Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

BREEZE CURAH KASIH, DERMA BAJU RAYA


Pada bulan Ramadan ini, pelbagai aktiviti amal dan kebajikan dianjurkan baik secara individu mahu pun anjuran pihak korporat.

Saban malam sebenarnya ada sahaja majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim sehingga tidak terkejar Kak Fas untuk menghadiri semuanya.


Pun begitu, ada juga pihak yang mengambil peluang melakukan kebajikan dengan membawa anak-anak yatim membeli-belah sepersalinan baju raya.

Terbaharu 'Kempen Raya Breeze' yang dikendalikan syarikat Unilever Malaysia tidak ketinggalan melapangkan waktu mengajak kira-kira 367 kanak-kanak kurang bernasib baik dari lima buah rumah anak yatim menyertai sesi membeli-belah sepersalinan baju raya setiap seorang dengan bajet RM80 seorang.
Allysa melayan adik Annabella...


Mereka yang berusia antara 3 hingga 17 tahun dibawa ke gedung Mydin Subang Jaya bagi memilih baju raya masing-masing dalam suasana santai dan riang.

Seronok melihat gelagat anak-anak tersebut memilih  sepasang baju raya masing-masing daripada himpunan koleksi terbaharu dari Mydian.

Membantu adik Zainuddin memilih baju Melayunya..

Bersama mereka membuat pilihan tentu sekali Alyssa Low selaku Pengurus Kanan Pemasaran Unilever (M) Holdings Sdn Bhd yang nampaknya sebuk melayan karenah anak-anak berkenaan sehingga ternampak beliau menukar kasut tingginya kepada yang rendah... haha... pasti penat Alyssa.

Kak Fas tersenyum melihat Alyssa, walau pun penat namun pasti beliau merasa seronok syarikatnya dapat melaksanakan tugasan sosial koporatnya pada bulan yang mulia ini.

Atas usaha ini kata Alyssa, “Pada bulan Ramadan yang mulia ini, kita digalakkan untuk menilai semula kebaikan dalam diri kita disamping memperbanyakkan amalan berkongsi dan memberi mengikut erti kata yang sebenar. Menjelang tibanya lebaran, membeli-belah pakaian baharu adalah sebahagian daripada keseronokan menyambut Hari Raya. Oleh itu, kami mahu kanak-kanak yang kurang bernasib baik ini turut sama merasai kegembiraan membeli pakaian baharu selepas sebulan berpuasa. Kami berharap agar kanak-kanak ini dapat merasai kemeriahan Raya dan kami turut sama gembira apabila dapat melihat mereka tersenyum dan ketawa ketika membeli Baju Raya mereka.” .

Malah dalam usaha membantu mengumpul sumbangan untuk kempen Ramadan berkenaan,  Breeze telah mendermakan RM1 bagi setiap pembelian cecair pencuci pakaian Breeze bermula pada 6 Jun 2016 lalu dengan menampilkan slogan menarik berbunyi "Di sebalik setiap kotor ada kemurahan hati... derma baju raya, curah kasih anda'.

Hasilnya, sumbangan itu digunakan bagi membeli pakaian raya baharu untuk kanak-kanak berkenaan yang hadir  dari lima rumah anak yatim terpilih iaitu Rumah Anak-Anak Yatim Shifa’, Rumah Bakti Dato’ Harun, Rumah Anak-Anak Yatim Darul Kifayah, Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash Shakur, dan Rumah Titian Kaseh.



Tanda terima kasih itu sudah pasti amat dihargai pihak penerima waima kata Hajah Sharifah Adlan, Pengasas Rumah Titian Kasih, "Setiap tahun, kanak-kanak ini sentiasa berharap untuk memiliki sepasang Baju Raya baharu. Saya dapat melihat dengan jelas kegembiraan yang terpancar di wajah mereka apabila mereka menerima pakaian Raya masing-masing dan mereka sangat seronok apabila dibawa membeli-belah. 



"Kami amat bersyukur kerana dipilih untuk menyertai kempen Ramadan Breeze ini. Sekarang, kanak-kanak ini boleh menyambut Hari Raya dengan memakai baju Melayu dan baju kurung moden yang serba baharu dan cantik".

Dan bagi Nor Syahireen dari  Rumah Titian Kasih, Nor Syahireen, ini komennya:


 "Saya berasa sangat gembira dengan pelbagai pilihan pakaian Raya yang disediakan. Saya berasa sangat seronok kerana dapat memilih Baju Raya mengikut warna kegemaran saya dan mencubanya. Saya serta kawan-kawan berasa amat gembira dan berterima kasih kepada Breeze kerana sudi membawa kami membeli-belah Baju Raya.”

Breeze turut melancarkan sebuah video sebagai sebahagian daripada inisiatif dalam kempen Ramadan ini. Video yang menyentuh perasaan itu mengisahkan tentang kepentingan mendidik dan menggalakkan kanak-kanak untuk melakukan amalan yang baik ketika bulan Ramadan. Video ini dapat ditonton sejak awal Ramadan di laman Facebook Breeze Malaysia dan laman web mikro: http://www.ulmhomecare.com.my.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut dan perkembangan mengenai kempen ini, sila layari www.ulmhomecare.com.my atau kunjungi laman Facebook Breeze Malaysia: www.facebook.com/breezemalaysia.