Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

DATO AYU BUKTI KEBERKESANAN OPIEL SECRETS


Melihat pada gaya penampilannya yang awet muda, ramping dan bergaya sudah cukup membuktikan keberkesanan produk yang dilahirkan - Opiel Secrets.

Barangkali seperti taglinenya 'Health & Beauty Solutions' ia memang tepat satu solusi untuk memperoleh kecantikan dan kesihatan seperti gaya hidup  pemiliknya, Dato Normashayu Puteh atau lebih dikenali dengan panggilan nama ringkasnya, Dato Ayu.

Segalanya bermula 2 tahun lalu apabila Ketua Pegawai Eksekutif Opiel Secrets (M) Sdn Bhd itu melangkah ke bidang pembuatan produk kesihatan gara-gara kasih sayangnya kepada ayah tercinta yang mengidap penyakit 3 serangkai kata orang, iaitu kencing manis, darah tinggi dan gout.

"Apabila saya mengeluarkan produk ini dan diberikan kepada abah, gula dalam darahnya stabil,luka kencing manis sembuh malah tekanan darah  dan peredaran darah lancar waima sakit sendi dan urat semakin pulih," ujar Dato Ayu ketika menyampaikan ucapannya di majlis pelancaran produk terbaharunya dalam siri rangkaian Opiel Secrets khususnya Opiel Secret Selebrity Stem Cell Collagen, Magic Healing Cream dan Breast Firiming Cream.

Lain-lain produk di bawah Opiel Secrets meliputi 3 Serangkai, Platinum Masculine, Gluta Collagen, Shape Diet dan Vita E Oil.


BERSAMA anaknya, Wanna
Lebih menarik lagi, apabla disamping anaknya yang berusia 19 tahun, Wanna Ali, juga seorang penyanyi, ramai yang membandingkan Dato Ayu nampak lebih muda malah bukan seperti anak beranak tetapi lebih macam kakak dan adik.

Begitulah agaknya penangan hasil pengambilan produknya sendiri di bawah label Opiel Secret....jadi you alls apa lagi... kalau nak jadi awet muda dan cantik seperti Dato Ayu eloklah segera mendapatkan produk-produk berkenaan yang mampu menjadi solusi bagi kecantikan anda.

Apa kelebihan produk terbaharu Opiel  ini? Nak tahu jom baca selanjutnya:...



1. Opiel Secret Stemcell Collagen:

Produk  ini membantu melancarkan peredaran darah, merangsang pertumbuhan sel sel baharu sambil memelihara kulit,kuku, rambut, gigi serta tulang. Di samping itu ia menjadikan kulit lebih gebu dan anjal, meningkatkan daya ingatan dan tahap penglihatan mahu pun membantu menyuburkan hormon dan mengembalikan vitaliti lelaki dan wanita.

2. Opiel Magic Healing Cream:

Dengan kombinasi herbal terpiih dan digabungkan dengan pati rumpai air, minyak cengkih, pudina dan halia bara dapat membuang toksin dalam badan, membuang angin, mengurangkan rasa lenguh badan dan kebas sendi. Ia juga dapat membantu mengurangkan kekejangan.

3. Opiel Secret Breast Firming Cream:

Dengan gabungan ekstrak kigelia dan aloe vera, produk ini membantu memelihara kulit di sekelilig payudara dan membaiki sel rosak. Malah dengan adanya soy protein ia diyakini dapat membantu mencegah perkembangan kaser payudara. Menggunakan krim ini ia membantu untuk meningkatkan payudara agar penampilan anda seperti sutera yang sihat, muda lagi menakjubkan.



Jadi bagaimana? Ada yang berminat? 

Nak tahu lanjut  mengenai info produk-produk lain keluaran Opiel Secrets boleh sahaja layari laman web mereka www.opielsecret.com atau menghubungi hotline 017-300 9272/017-300 6263.

Kembali pada acara majlis pelancaran yang berlangsung penuh meriah turut dihadiri artis jemputan antaranya seperti produser Raja Azmi dan Raja Alawiyah, Aeril  Zafrel serta barisan artis di bawah syarikat naungannya juga, Pencil Pictures And Records Sdn Bhd antaranya anaknya, Wanna, Wans Ahmad dan ramai lagi.



Malah bersempana pelancaran produk juga, Dato Ayu sekali gus memperkenalkan album kompilasi terbaharu membabitkan empat orang penyanyi - Wanna Ali, Wan Ahmad, Aiman Ismail dan Yuzaidania.

Bagi mereka yang belum mengenali Dato Ayu, belau sebenarnya juga seorang produser filem dan drama di mana antara filem terbitannya berjudul 'Tokan". 'Aku Ada, Kau Ada dan banyak lagi namun tidak seperti jualan produknya, hasil daripada penerbitan filem agak kurang memberangsangkan.

Tetapi kenapa Dato Ayu masih mahu menjadi penerbit setelah enam tahun berkecimpung dalam industri dan belum  meraih pungutan yang membanggakan malah khabarnya beliau akan menerbitkan sebuah lagi filem baharu. 

Tak serik-serik ke?

"Tidak serik kerana saya ingin terus mewarnai industri dengan sumbagan saya seadanya malah tidak lama lagi saya akan keluargakan filem terbaharu kemungkinan dalam genre seram, " kata usahawan yang sudah 15 tahun berkecimpung dalam dunia perniagaan ini.

Ternyata walau pun filem-filemnya gagal memungut hasil yang lumayan namun beliau tidak patah semangat untuk terus berjuang.

Menyambung perbualan semula pada produk Opiel Secrets, Dato Ayu memberitahu, Opiels Secrets dijangka menembusi pasaran Brunei dan Indonesia tahun ini.

"Kebanyakan pelanggan dari luar negara adalah mereka yang membeli produk secara atas talian. Ini termasuk pelanggan dari Jepun, Australia, India mahu pun Emiriah Arab  Bersatu dan Singapura," ujar Ayu Puteh.

Perancangan masa hadapan pula?

Opiel Secrets merancang  mengeluarkan beberapa produk baharu dalam masa tiga tahun akan datang antaranya  untuk mencegah kanser, jelas Dato Ayu.



BERSAMA Kak Fas dan teman media lainnya.