Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PELAJARI 'HIJAB STYLING' MIMI WAHEEDAH


Pada bulan Ramadan yang mulia ini, Kak Fas terhadkan membuat liputan sebarang majlis yang melibatkan pelancaran sambil berbuka puasa. 

Setekat ini Kak Fas cuma hadir ke majlis program Ramadan/Syawal anjuran Media Prima dan Astro sahaja waima undangan yang diterima untuk beberapa majlis lain terpaksa Kak Fas tolak.

Pun begitu, sekiranya ada majlis yang berlangsung sebelah pagi atau tengah hari dan yang membolehkan Kak Fas pulang awal untuk persiapan berbuka di rumah akan Kak Fas layan juga.

Setekat ini  Kak Fas hanya hadir  pada majlis pelancaran Mobeego  dan majlis meraikan anak yatim membeli-belah anjuran sabun Breeze di bawah syarikat Unilever yang diadakan pada waktu siang.

Terbaharu, satu lagi majlis yang berlangsung tengah hari malah pada hari Ahad pula, sudah tentu Kak Fas hadir apatah lagi undangan itu daripada teman lama Kak Fas, mantan model yang pernah satu ketika dahulu menjadi ‘model’ Kak Fas bagi ruangan Fesyen dalam majalah WANITA. Beliau yang dimaksudkan adalah MIMI WAHEEDAH yang kini sudah pun bergelar Puan Sri Datin Mimi Waheedah.





Walau pun berlangsung pada hujung minggu Kak Fas berusaha gigih hadir pada majlis yang dinamakan ‘Styling Hijab by Mimi Waheedah’ ini.

Menarik juga, fikir Kak Fas. Boleh la lepas ini Kak Fas bergaya dengan ‘styling’ tudung yang pelbagai fesyen. 

Berlangsung secara santai dengan kehadiran teman-teman rapat Mimi Waheeda di bilik khas Al Halabi, Hotel JWW Marriot Kuala Lumpur, acara dimeriahkan lagi dengan jualan beberapa produk berkaitan muslimah seperti tisu lembap pencuci muka Imaan, selendang, brooch dan sebagainya,





Kak Fas antara individu yang rabun mata. Tengok sahaja barang cantik mesti nak membeli. Jimat punya jimat terbang juga seratus ringgit. 

Sekurang-kurangnya duit yang dibelanjakan ke arah kebaikan juga kerana menurut Mimi sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangkan kepada rumah anak-anak yatim. Alhamdullillah…!


Sesi ‘styling hijab’  dihadiri kira-kira 15 orang sahaja memandangkan ia dianjurkan secara eksklusif untuk teman-teman rapat Mimi khususnya dari kalangan ahli-ahli Peniagawati. Turut hadir Presiden Peniagawati Dato Azlin Ahmad Shaharbi.(bawah, tengah).




“Acara ini belum difikirkan untuk dibuka kepada orang ramai, ia dibuat pun atas sebab permintaan kawan-kawan yang mahu saya mengajar mereka pelbagai cara berhijab dengan stail,” ujar Mimi kala ditanya kenapa tidak dianjurkan dalam skala lebih besar.

Khalayak yang hadir ternyata begitu meminati cara gaya ‘turban’ yang ditunjukkan oleh Mimi sehingga ada pulak yang begitu meminat gaya ‘turbon clubbing’, gurau mereka.
Sepanjang sesi demonstrasi, usik mengusik menjadi gurauan bagi menceriakan lagi suasana malah selepas pelbagai gaya ditunjukkan, tetamu yang hadir berpeluang pula mempelajari cara mengikut tudung masing-masing secara peribadi.



Ada juga yang masih sebuk membeli-belah selendang, pin dan pelbagai lagi jualan yang ada. Kak Fas tertarik dengan kiosk Imaan yang diusahakan oleh Pengarah Urusannya, Wawa Idris.

Produknya lain daripada yang lain.Maksud Kak Fas, Wawa lebih menggemari bisnes jualan tisu pelembap yang dinamakan ‘ Imaan Suci Wipes’.

Rasanya inilah satu-satunya produk wipes bumiputera yang Kak Fas nampak. Tak perasaan pula Kak Fas ada yang lain kecuali  wipes yang sering digunakan khalayak ramai  seperti yang dijual  di Watson, Guardian dan sebagainya.

Menariknya tisu pembersih solekan ini mampu membersihkan solekan tebal  malah mempunyai fungsi dua dalam satu iaitu membersih sambil melembap.

“Ia jamin suci tanpa alcohol jadi mudah dibawa dalam tas tangan dan apabila hendak solat boleh sahaja membersihkan make up dengan mudah, “ ujar Wawa sambil menyerahkan sebungkus untuk Kak Fas mencubana. Terima kasih Wawa.




Kak Fas dah pun mencubanya… membersih solekan sewaktu mahu bersolat… memang mudah semua kotoran degil mampu dibersihkan khususnya ‘eye shadow’  ‘mascara’ dan sebagainya.

Terasa segar kulit wajah selepas menggunakannya. Selepas ini Kak Fas pasti akan membelinya waima harga RM6 pun mampu milik.



Kak Fas juga berkesempatan mencuba produk Bee Venom – krim pelembap anti penuaan. Itu pun kerana memenuhi permintaan Puan Moharina Mohamed, yang mahu sangat Kak Fas mencubanya.

“Produk ni bagus tau Kak, pakai je dah boleh terasa kulit tegang dan anjal,” ujarnya beriya-iya.

Melihat pada brosur Alpha Lipit Bee Venom ini, produknya digunakan oleh barisan selebriti dan personaliti terkenal antarabangsa seperti Kylie Minogue, Victoria Beckham, Gwyneth Paltrow dan juga oleh Duchess of Cornwall iaitu Camilla Parker-Bowles.

Buat tahan juga Kak Fas rasa… urutan lembut dari Moharina membuatkan Kak Fas terleka seketika… sedap dan memang terasa segar… tak sabar nak cuba sepenuhnya apabila Mimi Waheedah memberikannya kelak untuk Kak Fas mencuba lagi.

Nanti pas ni bila dah ‘try’ lebih lama, baharu boleh Kak Fas cerita lebih lanjut mengenai Bee Venom okey?

Apa pun sila lihat pelbagai gaya tudung serta 'turban' yang direka oleh Mimi Waheedah.

Kak Fas seronok melihat cara Mimi melilit tudung-tudung yang digayakannya itu.


 



Apa pun Kak Fas tabik usaha Mimi yang memberikan khidmatnya mengajar cara ikatan tudung yang direkanya sendiri itu.

Khabarnya, sudah ada permintaan dari rakannya di Australia untuk mengundang Mimi ke sana bagi mengadakan  hijab styling nya itu.

Perancangan masa depan Mimi?

“In Sya Allah, jika ada sambutan selepas ini saya akan mengeluarkan produk saya sendiri,” ujarnya penuh harapan.

Moga impian Mimi itu kesampaian tidak lama lagi…. Lebih banyak produk tempatan di pasaran lebih meriah malah pengguna mempunyai lebih banyak pilihan waima peniaga pula mampu bersaing secara sihat.