Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PESTA BERLIAN HABIB SEPANJANG APRIL 2016


Buat kali ke 30, Pesta Berlian HABIB kembali menyinarkan sanubari pemakai emas dan berlian dengan pelbagai lagi pilihan dan desain  terbaharu,  sophisticated lagi eksklusif.

Jika ditanya wanita mana yang tidak suka tubuhnya dihiasi emas berlian? Tentu tidak ada rasanya yang menolak keinginan untuk memilikinya.

Malah barang kemas menjadi antara produk hantaran bagi pasangan pengantin perempuan. Tidak lengkap majlis penghantaran tanpa adanya barang-barang kemas untuk si dia yang dicintai. Begitulah berharganya emas malah ada yang menjadi barang kemas sebagai emas kahwin.


Dan sekembalinya Pesta Berlain HABIB yang dianjurkan setiap tahun memberi peluang untuk kaum wanita memilih barang kemas idaman mereka.

Menariknya setiap kali tibanya Pesta Berlaian HABIB, khalayak dapat menyaksikan pelbagai tema yang ditonjolkan HABIB dalam mendalami kisah cinta bersama kilauan berlain,

Tahun ini, Pesta Berlaian HABIB meneruskan tema kisah fantasi sepertimana yang dilakukan pada tahun lepas.

Kali ini ia bertempat di ruang legar Suria KLCC, di mana konsep kempen berinspirasikan watak kisah dongeng dengan visual yang menggambarkan puteri cantik dihiasi dengan barang kemas berlian HABIB.

Para tamu yang hadir disambut oleh karaktor-karaktor fantasi seperti Peter Pan, Little Red Robin Hood dan lain-lain malah orang ramai berpeluang merakamkan foto dengan karaktor pilihan masing-masing,



Kak Fas dan rakan-rakan lain tidak melepaskan peluang berselfie dengan watak-watak seperti karakter Logolas dari 'Lord of the Ring' atau pun 'Mad Hatter' dari 'Alice in Wonderland'.  

Teringat masa kanak-kanak dulu, cerita-cerita fantasi sering menjadi ikutan dan tontonan. 


Namun bukan itu sebenarnya yang menjadi tarikan, Kak Fas lebih terpegun pada koleksi berlian yang diperagakan oleh peragawati jelita dan peragawan kacak yang dipersembahkan pada majlis pelancaran kempen khususnya rangkaian produk di bawah nama 'Hearts on Fire'.

Seiring dengan slogan HABIB sendiri, “The Gifts of Happiness”, koleksi-koleksi berlian yang dipertontonkan cukup eksklusif dan bernilai tinggi malah Kak Fas yakin sesiapa sahaja yang berpeluang mendapatkan hadiah barang kemas berkenaan pasti gembira tidak terkata.

Dilihat pada mutu berlian dan desain yang unik, sudah tentulah harganya juga agak mahal. Mampu kah kita memilikinya? 




Bagaimana pun, inilah masa dan peluang untuk anda memiliki barang yang diinginkan dengan harga yang lebih murah daripada biasa.

Hanya melalui kempen Pesta Berlain Habib yang akan berlangsung sepanjang April ini di kesemua butik Habib seluruh negara, pelanggan berpeluang mendapatkan harga yang istemewa dengan diskaun yang barangkali tidak dapat anda bayangkan.



“Pada kali ini, Pesta Berlian HABIB menyambung kesinambungan kisah cinta fantasi yang dijalankan pada tahun lepas. Bagi memberikan memori indah, pelanggan boleh mengilhamkan lagenda mereka dengan memiliki koleksi berlian HABIB sepanjang bulan April dan merealisasikan impian setiap pasangan yang mengimpikan kebahagian berterusan dalam perhubungan," harapan Pengarah Urusan HABIB,  Dato Seri Meer Habib dalam ucapan perasmiannya. 

Turut hadir isterinya, Datin Seri Zarida Noordin serta beberapa selebriti tanah air seperti Arja Lee dan pengacara/pelawak Dee.

Sepanjang berlangsungnya kempen bermula 1 hingga 30 April, HABIB menyediakan pelbagai koleksi berlian terbaharu di semua bilik pameran di samping itu turut menjalankan promosi untuk koleksi berlian dan batu permata untuk pengemar koleksi berlian oleh HABIB. 

Koleksi pada kali ini turut menampilkan koleksi potongan berlian terbaik di dunia, 'Hearts On Fire' yang diedarkan secara ekslusif di bilik pameran HABIB yang terpilih.

HABIB merupakan jenama barang kemas tempatan yang memiliki koleksi berlian bertaraf antarabangsa. Koleksi berlian bersijil daripada GIA amat terkenal dengan kilauan berlian yang amat mengasyikkan dan pasti memukau setiap mata yang memandang. 

Koleksi berlian bersijil ini mempunyai nilaian yang sangat tinggi untuk dijadikan suatu pelaburan.

Bersempena dengan kempen,  acara pelancaran menyaksikan HABIB memulakan pameran dan jualan  di Ruang Legar Suria KLCC bermula dari 1 April sehingga 10 April 2016.

Jadi, jika nak dapatkan harga istemewa sebaiknya cepat ke Suria KLCC sebelum terlambat dan anda balik 'putih mata'. 



Kak Fas rasa bagi mereka yang nak bertunang atau berkahwin tidak lama lagi, inilah masa yang sesuai untuk memiliki koleksi berlian indah dari HABIB waima mampu menaikkan lagi seri pengantin,

Tetapi jika anda berada jauh dari KLCC, jangan risau, nilai hebat serta tawaran istimewa ini boleh didapati di semua bilik pameran HABIB di seluruh negara sempena Pesta Berlian sepanjang bulan April 2016 ini.

Malah jika anda mahu tahu cara bagaimana memilih berlian yang bermutu dan mempunyai elemen 5C's yang harus ada pada setiap berlian anda boleh mendapatkan penerangan dari HABIB ketika pameran berlangsung.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Komunikasi & Pemasaran HABIB di talian di 03-4252 7777.