BAU HARUM SEPERTI ANGKASAWAN NEGARA BERSAMA #INSPIREDRSHEIKH
Dato Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, bukanlah satu nama yang perlu diperkenalkan lagi. Sebut sahaja namanya, umum pasti kenal siapa gerangannya.
Ya… Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha adalah angkasawan Negara pertama yang berjaya mencipta nama sebagai anak Malaysia yang menjejakkan kakinya ke bulan bersama roket Soyuz TMA-11 pada 10 Oktober 2007.
Itulah impian yang telah menjadi realiti sejak kecil bagi pakar orthopedik ini. Dengan membawa gelaran ternama itu, apa sahaja tindakan dan langkah seterusnya yang dilakukan Dr Sheikh menjadi perhatian umum.
Terbaharu, sebuah lagi impian menjadi kenyataan di mana selepas berumah tangga dengan isteri tercinta, Datin Dr. Halina Mohd Yunus, pakar anestesia dan kini mempunyai dua orang cahaya mata Sophea Isabella, 5, dan Sophea Natasha 3 tahun, Dr Sheikh dan isteri Dr. Halina melahirkan pula ‘anak’ baharu mereka.
“Anak” yang Kak Fas maksudkan adalah produk pertama pewangi mereka yang dinamakan #InspireDrSheikh dan #DesireDrHalina.
Kak Fas rasa memang tepat nama ‘inspire’ dan ‘desire’ yamg dipilih memandangkan Dr. Sheikh Muszapahar bukan sahaja menjadi inspirasi rakyat Malaysia mencipta nama seperti nya malah ‘keinginan’ (desire) Dr Halina membentuk satu pakej keharmonian rumah tangga yang suci dan murni seperti mereka.
“Nak cium haruman bau badan saya dengan dekat dipersilakan, “ gurau Dr. Sheikh Muszaphar kala memperkenalkan pewangi #desire yang diipta khas untuk kaum lelaki manakala #desire untuk perempuan.
Majlis pra pelancaran kedua produk telahpun disempurnakan baru-baru ini di Frasers Residence dalam suasana berdekorkan lora dan fauna seperti mana kandungan pewangi.
Turut hadir Pengarah Urusan Luc Empire Ventures, Kapten Faizal yang dalam ucapannya mengalu-akukan penyertaan ejen atau stokis untuk bersama-sama memperoleh pendapatan sampingan pada bulan Ramadan ini bagi persiapan Raya.
Sebagai langkah awal, hanya 10,000 unit botol dikeluarkan terlebih dahulu dan Luc Empire Ventures sedang dalam perancangan untuk menambahkan stok selepas Raya termasuk mengeluarkan produk lain.
“Saya sedang fikirkan untuk mengeluarkan pewangi khusus untuk ahli-ahli sukan,” ujar Dr. Sheikh Muszaphar sambil memberitahu penghasilan produk pewangi menepati citarasanya yang sukakan bauan.
Apakah kandungan kedua #InspireDr. Sheikh dan #DesireDrHalina ini?
Nak tahu lanjut baca seterusnya di ruangan PRODUCT & TECH dalam blog Kak Fas ini.
Tahniah Dato dan Datin.