Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PENCARIAN JUARA 'JOHARA' BERMULA HARI INI



Bermula hari ini (11 April)  pengemudi rancangan pagi JoHaRa Pagi ERA oleh ERA fm iaitu Johan, Haniff dan Ray akan bersiaran secara langsung di luar studio di mana mereka telah memilih beberapa lokasi popular di Kuala Lumpur bagi pencarian 'Juara JoHaRa' selama 3 minggu berturut-turut.. 

Pencarian ‘Juara JoHaRa’ ini merupakan sebuah pertandingan yang menguji kemahiran masyarakat Malaysia dengan beberapa cabaran lucu yang akan diberikan. Contoh cabaran-cabaran yang bakal dilakukan adalah seperti mencabar orang ramai untuk membungkus nasi lemak dengan memakai sarung tangan gusti, meniup lilin sambil memakai topeng muka dan macam-macam lagi cabaran lucu akan ditampilkan.



Menurut Pengurus Kandungan ERA fm, Dhan Andreas,“Pertandingan Juara JoHaRa akan dilaksanakan selama tiga minggu bermula 11 April ini. Objektif kami adalah untuk mencungkil bakat yang ada dikalangan pedengar sambil beramah mesra bersama mereka.
Inisiatif ini merupakan salah satu elemen penting bagi kami untuk mengeratkan hubungan bersama pendengar. Setiap minggu, JoHaRa akan bersiaran luar pada hari-hari yang terpilih untuk berjumpa para penyokong ERA fm dan pastinya meneruskan misi pencarian ‘Juara JoHaRa’.

Tambah Dhan,“Pihak kami telah pun menyusun jadual trio JoHaRa  dan lokasi pertama Juara JoHaRa pada Isnin (11 April) di NZ Curry House, Wansag Maju pada jam 7 pagi hingga 8 pagi. Kami mengalu-alukan kedatangan orang ramai ke lokasi tersebut untuk menguji kemahiran mereka melaksanakan cabaran-cabaran lucu itu.”

Bagi pemenang yang telah bergelar juara pada hari tersebut, mereka akan membawa pulang baucer tunai bernilai RM 1000. Seterusnya, bagi peserta yang kurang bertuah, akan membawa pulang hadiah-hadiah menarik. Baucer membeli-belah RM 1000 ini akan terus diberikan kepada setiap juara mengikut lokasi pilihan Juara JoHaRa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Juara JoHaRa, sila layarai laman web ERA fm, www.era.fm atau ikuti perkembangan pertandingan ini di laman sosial ERA fm (Twitter, Facebook dan Instagram) dan dengarkan frekuensi mengikut lokasi anda.