Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

EZATTY - AZWAN KOMBOS BERKONGSI NIAGA 'VERMILLION'


Apabila disembur, baunya harum semerbak apatah lagi semburan itu tepat ke arah muka. Malah, Vermillion ini dikatakan mampu membuat muka anda senget jika disembur sebelah sahaja pada raut wajah.

Biar betul? Tetapi jangan khuatir, apabila sebahagian lagi muka disembur Vermillion wajah akan kembali seimbang.

Daripada tulisan bayangan itu, Kak Fas pasti anda sudah dapat meneka apakah sebenarnya produk yang dinamakan Vermillion ini,,.. ya tak?

Benar, ini merupakan satu-satunya produk antipenuaan yang mampu menegangkan kulit wajah agar anjal dan berseri.


"Betul, Kalau nak cuba mari saya semburkan dan lihat perbezaannya pada bahagian muka yang disembur dan sebelah muka yang tiada semburan," ujar Ezatty Abdullah dalam ketawa kecil sambil mempelawa mana-mana media yang mahu mencuba produk sulongnya bersama tunangnya, pelakon Azwan Kombos.

Bersama kedua mereka pada majlis pelancaran 'Vermillion' dihadiri bersama ibu dan bapa Ezatty yang turut memberikan ucapan aluan tanda sokongan.

Kenapa Ezzaty memilih mengeluarkan produk anti penuaan ini?

Kata Ezatty:

"Perkembangan dan permintaan masyarakat terhadap produk kecantikan dalaman dan luaran yang kini seolah-olah menjadi satu fenomena baru di negara kita memberikan saya inspirasi untuk melahirkan produk yang agak berlainan sedikit seperti semburan awet muda ini."

Vermillion Essense Mist merupakan sejenis produk anti penuaan yang mampu menghilangkan kedutan di wajah sekaligus menegang dan menganjalkan kulit. Selain itu, produk istimewa ini dapat memberi kesan pantas seawal semburan pertama.



Kandungan utama Vermillion Essence Mist ini dirumus  daripada buah Kigelia African Extract. Ia merupakan sejenis buah-buahan yang hanya terdapat di Afrika dan berbentuk seperti sosej. Buah ini turut bertindak sebagai ejen penyembuh kesan luka akibat terbakar.

Menurut Ezzaty, inisiatif untuk mengeluarkan produk kecantikan ini merupakan satu usaha serius untuk berada dalam bidang perniagaan kosmetik. 

Dan katanya, dia secara tidak langsung mahu membantu para wanita dan lelaki untuk menjadi lebih cantik dan kacak tanpa perlu kosmetik yang belum pasti tahap keselamatannya. 

"Saya teruja menceburkan diri dalam bisnes ini lebih-lebih lagi ia merupakan produk pertama di Malaysia.  Daripada kecil memang cita-cita saya ingin mempunyai perniagaan sendiri. 

"Saya pernah mempunyai beberapa bisnes sebelum ini tetapi gagal kerana kurang fokus, kali ini saya betul-betul serius," tambahnya.

Jelas  Ezzaty lagi, ramai yang tidak ambil peduli tentang penjagaan kulit terutamanya yang bebas daripada kesan jangka panjang. Vermillion merupakan produk terbaik yang membantu kulit lebih muda dan tegang dengan pantas serta tiada kesan sampingan.



Sementara itu, Azwan Kombos berkata, impian untuk melancarkan produk ini diibaratkan seperti angan-angan menjadi nyata. 

“Sejak menceburkan diri dalam perniagaan, banyak peluang dan ruang yang saya nampak di depan mata saya. Malah, idea untuk menubuhkan syarikat bersama Ezzaty Abdullah merupakan salah satu punca pendapatan kami. Produk ini bukan sekadar trend semata-mata, ia adalah satu bentuk inisiatif yang perlu dilakukan ketika masih muda. Yang penting, saya pasti Vermillion dapat membantu ramai masyarakat khususnya wanita di luar sana menjaga kesihatan kulit dan wajah.”

Vermillion Mist didatangkan dengan dua saiz iaitu 30ml dan juga 10ml (pek percubaan) dam dijual dengan harga RM130 untuk botol 30ml dan RM50 untuk pek percubaan dengan kandungan 10 ml..