Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

CERITA KISAH RAYA ANDA, MENANGI BARANG KEMAS HABIB JEWELS



Kita baharu sahaja menyambut jendela Ramadan, Walaupun baharu sehari berpuasa tidak bermakna kita tidak boleh melakukan persiapan Hari Raya khususnya dalam merancang pembelian baju Raya untuk diri sendiri mahu pun keluarga.

Adalah sunat sebenarnya untuk berpakaian dan bergaya dengan baju baharu serba satu pada pagi Raya.

Kak Fas masih ingat lagi, sewaktu kanak-kanak, ketibaan Hari Raya merupakan hari yang dinanti-nantikan terutama bab memakai baju baharu. Tak sabar rasanya nak pakai baju Raya waktu tu..... dan apabila bergemanya Takbir Raya, seronok alang kepalang rasanya apabila tidak perlu lagi menahan lapar dahaga.

Rasanya anda juga mempunyai kenangan dan cerita suka duka kala Raya.... terutama semasa zaman kanak-kanak. Inilah zaman yang paling seronok berhari raya.... dan kini bayangan itu dapat dilihat pada anak-anak atau cucu-cucu di sekeliling kita.

Cuma tidak seperti anak-anak zaman sekarang yang bebas bertandang dari rumah ke rumah untuk mengumpul duit raya, Kak Fas tidak melalui cara itu waima ibu bapa melarang keluar keseorangan hatta bersama kawan sekali pun.

Ke mana sahaja yang nak dituju harus bersama keluarga.

Itulah secebis daripada cerita kenangan Raya Kak Fas waktu dulu-dulu. Apa pula cerita Raya anda?


Inilah yang ingin dikupas oleh syarikat barang kemas terkenal Habib Jewels dalam mempromosikan koleksi Hari Raya terbaharunya melalui kempen  #RantaianKasihHabib untuk tahun 2016 ini.

Malah Habib menjemput orang ramai untuk menceritakan kisah Raya masing-masing menerusi video yang boleh dikongsi pada laman web www.habibrayastory.com di mana anda berpeluang memenangi barang kemas berjumlah RM50,000 dengan hadiah utama berupa barang kemas  bernilai RM21,000.

Menarik kan?..

Nak tahu lanjut?

Apa kata baca entri ini seterusnya di ruangan Fashion & Event dalam blog ini...


Good luck kepada semua ya....