'MAKE IT HAPPEN' BERSAMA MAYBELLINE NEW YORK
Setiap daripada kita mempunyai pandangan yang berbeza apabila bercakap mengenai kecantikan. Dari sudut pandangan ungkapan Inggeris mereka mengatakan ‘Beauty is in the eyes of the beholder’ membawa maksud kecantikan itu terletak pada diri sendiri yang melihatnya.
Anda setuju tak?
Kak Fas pun setuju kerana kecantikan itu subjektif. Rupa paras mungkin cantik tetapi dalaman tak siapa tahu begitu juga sebaliknya. Anda mungkin tidak dianugerahkan wajah yang jelita tetapi mempunyai budi bahasa yang cantik.
Pun begitu, Kak Fas rasa tidak ada pun seorang wanita yang tidak mahu nampak cantik kan? Barangkali ada tetapi kebanyakannya mahu dilihat cantik dan sejujurnya dengan sedikit bantuan alat solekan, wajah yang pucat boleh nampak berseri.
Tidak kiralah produk kecantikan apa yang digunakan yang pasti setiap alat solek mampu menyerlahkan kecantikan malah meningkatkan keyakinan diri.
Percaya tak jika Kak Fas katakan ada kajian menunjukkan bahawa gadis Malaysia khususnya, walau pun mereka ada sikap positif, mengutamakan keluarga malah tahu apa yang mereka inginkan daripada kehidupan tetapi pengaruh masyarakat atau kekurangan sumber sering memberi kesan kepada proses membuat keputusan serta menjadikan mereka kurang berkeyakinan.
Atas hakikat tersebut, jenama kecantikan wanita yang terkenal, Maybelline New York mengambil langkah untuk memperkasakan mereka dengan memberi semangat dalam mencapai impian hidup dengan penuh keyakinan untuk ‘make it happen’ (menjadikannya satu kenyataan).
“Apa yang dilakukan oleh Maybelline adalah untuk menawarkan kuasa transformasi mekap bagi membantu para gadis mencapai impian mereka,” ujar Pink Fong, Pengurus Pemasaran Maybelline New York Malaysia sewaktu melancarkan slogan baru bagi Maybelline iaitu “Make It Happen”.
Menurutnya perkataan ‘IT’ dalam slogan terbaharu itu amat berkuasa kerana ia menyatakan bagaimana Maybelline New York memperkasakan para wanita hari ini untuk mentakrifkan kecantikan mereka sendiri mencapai impian.
Pada majlis yang berlangsung penuh glam itu menyaksikan sekumpulan wanita yang memiliki semangat ‘Make It Happen’ dalam mencapai impian masing-masing. Mereka terdiri daripada gadis ‘IT’ daripada pelbagai latar belakang dan minat tetapi semuanya berkongsi semangat yang sama dalam mencapai matlamat hidup masing-masing.
Maybelline turut memperkenalkan tiga peserta peringkat akhir dalam pertandingan ‘Asia’s Next Top Model 4 di mana Maybelline New York merupakan penaja utama bagi mekap.
Finalis yang dimaksudkan terdiri daripada satu-satunya peserta Malaysia iaitu Nuraini Mohd Noor atau lebih dikenali seabgai Tuti; Angie Tan (SIngapura) dan Adillah dari Indonesia.
Ketiga-tiga mereka ini diserlahkan kecantikan masing-masing melalui demonstrasi mekap oleh mekap artis terkenal Steven Sunny. Nampak perbezaannya sebelum dan selepas di ‘touch up’ oleh Steven, terserlah kecantikan semula jadi masing-masing.
Begitulah kuasa transformasi ‘Make It Happen’ dari Maybelline. Wow! Memang cantik, apatah lagi orangnya pun cantik, lagilah cantik kan?
Oops macam bunyi tak puas hati je Kak Fas?
Huh! Jangan salah faham you alls …. Sape yang tak jeles melihat kecantikan mereka tetapi you all juga apa kurangnya, cantik dan menarik… dan kalau nak lagi ‘happening’ then ‘Make It Happen’ bersama Maybelline. Tak gitu?
Mari kita dengar sikit apa komen Tuti:
“Bagi saya rangkaian produk Maybelline yang pelbagai membolehkan saya menyerlahkan daya kreativiti dalam menentukan penampilan saya pada setiap hari, sama ada masa bekerja atau pergi membeli-belah. Saya cuma perlu melihat cermin, pilih produk Maybellin dan ‘make it happen’. Bagi saya segalanya mungkin selagi saya berani berimaginasi termasuk impian saya menjadi top modelAsia yang akan datang.”
Melihat pada gaya dan penampilan Tuti, Kak Fas mendoakan semoga dia berjaya mencapai impiannya sekali gus mengharumkan nama Malaysia.
Seperti Tuti, lima gadis ‘IT” lain turut akui mekap mengubah kehidupan dan penampilan mereka waima memberikan meeka keberanian, semangt dan keyakinan untuk mencapai impian.
Mereka berkenaan terdiri terdiri daripada usahawan seni dan pereka barangan kemas, Harmini Asokumar, aktres Nur Elisya Mohd Faisal yang juga adik kepada pelakon Fasha Sandha serta penyanyi YouTube, Johanis Mohd Sani, vlogger kecantikan dan gaya hidup Wong JieZhia dan model bebas Noorzamrina Hj Zamrin.
Hebat tak, ko orang rasa, cara Maybelline tampil memberikan semangat keyakinan diri kepada pengguna setia jenama Maybelline ini?
Dengan pelbagai jenis produk Maybelline yang boleh didapati di semua kedai utama dan farmasi, mesej ‘Make It Happen’ oleh jenama ini sudah tentu dapat mencapai sasarannya untuk memberi mereka inspirasi dalam mencapai kejayaan menakluk semua kemungkinan.
Anda dah terasa nak ‘make it happen’? Cepat-cepat kunjungi pameran Maybellline yang sedang berlangsung di Centre Court, Midvalley sebelum ia tamat pada 10 April ini atau pun lawat sahaja kaunter Maybelline di kedai rakan retail Guardian Malaysia khususnya yang kini mempunyai 400 kedai seluruh Negara
Kak Fas dah ada…anda bagaimana?