VIVO V3MAX KINI DALAM PASARAN
Bagi penggemar telefon pintar jenama 'VIVO' sudah pasti menunggu saat kelahiran 'Vivo V3 Max' ini.
Kak Fas antara media dan rakan blogger lain yang sempat hadir pada majlis pengumuman produk terbaharu daripada Vivo ini.
Namun di antara rakan-rakan Kak Fas antara dua orang yang bersyukur sangat kerana berjaya memenangi sebuah telefon pintar terbaharu tersebut. Memang rezeki... sebab Kak Fas tak sangka bertuah pada hari itu.
Sebenarnya sebelum itu apabila membaca tagline 'Vivo V3 Max' ini yang berbunyi #Faster Than Faster' Kak Fas sekadar bergurau dengan kawan-kawan dengan kata, 'Hah! telefon ini sesuai untuk Kak Fas sebab ia sama seperti bunyi nama Kak Fas - Faster than faster.
Apatah lagi, ronanya keemasan sama pulak dengan warna baju Kak Fas pakai hari itu. Kebetulan kan? Itulah rezeki,... tak sangka gurauan menjadi kenyataan. Terima kasih Allah dan terima kasih Vivo Malaysia.
Dengan jaminan 12 bulan, gadget terbaharu Kak Fas ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci , pemproses Qualcomm Snapdragon 652 , 4GB RAM , 32GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 3,000mAh dan slot dwi-SIM 4G LTE.
Ia dilengkapi dengan kamera utama 13MP yang mampu diaktifkan di dalam masa 0.7 saat malah dengan pemfokusan PDAF (autofokus pengesanan fasa) dan flash LED, ia juga memiliki kamera selfie 8MP.
Dan dengan memiliki cip audio AK4375, , pengimbasan capjari pantas ( mempunyai kelajuan bacaan 0.2 saat/ 0.5 saat jika skrin tidak aktif) , ‘Dual Charging Engine’ dan Funtouch OS 2.5 yang berasaskan Android 5.1.1 Lollipop.
Dengan teknologi penggunaan dua apliskasi secara serentak yang dikenali sebagai 'Smart Split' ia sesuatu pembaharuan yang menarik ditawarkan pada harga penjualan RM1,399.
Badan besi penuh V3Max membuatnya kelihatan premium, menggunakan kemasan pasir zirkon agar selesa dalam genggaman. Beratnya 168 gram, dengan ketebalan hanya 7.58mm.
Dilindungi kaca Corning Gorilla 3 dengan sisi lengkung 2.5D serta ruang storan seluas 32GB serta slot kad mikroDD memberi ruang tambahan.
Bateri V3Max berkapasiti 3,000mAh dilengkapi teknologi litar dwi-cas, menjadikan pengecasan lebih pantas, serta 9 perlindungan tambahan semasa mengecas.
Pertama kali diumumkan di India, dan seminggu kemudian vivo V3Max tiba di Malaysia. Dengan kehadirannya di pasaran tempatan Vivo Malaysia yakin dapat menjadi salah satu pengeluar peranti terbesar di dunia.
Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia dalam ucapan pelancarannya memaklumkan, syarikat kini memiliki lebih 3,000 pejabat jualan dan pusat servis di seluruh Malaysia.
"Menjadi harapan Vivo untuk terus mengembangkan lagi keberadaannya di Malaysia, bagi memberi servis lebih baik kepada pelanggan," tambah Xu.
V3Max akan mula dijual di seluruh Malaysia bermula 15 April dengan pilihan satu warna sahaja, iaitu Emas.
Untuk temapahan boleh dilakukan di mana-mana pengedar Vivo Malaysia sebelum 15 April, untuk menerima hadiah percuma atau berkunjung sahaja ke kedai jualan mereka terletak di
Lot G5,6 & 7, Ground Floor, Menara PGRM, Jalan Pudu Ulu, Kuala Lumpur.
Nak tahu lanjut mengenai spesifikasi lengkap produk ini, segera layari laman produk vivo v3Max Malaysia atau menghubungi nombor ini 03-92823811 / 017-3888388 / 013-3888432 / 013-3888698 / 013-3888246 / 013-3888237.
Selain di Malaysia, Vivo V3 Max ini juga dijangka akan memasuki pasaran negara jiran iaitu Filipina, Vietnam , Myanmar , Indonesia dan Thailand tidak lama lagi.