Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

AARRDS: PENCARIAN PEREKA FESYEN MUDA DIBUKA


Kak Fas rasa ini satu berita yang paling baik untuk barisan pereka muda yang masih mencari-cari peluang untuk menyerlah dalam dunia fesyen.

Tentunya mereka ini mahu mencipta nama seperti pereka fesyen terkenal di Malaysia antaranya seperti Rizman Ruzaini, Bill Keith, Wan Huzairel, Jovian Mandagie malah ramai lagi yang popular bukan sahaja sebagai pereka fesyen artis-artis ternama namun mempunyai butik fesyen di bawa label sendiri.

Jika anda mahu mengubah nasib dan menjadi seperti mereka, barangkali Pertandingan AirAsia Runway Ready Designer Search (AARRDS) adalah jawapannya.

Ya, Pertandingan Air Asia Runway Ready Designer Search (AARDS) kembali dengan lebih luas apabila ia kini terbuka kepada peserta dari 5 negara Asean meliputi Indonesia, Thailand, Singapura, Filipinan dan tentunya Malaysia, sebagai tuan rumah.

Objektifnya?

Sudah tentu bagi menyediakan platform untuk pereka muda dari seluruh rantau berkenaan untuk mempamerkan bakat dan membantu melonjakkan mereka ke dalam industri fesyen.
Pencarian pereka fesyen muda ini yang diadakan buat kali kedua dengan kerjasama pihak Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear (KLFW RTW) telah dilancarkan di Kuala Lumpur baru-baru ini  oleh Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad bersama Encik Andrew Tan, pengasas KLFW RTW. 

Okey, bagi mereka yang berminat sila lihat jadual ini untuk sesi ujibakat yang akan bermula di Jakarta pada 16 April; Manila, 23 April; Kuala Lumpur 30 April; SIngapura 7 Mei dan berakhir  di Bangkok  pada 14 Mei 2016.

Melalui uji bakat tersebut 3 perserta terbaik dari bandar masing-masing akan mewakili negara mereka untuk ke pusingan akhir yang akan berlangsung pada bulan Ogos di pentas peragaan KLFW RTW 2016 yang berprestij. 



Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad berkata, “Terdapat begitu banyak bakat baru di rantau ini, dan sebagai syarikat penerbangan yang berlandaskan Asean, kami ingin meluaskan pencarian pereka fesyen muda ini ke negara-negara Asean lain selain Malaysia.

“Adalah harapan kami untuk menyediakan satu platform bagi pereka-pereka muda fesyen seluruh Asean untuk membangunkan dan melonjakkan kerjaya mereka dalam industri fesyen. Pencarian pereka fesyen serantau ini akan menyatukan pereka fesyen muda dan industri di rantau ini buat pertama kalinya pada skala ini. Kami teruja untuk melihat bakat-bakat baru tahun ini dan AirAsia amat bangga untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka.”

Sementara itu, Andrew Tan, pengasas Kuala Lumpur Fashion Week Ready to Wear yang turut hadir memberitahu, “Adalah satu penghormatan bagi kami untuk berkongsi platform ini bersama AirAsia dalam  memupuk bakat-bakat baru dan memberi peluang kepada pereka fesyen muda ini untuk mempamerkan koleksi dan kreativiti mereka di sebuah landasan peragaan profesional. 

Tambah Andrew, pihaknya  amat teruja dapat  bekerjasama dengan AirAsia untuk kali kedua, berikutan kejayaan pencarian pereka fesyen Malaysia pada tahun lepas; dan membawa pertandingan tahun ini ke tahap yang lebih tinggi.”



 Aireen Omar dan Andrew Tan selaku panel hakim bagi AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 akan disertai oleh Vivy Yusof, pemilik laman web e-dagang fesyen terkenal FashionValet.com, Alia Bastamam, pereka fesyen terkenal dan Suzie Adnan, Ketua Pengarang majalah GLAM sebagai panel hakim untuk pertandingan ini.

Nak tahu syarat-syaratnya?

Pencarian pereka fesyen ini terbuka kepada pelajar fesyen berumur tidak melebihi 28 tahun yang sedang belajar atau telah lulus dari sekolah reka fesyen di mana-mana lima buah negara yang terlibat di dalam pencarian ini.

Tiga (3) lakaran berilhamkan destinasi Asean harus disertakan bersama borang pendaftaran lengkap yang boleh di muat turn di laman klfashionweek.com

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 12 April 2016 jadi cepat agar tidak terlambat untuk menyertai pertandingan.

 Sepanjang pusingan ujibakat di setiap negara, pereka-pereka muda yang berpotensi ini perlu mempersembahkan lakaran rekaan bertemakan Asean kepada panel pengadil di setiap bandar mereka. 

3 finalis terbaik yang dipilih dari setiap negara akan diberi peluang mempamerkan koleksi mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2016 pada bulan Ogos 2016 dan bersaing untuk menjadi AirAsia’s Most Promising Designer 2016.

Hadiah-hadiah bernilai lebih RM350,000 menanti pemenang pertandingan ini termasuk slot untuk mempamerkan koleksi penuh di KLFW RTW 2017, mentor dari pasukan KLFW RTW, RM25,000 yang ditaja oleh FashionValet untuk menghasilkan koleksi kapsul dan dijual di laman fashionvalet.com, mata ganjaran AirAsia BIG sebanyak 150,000, tiket pergi balik AirAsia atau AirAsia X dan beberapa lagi hadiah yang akan diumumkan kelak. 

AirAsia adalah Preferred Travel Partner KLFW RTW 2016 dan akan menerbangkan pereka fesyen dari Singapura, India, Indonesia, China, Australia dan Korea Selatan melalui rangkaian penerbangan luas AirAsia untuk memperagakan koleksi mereka di pentas peragaan KLFW RTW 2016. 

Ikuti perkembangan AirAsia Runway Ready Designer Search 2016 melalui webisodes di Youtube (youtube.com/user/AirAsia), laman sosial AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia) dan Facebook (facebook.com/AirAsia) atau melalui hashtag media sosial #AirAsiaRunway.