 SEORANG


Penggemar makanan ringan dari Itali, pizza sudah tentu tidak sabar untuk menikmati sajian terbaharu dari Pizza Hut Malaysia ini.

Ya, bermula hari ini 1 Mac 2016, Pizza Hut Malaysia meningkatkan promosi popularnya, Huts Delight Meals dengan menawarkan lebih banyak lagi kombo-kombo bernilai hebat untuk dinikmati dengan harga serendah RM14. seorang.

Sentiasa melangkaui jangkaan pelanggan secara berterusan hidangan Hut’s Delight Meals boleh didapati melalui kombo-kombo yang sesuai dinikmati untuk seorang, dua orang mahupun empat orang, dengan menawarkan pelbagai pilihan piza, pasta, pembuka selera dan juga minuman.


“Hidangan Hut’s Delight Meals yang telah diperbaharui ini menawarkan pilihan yang lebih meluas bagi memuaskan selera setiap pelanggan. Kepelbagaian menu pada harga yang ditawarkan ini sememangnya amat berbaloi,” kata Sharon Khor, Timbalan Pengurus Besar, Pizza Hut Marketing.

Kepelbagaian dalam menu yang diperbaharui ini juga memberi peluang kepada pelanggan untuk nikmati lebih pilihan dan lebih penjimatan tanpa kejutan dalam bil, hanya padat dengan nilai. 

Selain itu, hidangan promosi ini juga boleh didapati sepanjang hari bagi memberikan kemudahan kepada pelanggan untuk menikmati pengalaman makan yang menyeronokkan bersama rakan-rakan dan keluarga pada bila-bila masa.

Para media dan blogger yang diberi peluang menikmati Huts Delight Meal ketika majlis pelancarannya berlangsung pagi tadi ternyata kekenyangan dengan kepelbagaian menu yang disediakan.

Anda boleh menikmati sphagetti andai kata tidak menyukai pizza tetapi apa gunanya menjamu selera di Pizza Hut jika tidak menikmati makanan ringan itu betul tak?

Walau pun lebih suka menikmati sphageti, sup cendawan mahu pun sekadar roti, anda tidak harus melepaskan peluang menikmati kelazatan pizza yang disediakan.

Bona petite!