RTM UNGGULI PENGANJURAN SENDIRI ANUGERAH ASA 2016
Berakhirlah sudah Anugerah Seri Angkasa (ASA 2016) yang menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengungguli kemenangan pada keseluruhan malam pertama dan kedua apabila meraih 11 anugerah daripada 31 anugerah yang dipertandingkan, Jumaat dan 10 anugerah lagi daripada 27 anugerah pada malam kemuncaknya.Sabtu lalu.
Dalam acara kemuncak yang berlangsung di Auditorium Perdana Angkasapuri, RTM meraih masing-masing lima anugerah.dalam setiap kategori tv dan radio
Antara kategori yang dimenanginya adalah Rancangan Hiburan Radio Terbaik (Rosli Derani, Radio Klasik), DJ Radio Lelaki Terbaik (Liang Kim Loong, AiFM), Majalah TV Terbaik (Jabir Shafie, TV1) dan Penyampai Berita TV Terbaik (Shahril Sarapudin).
Stesen televisyen Astro merangkul lapan anugerah termasuk Pengimbangan Muzik TV Terbaik (Jim Teh, Astro Ria), Wartawan TV Terbaik (Kamarul Ariffin Haron (Agenda Awani-Diplomasi Rakyat Pak Jokowi), Komedi TV Terbaik (Syed Khairulfariz (Mail & Sudin Sambut Ramadan) dan Hiburan Muzikal TV Terbaik (S.Ghnadimathi (International Superstar Grand Final 2015).
Stesen televisyen TV3 pula memenangi empat anugerah diikuti TV9 (1), ONE FM (2) dan IKIM FM (1).
Kak Fas hanya dapat menyaksikan siaran langsungnya melalui tv sahaja yang dipancarkan di TV1. Hajat hati pada awalnya memang merancang untuk hadir tetapi kita hanya mampu merancang dan Allah juga penentunya.
Apa pun, daripada kaca TV, Kak Fas turut merasai kegemilangan anugerah terulung dan berprestij ini yang merupakan majlis penganugerahan yang pada asalnya mengiktiraf para penggiat penerbitan program-program radio dan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia.sejak 1972.
Bagaimanapun mulai tahun 2004, kementerian telah membuka peluang kepada stesen-stesen penyiaran tempatan yang lain untuk turut serta mempertandingkan hasil penerbitan warga kerja masing-masing.
Sejak dari itu, ASA mula mempertandingkan hasil kerja stesen-stesen penyiaran selain RTM antaranya seperti Bernama, Astro, dan kumpulan Media Prima Berhad.
Ia sekali gus menjadikan ASA bukan setakat medan untuk mempertandingkan hasil kerja para penggiat bidang penyiaran tetapi juga menjadi medan persaingan di kalangan stesen-stesen penyiaran terbabit.
Sebenarnya bagi Kak Fas, ASA agak 'nostalgik' kerana Kak Fas pernah menganggotai panel juri sebanyak dua kali bagi mengadili kategori Majalah TV Dokumentari apatah lagi Kak Fas juga pernah berkhidmat sebagai kakitangan 'part time' sebagai Penolong Penerbit bebeapa program hiburan dan majalah seperti "Hiburan Minggu Ini' mahu pun 'Panorama'.
Ini berlaku memandangkan Kak Fas pada awal pernah membuat latihan amali di RTM semasa menjadi pelajar Sebaran Am ITM (kini UiTM) dalam jurusan Penyiaran. Jadi RTM amat dekat di hati Kak Fas.
Ok kembali kepada ASA 2016, antara kategori yang dimenangi oleh RTM pada malam pertama pula meliputi Dokumentari Radio Terbaik, Pengulas TV Terbaik, Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik dan Animasi Penerbitan Tempatan TV Terbaik.
Manakala stesen televisyen Astro pula merangkul anugerah antaranya Liputan Berita TV Terbaik, Suntingan Rancangan TV Terbaik, Rancangan Agama Terbaik dan Bicarawara TV Terbaik.
Tidak ketinggalan juga Bernama Radio 24 memenangi tiga anugerah, ONE FM (1), IM4U (1) dan Suria FM (1).
Sementara itu, penerima Anugerah Khas Juri ASA 2015 kali ini diberikan kepada wartawan Azlinda Md Salim daripada Astro Awani untuk liputan berita Syawal Tanpa Mu.
Dan yang paling Kak Fas tabik hormat serta bersetuju apabila pelakon veteran yang sudah lama Kak Fas kenali, iaitu Dato Rahim Razali dinobatkan penerrima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2016 yang disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak.
Kemuncaknya, drama 'Kereta Kita' arahan Feroz Kadir berjaya memenangi kategori Drama TV Terbaik dan Pengarah Drama Terbaik.
Selain itu, pada malam ASA2016 turut memilih Fauziah Ahmad Daud dan Nasir Bilal Khan sebagai Pelakon Drama TV Wanita Terbaik dan Pelakon Drama TV Lelaki Terbaik menerusi drama 'Harus Terpisah'.
Sementara itu, Drama TV Bersiri Terbaik dimenangi drama berjudul Wadi arahan Heykal Hanifah.
Acara gilang-gemilang itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis terkenal termasuk Stacy, Salamiah Hassan, Azlan and the Typewriter, Ziana Zain, Siti Nordiana, Ning Baizura dan Adibah Nor.
Acara gilang-gemilang pada malam Jumaat, telah dihoskan oleh Terence Dass dan Adibah Noor. sementara pada malam kemuncak keduanya oleh Muaz dan Nana AF.
Pada keseluruhannya, persembahan kedua-dua malam pertama dan kedua tidak menghampakan cuma Kak Fas berpendapat penerbit rancangan sebaiknya meletakkan semua yang dicalon di satu bahagian agar apabila nama mereka diumumkan, mudah untuk mereka turun tangga ke pentas.
Ini Kak Fas lihat, mereka duduk di merata tempat sehingga mengambil masa untuk kamera mencari mereka malah mereka terpaksa pula melalui celah celah kerusi sempit untuk keluar dari tempat duduk.
Dan seperti yang pernah Kak Fas suarakan, janganlah terlalu kerap sangat persembahan pentas diiringi penari latar kerana tumpuan kepada artis terganggu. Jika sudah ramai di pentas tidak perlu lah lagi penari-penari mengiringi mereka. Dah macam satu trend pula bila terbitan RTM sahaja mesti pentas dipenuhi penari latar.
Senarai pemenang Anugerah Seri Angkasa 2016 malam pembukaan (Jumaat).
Kategori Radio:
1. PROMO RADIO TERBAIK : ONEfm JIANG JIANG JIANG JIANG (ONE FM)
2. PENGIMBANG MUZIK RADIO TERBAIK: YOGESWARAN A/L RAMALINGAM (TRAXX FM)
3. RANCANGAN INTERAKTIF RADIO TERBAIK: ADAM TAHIR (NEGERI FM)
4. RANCANGAN AGAMA RADIO TERBAIK: HALIM HAFIDZ (IM4U)
5. DOKUMENTARI RADIO TERBAIK: NURUL ASIAN BIDIN (NASIONAL FM)
FEROZ Kadir merangkul Anugerah Pengarah Drama TV Terbaik dan Drama TV Terbaik |
6. BICARAWARA RADIO TERBAIK: ADIBAH NOOR & BAKI ZAINAL (SURIA FM)
7. MAJALAH RADIO TERBAIK: EMILINA HAJI MOHD ZAMRI (SARAWAK FM)
8. BULETIN BERITA RADIO TERBAIK: ENDOK BALEANA BACHOK (BERNAMA RADIO 24)
9. PENGULAS RADIO TERBAIK: YASSER MD YUSOFF (MUTIARA FM)
10. LIPUTAN BERITA RADIO TERBAIK: AHMAD FAWZAN AZMIE (BERNAMA RADIO 24)
11. PENYAMPAI BERITA RADIO TERBAIK: NURUL SHUHADAH ARMAWAN (BERNAMA RADIO 24)
Kategori Televisyen:
12. PROMO TV TERBAIK: GHANDIMATHI S. SUPPIAH (ASTRO VINMEEN)
13. TATARIAS TV TERBAIK: JAMALUDIN NUJIS/AMRAN MAHAT (TV1)
14. MONTAJ TV TERBAIK: MAXIMILLIAN TAN (ASTRO WAH LAI TOI)
15. REKAAN SET TV TERBAIK: RAFIDAH OTHMAN (ASTRO RIA)
16. JURUKAMERA TV TERBAIK: EMAN AZRIN AZHAR/ DANIEK CHAN SWEE TUCK (8TV)
17. MULTIPLE CAMERA PRODUCTION TV TERBAIK: MAESTRO DATO' JOHARI SALLEH (TV2)
18. SUNTINGAN RANCANGAN TV TERBAIK: HAIKAL FADZIL (ASTRO OASIS)
19. AUDIO RANCANGAN TV TERBAIK: SAM FADIL ABDULLAH (ASTRO RIA)
20. PENERBITAN SUKAN TV TERBAIK: MUHAMAD IBRAHIM (TV3)
21. RANCANGAN AGAMA TV TERBAIK: BASIRUN OTHMAN (ASTRO OASIS)
22. DOKUMENTARI TV TERBAIK: KHUZAIMAH YUNOS (ALHIJRAH)
23. PENGULAS TV TERBAIK: SHAHRIL SARAPUDIN (TV1)
24. BICARAWARA TV TERBAIK: ABID HOSSEN (ASTRO WARNA)
25. RANCANGAN KANAK-KANAK TV TERBAIK: SARENA MOHD SALLEH (TV2)
26. ANIMASI PENERBITAN TEMPATAN TV TERBAIK: S GANA (TV2)
27. CANDAWARA (GAME SHOW) TV TERBAIK: EEAN KHOO (NTV7)
28. PELAKON PEMBANTU LELAKI DRAMA TV TERBAIK: QODI RASYEED (TV9)
29. PELAKON PEMBANTU WANITA DRAMA TV TERBAIK: RAJA ILYA (TV9)
30. LIPUTAN BERITA TV TERBAIK: LIM KIAN YAP (ASTRO AEC)
31. LAPORAN KHAS BERITA TV TERBAIK: AWALUDIN ABDUL GHANI (TV1)
ANUGERAH KHAS JURI : AZLINDA MD SALIM (Syawal Tanpa Mu/ ASTRO AWANI)