Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RATUSAN BANJIRI HARI KEAHLIAN SOGO


Tengah hari semalam (Jumaat) , Kak Fas melapangkan masa menerima jemputan daripada teman dan juga pegawai perhubungan awam kompleks membeli-belah Sogo, Encik Ikhsan Ismail (kiri) untuk minum petang sambil ‘chit chat’ seketika dengan bosnya, Mr Jason Ong (kanan).

Pertemuan eksklusif itu agak istimewa. Kak Fas boleh memilih waktu yang terluang untuk hadir dalam mana-mana dari dua hari berlangsungnya ‘Sogo Members’ Day’ iaitu bermula 27 Mei dan berakhir 28 Mei 2016 sahaja.

Dan memandangkan Kak Fas agak ‘free’, Kak Fas pun ‘wats app’ Ikhsan dan bertanya apakah boleh hadir hari (Jumaat) memandangkan rakan Kak Fas , Max Lim pun sudah nyatakan akan kehadirannya jam 3 petang.


Kira-kira pukul 2.30 petang, Kak Fas pun memandu ke arah Sogo melalui Jalan Kuching.

Dan seperti biasa jalan Kuching tidak lekang dengan kesesakan lalu lintas, apatah lagi Hari Jumaat. 

Selepas sembahyang Jumaat, jalan-jalan pasti jem waima kakitangan kerajaan dan swasta perlu kembali bertugas.

Tetapi sebaik sahaja menghampiri kompleks Sogo kala melihat ratusan manusia di hadapan kompleks. Kak Fas dah dapat mengagak bahawa kesemua mereka itu pasti mahu mengambil peluang membeli-belah pada Hari Keahlian Sogo itu. Jadi tak lah terkejut sangat melihat kebanjiran orang ramai di kawasan berkenaan.



Namun yang lebih mengejutkan apabila jalan ke arah parker Sogo bawah tanah disekat, jadi terpaksa pusing satu' round' untuk mencari ruang parker awam yang terletak berdekatan.

Namun situ pun penuh. Agak hampir sejam jugalah berkeliaran cari parker dan akhirnya Kak Fas ambil keputusan untuk mencari tempat meletak kereta berdekatan Sekolah Batu dekat stesen tren aliran ringan Jalan Sultan Ismail.

Dari situ Kak Fas menapaklah ke pekarangan Sogo dan sebaik sahaja menunjukkan kad keahlian Sogo, baru dibenarkan masuk oleh pengawal yang bertugas. 

DI kawasan ruang luar Sogo bukan sahaja dipenuhi dengan khalayak yang mahu mendaftarkan diri sebagai ahli baru Sogo tetapi ada yang lepak di tangga sambil mendengar alunan muzik kumpulan jalanan serta pelbagai aktiviti yang berlaku di situ.

Di dalam Sogo pula, bilangan orang ramai yang membeli-belah tidak terkira jumlahnya… bagaikan satu carnival lagaknya. Masing-masing sebuk mencari  barang atau produk yang diperlukan.

Memandangkan kelambatan yang tidak disengajakan itu, Kak Fas bergegas ke tingkat 6 di mana Ihsan dan Jason sudah pun berada di restoren Jepun Suma

Kak Fas diperkenalkan kepada Jason oleh Ihsan. Kelibat rakan blogger, Max Lim belum kelihatan... akan tiba lewat, katanya.

Kira-kira 10 minit kemudian, seorang lagi blogger, Evelyn dari Missyblurkit,  hadir bersama suaminya. Jadi cuma kami bertiga yang menjadi tetamu pada pertemuan petang itu.


Sambil ‘chit chat’ dengan Jason dan Ikhsan yang kedua-duanya cukup peramah waima baharu pertama kali bertemu secara dekat dengan Jason, beliau mudah mesra malah sambil sembang kosong pun Kak Fas rasa sudah lama pula bertemu Jason. 

Di sini, sambil minum kopi Kak Fas turut memesan kek keju yang tertera pada menu tetapi apa yang Kak Fas pilih kata pelayan restoran itu dah habis… 



“Kami ada caramel cheese cake,” katanya. Kak Fas pun ok sahaja lah dan setelah merasainya …. tidak terkata rasa sedapnya, Kak Fas ni bukan suka  makan keju apatah lagi keju mentah tetapi kalau buat kek tu boleh jugalah telan. Dan kek keju caramel yang dipesan ini memang sedap.

Di restoran jepun ini, anda boleh memilih secawan kopi atau teh dengan sepotong kek pilihan pada harga cuma RM10.60 sahaja manakala jika memilih sepotong kek hanya RM8.50.

Memang murah dan sedap, Kak Fas rekomen kalau nak rasa pelbagai kek enak … makan di restoran Jepun Suma ini.
.
Pada petang itu, sempat juga Kak Fas bertanya mengenai pengalaman Jason di Sogo…

Menurut Jason,  sudah 12 tahun beliau berkhidmat di bawah bumbung Sogo.

“Saya dah sampai tua di sini,” guraunya.

Dan Kak Fas percaya sebagai Pengurus Kanan, Bahagian Perhubungan Awam, Media dan Pentadiran Acara, personaliti Jason yang riang dan mesra antara faktor kejayaan dan kemajuan Sogo yang merupakan antara kompleks membeli-belah yang aktif dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan malah sudah beberapa kali menjadi hos kepada Ratu2 Cantik Miss Tourism International.bagi mencari 'Miss KL Sogo Trendsetter".

Kak Fas antara orang yang gemar ‘shopping’ di Sogo kerananya ia bukan sahaja terletak di kawasan strategik dan bersejarah di Jalan Tuanku Abdul Rahman bahkan berdekatan pula dengan stesen aliran tren ringan - Bandaraya.

Lebih menarik lagi, apa yang anda mahukan ada di Sogo. Tidak perlu mencari-cari lagi apatah lagi apabila berlangsungnya musim jualan murah atau Members’ Day yang menawarkan diskaun sehingga 80%.




Tawaran-tawaran sampingan lain juga hebat seperti  pada ‘Sogo Members’ Day’ yang berlangsung selama dua hari, 300 pelanggan yang pertama contohnya diberikan sarapan pagi percuma malah pada kedua-dua hari berkenaan, ahli boleh mendapat tambahan 10x ganda mata pembelian untuk kad keahlian Sogo.



Tidak cukup lagi? 

Bagi 200 pembeli  pertama yang menggunakan kad kredit atau prepaid kad Sogo-Rhb dengan perbelanjaan RM350 ke atas berpeluang mendapat baucer percuma bernilai RM30 manakala kad Maybank menawarkan baucer percuma RM20 apabila berbelanja dengan minima RM500.

Dan pada tawaran ‘purchase with purchase’ mereka yang berbelanja  sehingga RM180 ke atas boleh membeli  bag sling jenama Ellphe dengan harga RM29.90.

Banyak lagi sebenarnya tawaran menarik yang disediakan dan Kak Fas yakin setiap pembeli akan teruja bahkan  pengalaman membeli-belah ketika Hari Keahlian ini satu peluang yang tidak harus dilepaskan.





Sebelum meninggalkan Sogo, Kak Fas juga sempat lari ke bahagian elektrik untuk mencari sebuah ‘blender’ bagi menggantikan ‘blender’di rumah yang telah rosak.

Kesimpulannya, terima kasih Sogo atas ‘hadiah’ sebuah bag ‘emas’ yang cukup cantik berisi dua botol ‘Nutella’ - dicetak pula nama Kak Fas serta ‘Sogo’ pada hadapan labelnya dan pada masa yang sama memberi peluang  Kak Fas membeli-belah. 



Anda juga, apa lagi, jangan lupa ke Sogo esok kerana ia hari terakhir untuk anda mendapatkan tawaran diskaun ‘gila-gila’ punya harga. Tambahan pula tak lama lagi kan kita nak sambut Raya jadi kan elok jika membeli-belah awal ya tak?

Waktu operasi bermula dari jam 9 pagi hingga 11 malam. Jika terlepas peluang, jangan risau, anda masih boleh berkunjung ke Sogo bagi nikmati ‘Mid Year Holiday Hot Deals’ yang berlangsung di ruang tengah Sogo dari 23 Mei hingga 2 Jun  2016 ini.




‘Shop till you drop” kata mat salleh….jadi menjelang Raya dah tak perlu lagi shopping ‘last minit’… shopping sekarang bukan sahaja dapat diskaun sehingga 70% tetapi jimat masa dan tenaga maklumlah pada bulan puasa tentu letih nak bershopping kan?

Pun begitu, bagi musim Raya, KL Sogo tetap tidak lupa memperkenalkan trendsetter terbaharunya melalui koleksi bertema Sinar Aidilfitri sempena karnival membeli-belah mega Malaysia yang akan berlangsung pada 15 Jun hingga 31 Ogos 2016 nanti.

Sambil membeli-belah nanti, pelanggan berpeluang memenangi kereta  Rio X KIA dalam peraduan Jom Balik Kampung dengan kerjasama RHB. Hanya  ahli kad Sogo yang berbelanja RM250 ke atas  layak mendapat dua borang peraduan manakala bukan ahli yang berbelanja RM300 ke atas mendapat satu borang sahaja.bagi setiap pembelian.

Nak tahu lanjut layari laman sosial KL Sogo ya.....

Apa pun terima kasih Jason, Terima kasih Ihsan.
Terima kasih daun keladi!