Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

IKUTI CABARAN TOWERTHON, PELUANG KE #SKYBOX MENARA KL




Melihat pemandangan kota kosmopolitan Kuala Lumpur dari paras laut setinggi 300 meter pada 360 darjah sesuatu yang 'breathtaking' bak kata orang putih.


Sudah lama sebenarnya Kak Fas tidak berada pada ketinggian itu ketika berada di Menara KL atau KL Tower ini.

Umum ketahui menara ini merupakan  yang tertinggi di Malaysia malah ketujuh tertinggi di dunia terletak 515 meter dari paras laut dengan ketinggian 421 meter. Kira jika pelancong ke Malaysia, tidak sah lawatan mereka jika tidak menaiki Menara KL. Begitu juga pelancong tempatan yang belum pernah ke kemuncak Bukit Nanas  yang terletak pada 94 meter dari paras laut itu.

Ia sesungguhnya adalah icon Kuala Lumpur dan Malaysia khasnya.

Terbaharu Kak Fas ke sana adalah bagi memenuhi undangan sidang akhbar pihak Menara KL khususnya dari teman Kak Fas yang sentiasa glamor, Elliey Sahad, bagi mengikuti pengumuman tarikh berlangsungnya acara berprestij, 'KL Tower International Towerthon Challenge' (KTITC).

KTITC kembali pada Ahad, 15 Mei ini bagi memberi peluang kepada para peserta yang ingin menguji ketahanan fizikal dan mental mereka mencabar diri menawan puncak menara berkenaan.

Mengumumkan demikian, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur, Encik Meor Shahril Anuar Ahmad Rathuan berkata:

"Setelah 15 tahun penganjurannya, acara berprestij ini telah mewujudkan satu acara sukan yang hebat sekalu gus dapat mempromosikan amalan hidup sihat serta menggalakkan hubungan rapat antara para peserta dari Malaysia dan juga antarabangsa."

Menurutnya, larian akan bermula seawal jam 6 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi di mana perlumbaan bermula dari kawasan parkir terbuka Menara KL dan  berakhir di Mega View Banguet Hall di kepala Menara 3.

"Para peserta akan mendaki 2,058 anak tangga pada ketinggian 288 meter dari paras laut malah sebelu itu mereka perlu berlari menaiki bukit sejauh 800 meter iaitu dari  titik permulaannya dari  kawasan parkir berkenaan, " tambah Meor.


Istemewanya tahun ini berbanding penganjurannya sejak 1998 lalu, sebahagian daripada yuran pendaftaran peseta akan disumbangkan kepada Yayasan Sejahtera Malaysia dan ia diadakan sempena ulang tahun Menara Kuala Lumpur ke 20 tahun.


Sebanyak 8 kategori dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki (18-39 tahun); Junior Veteran Lelaki (40-49 tahun);  Senior Veteran Wanita ( 50 tahun ke atas); Terbuka Wanita (18039 tahun);Veteran Wanita (40 tahun ke atas); Junior Lelaki (13-17 tahun); Junior Perempuan (13-17 tahun) dan OKU dari 18 tahun ke atas.


Hadiah2 lumayan bernilai RM45,0000 berpeluang di menangi secara keseluruhannya manakala rekod masa terbaik bagi individu lelaki dan wanita Malaysia akan memenangi wang tunai tambahan sebanyak RM1,000 berserta emas dinar. 

Bukan itu sahaja, semua pelari yang menyertai cabaran bole membeli harga istemewa RM20 bagi tiket ke KL Tower Sky Deck ketika sesi 'Collection Bib" pada 13 Mei hingga 14 Mei dibuka.

Sebenarnya rugi jika tidak ke Sky Deck kerana aktiviti terbaharu yang boleh anda rasai adalah meluangkan masa seketika di Sky Box, yang merupakan tarikan terbaharu Menara KL.

Sebenarnya, harga biasa ke Sky Deck adalah RM75 tetapi dengan hanya RM20 untuk para peserta mereka boleh merasai pengalaman berada di dalam kotak kaca pada ketinggian 300 meter dari paras laut.

PETIKAN gambar dari blog rakan blogger, Misz Ella...

Dengan tiga lapisan gelas tebal pada lantai sesiapa sahaja yang berada di dalam Sky Box boleh menikmati pemandangan Kuala Lumpur di bawah tapak kaki anda malah boleh bergambar pada penghujung kotak yang berada pada 1.2 panjang daripada penghujung pelantar Sky Deck.

Kak Fas antara beberapa media dan bloggers yang sudah pun merasai pengalaman itu, Walau pun Kak Fas ni agak gayat namun berada di dalam Sky Box dikira mencabar diri sendiri sebenarnya.

Yang penting jangan pandang bawah terlalu lama kalau takut gayat.... selfie, wefie,,, buat apa sahaja  di dalam kotak gelas sekeliling itu untuk menikmati keindahan alam dan menyedut hawa segar,

Kak Fas yakin anda akan Enjoyyyy.... bak kata Nora Danish dalam drama 'Puteri'!

Nak tahu lanjut mengenai #SkyBox atau larian Towerthon boleh menghubungi talian 03-2020 5448 / 03-2020 5499 atau layari laman web www.themarathonshop,com,my dan facebook rasmi Menara Kuala Lumpur untuk maklumat selanjutnya.

CANTIKnya KL dari ketinggian 300 meter di #SkyBox Menara KL.