Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

RAYA : BELI DI KL SOGO, MENANG KERETA, TEMUI ZIZAN, SHAHEIZY SAM


Walaupun kita baharu sahaja berpuasa hampir dua minggu namun Kak Fas percaya orang ramai sudah mula membanjiri kompleks membeli-belah untuk persiapan Hari Raya yang bakal menjelang tiba.

Boleh dikatakan setiap hari jalan raya ke ibu kota di mana terletaknya pusat membeli-belah akan sesak bukan sahaja dengan lalulintas yang bersimpang siur apatah lagi sempena Karnival Membeli-belah Mega 1 Malaysia yang bermula hari ini sehingga 31 Ogos 2016.

KL SOGO yang terletak di kawasan paling sibuk di ibu kota antara pusat membeli-belah yang sering sesak mendapat perhatian warga kota cosmopolitan ini khususnya apabila adanya Hari Keahlian atau pun promosi diskaun hebat.

Dan sempena Karnival Jualan Mega 1Malaysia yang  bermula hari ini 15 Jun hingga 31 Ogos 2016 ini, KL SOGO tidak melepaskan peluang bersama pusat membeli-belah lainnya dalam menyambut seruan Kerajaan untuk sama-sama memeriahkan  karnival dengan pelbagai kempen jualan murah.


Bertemakan “Sinar Aidilfitri’, KL SOGO dihias dengan dekor berinspirasikan Masjid Biru Istanbul  di mana setiap sudut memperlihatkan aura Islamik dengan corak geometrik dalam rona campuran biru, hijau muda, merah jambu bougainvillea dan biru inkblot.

Suasana dekor meningkatkan keindahan dan keanggunan membeli-belah apatah lagi dengan pelbagai tawaran diskaun istemewa serta aktiviti-aktiviti yang disediakan terutama sesi 'Meet & Greet'  barisan artis kesayangan anda samada pelakon dan pelawak, Zizan Razak mahu pun Shaheizy Sam dan isteri, Syatilla Melvin.




Sesi bertemu dengan Zizan Razak dijadualkan pada 19 June manakala Shaheizy Sam dan isteri pada 25 Jun 2016. Kesemua pelakon ini akan bertemu peminat di Aras 3 Bahagian Fesyen Wanita bermula jam 2 petang hingga 4 petang.



Jadi para peminat selebriti popular tersebut tandakan kalendar anda agak tidak terlepas peluang untuk beramah mesra dengan mereka dan barangkali berpeluang untuk bergambar atau 'selfie'. 

Suka kan? Kak Fas dah dapat bayangkan perasaan anda sekeliang di situ....

Bukan itu sahaja lebih menarik lagi bagi ahli kad SOGO dan RHB, mereka layak untuk memenangi hadiah bernilai RM100,000 termasuk sebuah kereta KIA RIO X.

Menarik kan? Bagaimana nak sertai?



Mudah sahaja, setiap ahli dua kad berkenaan layak mendapat dua borang peraduan dengan setiap pembelian RM250 manakala bukan ahli boleh juga mendapatkan satu borang setelah berbelanja sebanyak RM300.

Sebagai bonus tambahan, setiap borang peraduan berkenaan melayakkan anda mendapat kupon servs kereta secara percuma bagi setiap pembelian kereta baharu daripada  cawangan NAZA KIA.

Kempen ini bermula sejak 3 Jun lalu dan akan berakhir pada 31 Ogos 2016. Bertuah kan gerangan yang akan memenanginya nanti. Tak rugi belanja RM250 ke atas... dapat kereta lagi gitu.

Pun begitu, hanya 100 pembeli akan disenarai pendek dalam peraduan 'Aidilfitri Shop-to-Drive' ini di mana mereka juga perlu menjawab soalan mudah mengenai pusat membeli-belah SOGO dan pemberian hadiah utama akan diadakan dalam satu majlis sekitar bulan Oktober nanti.

Pemurahnya KL SOGO kan?

Jangan risau, bukan itu sahaja bahkan ada lagi. Melalui promosi  "AIdilfitri Bonanza Celebration's Shop-N-Redeem', yang berlangsung dari 15 Jun hingga 8 Julai 2016,  pembeli akan menerima satu stamp bagi setiap pembelian RM200 dalam satu resit di mana mereka boleh menebus beberapa hadiah menarik yang disediakan.

Untuk promosi ini, KL SOGO melakukannya dalam dua bahagian. Pada bahagian pertama yang bermula dari 15 Jun hingga 23 Jun, pembeli boleh menebus sebuah kotak tisu vintaj apabila mereka mengumpul 6 stamp bagi ahli S Kad dan 8 stamp bagi bukan ahli kad.





Bagaimana pun, jika pembeli ingin menebus  13 keping set teh, mereka perlu mengumpul 10 stamp (ahli) dan 12 stamp untuk bukan ahli. Promosi ini hanya berlaku pada bahagian kedua iaitu pada pembelian antara 24 Jun hingga 8 Julai 2016 sahaja.

Bagi kaum wanita khususnya, bahagian kosmetik dan wangian antara kaunter yang sering mendapat perhatian.

Membeli sebarang produk  bernilai RM100 pada satu resit di bahagian ini, anda akan mendapat ganjaran kupon rebat  kosmetik  sebanyak RM10.

Malah dengan setiap pembelian RM100 dalam satu resit di dalam KL SOGO, ahli S Kad layak menebus paket khas Raya manakala pembelian RM200 perlu untuk bukan ahli.

Manakala untuk mendapatkan bag membeli-belah Raya SOGO, ahli S Kad perlu menunjukan resit pembelian sebanyak RM200 dan RM250 bagi bukan ahli kad S.

Walau pun hadiah-hadiah berikut boleh didapati dari 10 Jun 2016 namun adalah lebih baik anda mendapatkannya lebih awal sebelum ia habis ditebus.

Dah baca kan?

Jadi tunggu apa lah jom ke KL SOGO sambil membeli-belah banyak 'keuntungan' sampingan lain yang boleh dibawa pulang.

Mana tahu Hari Raya tahun depan anda boleh membawa pulang sebuah kereta baharu.

Info lanjut mengenai promosi dan tawaran menarik dari  KL SOGO, layari laman web www.klsogo.com.my  atau hubungi talian 1300-88-SOGO(7646).

Selamat bershopping dan Good Luck!



Untuk cerita dalam Bahasa Inggeris boleh layari EFY.com.my...