JAMU MAK DARA HADIAH KERETA HARGAI WARTAWAN
Cukup happenning Malam Media Jamu Mak Dara!
Malah satu penghargaan yang begitu berharga bagi kerjaya para wartawan apabila syarikat Jamu Mak Dara Sdn Bhd yang diasaskan oleh Ibu Halimah serta anakanda tersayangnya, Syed Muhammad Gadaffi aka Abib menghadiahkan sebuah kereta bernilai RM38k sebagai hadiah utama cabutan bertuah pada malam semalam.
Yang penting, tiada pilih kasih dalam cabutan tersebut apabila segalanya berlaku dengan telus di hadapan para media. Balang kaca yang berisi kad-kad nama jelas berada di dalam tanpa dikeluarkan pihak penganjur untuk seseorang yang mereka berkenan.
Kak Fas awal-awal lagi dah dapat cabutan bertuah berupa hamper berisi barangan Jamu Mak Dara.jadi harapan untuk memenangi kereta dah tak layak lah haha... memetik kata pengacara majlis pada malam itu yang gelagatnya macam 'Dee Jangan Ketawa"... gurauan dan usikannya memang membuat hadirin tak kering gusi.
Kad yang bertuah pada malam itu dicabut oleh Abib sendiri jatuh kepada seorang kakitangan RTM..... begitulah kata pepatah 'tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu'.
Dan selain hadiah hebat bernilai tinggi itu, Abib tidak lupa menghargai orang yang sentiasa mendengar keluhannya baik pada waktu senang atau pun susah dan beliau itu adalah rakan Kak Fas daripada Utusan Karya, Rosli Manah.
Rosli dihadiahkan sebuah Quran bersalut emas. Tahniah kepada kedua-dua penerima hadiah bertuah dan hadiah penghargaan berkenaan.
Sesungguhnya, inilah pertama kalinya dalam pengetahuan Kak Fas, seorang usahawan yang dahulunya melalui liku-liku hidup sengsara bersama ibu tersayang, Ibu Halimah namun kini berjaya membina empayar Jamu Mak Dara menghargai para wartawan dengan begitu telus dan ikhlas sekali.
"Dah lama dah sebenarnya saya mahu menganjurkan Malam Media begini tetapi tidak kesampaian sehinggalah pada malam ini ia menjadi nyata, Saya sangat-sangat menghargai sokongan wartawan yang membawa kepada kejayaan saya hari ini," ujar Abib dalam nada yang sebak.
Begitulah apabila mengenangkan saat-saat susah air mata adalah peneman kala berucap apatah lagi ucapan itu lahir daripada hati yang bersih dan jujur.
Kak Fas dapat merasai pilu yang dirasakan Abib apatah lagi telah membaca buku yang dihasilkan bertajuk 'Rahsia Hidup Ibu Halimah' yang juga mengandungi kisah "Ceritaku Abib". Namun bak kata pepatah, "berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul'. Faham kan maksud Kak Fas,
Yang belum baca itu, Kak Fas rekomen pergilah membeli dan membacanya, semoga menjadi inspirasi kepada mereka yang kini sedang mengalami saat kesukaran hidup.
Majlis malam media dihiburkan dengan nyanyian oleh Jaafar Onn dan Rohana Jalil yang turut menjadi juri kepada acara karaoke media pada malam tersebut.
Kepada yang belum mengenali secara dekat apa itu Jamu Mak Dara ini dia ringkasannya:
Jamu Mak Dara (JMD) dikenali kerana kualiti dan kelainan dari segi produk dan yang paling penting, unik dari segi pemasaran di mana JMD menggunakan teknologi 'augmented reality', untuk memperkenalkan produk serta memberi informasi kepada pelanggannya.
Digelar 'Mak Segala Produk', setiap jamu adalah hasil formula Ibu Halimah sendiri yang diwarisi daripada bondanya, bernama Dara. Dan kejayaan JMD bukan dinilai dari pencapaian kewangan semata tetapi dinilai dari segi sumbangan syarikat kepada masyarakat.
Tahniah Kak Fas ucapkan kepada Jamu Mak Dara yang meraikan ulang tahun ke 10 mereka tahun ini. Malam yang berlangsung di Restoren Qureshi, Kuala Lumpur Golf & Country memang ini memang hangat dan 'happening' apatah lagi pengacaranya (pix bawah, kanan) pun 'vazzz...' gitu.
Semoga menjadi syarikat bumiputra yang terus maju ke hadapan!
JAAFAR Onn, Ibu Halimah, Rohana Jalil dan Abib. - Pix Sam Kassim. |