SIFU M NASIR MASIH BERBISA DIKERUMUNI SETIAUSAHA
Dato M. Nasir atau nama penuhnya Mohd Nasir bin Mohamed sudah tidak perlu diperkenal lagi. Di gelar 'Sifu' oleh teman-teman seperjuangannya, penyanyi dan komposer ini sering menarik perhatian ramai khususnya kaum wanita apabila tibanya Minggu Setiausaha.
Rasanya ya sudah lama Kak Fas tidak menghadiri apa-apa event yang melibatkan M. Nasir. Kali terakhir rasanya ketika bersama meraikan Minggu Setiausaha yang menampilkan suami Marlia Musa ini di Felda Perdana kira-kira lima tahun lalu.
Ketika itu, masih dapat dibayangkan dalam ingatan Kak Fas, bagaimana para Setiausaha yang hadir 'memperlakukan' M, Nasir dengan menarik bajunya, menarik tangannya dan menghimpitnya untuk berselfie sehinga penyanyi ini terpaksa menegur mereka secara baik sambil berkata, "sabar sabar', jangan begini'.
Tetapi itulah M. Nasir, seorang individu yang kurang berbicara namun apabila di pentas, karakternya berubah riang dan mesra melayan kerenah para tetamu yang menyaksikan persembahannya.
Kak Fas antara media yang berpeluang dijemput oleh Menara KL khususnya teman Kak Fas, Elliey untuk bersama meraikan Minggu Setiausaha Menara Kuala Lumpur menampilkan "Suatu Masa ... bersama Dato M. Nasir."
Ternyata M. Nasir masih berbisa dan digilai ramai kaum wanita. Sebaik sahaja kelibatnya memasuki ruang pentas Megaview Menara KL, jeritan mula menguasai persekitaran,
Sejurus itu juga, melalui persembahan lagu 'Suatu Masa', seorang wanita bertudung rona oren menghampiri M. Nasir sambil berjoget. Terkejut juga M.Nasir di buatnya kerana tanpa dijemput mahu pun diajak, tiba-tiba sahaja ada yang ke hadapan tanpa segan dan silu.
Begitulah penangan sifu muzik ini.... masih mendapat perhatian kaum wanita walau pun menghampiri usia warga emas.tahun hadapan.
Tidak perlulah Kak Fas bayangkan lagi persembahan dan tarikan penonton pada lagu-lagu berikutnya seperti Gerhana, Apokalips dan banyak lagi. Cuma Kak Fas rasa penonton kali ini agak beradap sikit daripada ketika di Felda Perdana.
Di Menara KL, kebanyakan yang menghampirinya sekadar berwefie atau pun berselfie ketika beliau bernyanyi. Tiada gelagat yang menjolok mata atau yang menjatuhkan 'maruah' wanita gitu.
Turut mendapat perhatian pada Minggu Setiausaha berkenaan tentulah celoteh gamat Fauziah Ahmad Daud (Ogy) yang bertindak sebagai pengacara manakala artis jemputan Jay Jay tidak kurang menariknya apatah lagi apabila mendendangkan lagu 'evergreen' nya seperti 'Belaian Jiwa,' dan 'Rindu Bayangan'.
Pemilik nama sebenar, Mohd Fauzi Darus ini yang juga merupakan vokalis kumpulan Carefree dalam persembahannya melahirkan rasa gembira kerana mampu menarik perhatian generasi muda walau pun dirinya sendiri sudah 59 tahun katanya.
Pendekata, Minggu Setiausaha 'Suatu Masa Bersama Dato M. Nasir' menampilkan Jay Jay dan Ogy sebuah persembahan yang menghiburkan seraya meninggalkan kepuasan yang dirasakan semua hadirin.
BERSAMA Jay Jay, blogger Misz Ella dan Ogy. |