MENANGI HADIAH BERNILAI RM200 BERSAMA KFC KARI-KARI RANGUP
KFC - antara ayam goreng segera yang Kak Fas suka dan kerana itu apabila dapat sahaja jemputan untuk hadir dalam majlis memperkenalkan hidang terbaharu dari KFC, Kak Fas cuba untuk hadir dan tidak melepaskan peluang itu.
Umum maklum setiap kali akan masuknya musim-musim perayaan, KFC tidak mahu ketinggalan dalam memperkenalkan hidangan khas dan bagi menyambut Ramadan serta Hari Raya tahun ini, KFC Malaysia sediakan menu yang dinamakan 'KFC Kari-kari Rangup'.
Kak Fas dah rasa bagaimana rasa kari dan rangupnya hidangan terbaharu KFC yang cuma berharga RM12.90* pilihan kombo manakala kombo bucket berharga daripada serendah RM46.90*.
Nak tahu bezanya?
Hidangan kombo bererti pelanggan boleh memilih di antara nasi atau kentang goreng bersama dua ketul KFC Kari-kari Rangup, regular coleslaw dan minuman buah pic-mangga Sjora.
Manakala bagi yang kepingin menikmati kombo bucket bole memilih antara 9 atau 15 ketul ayam KFC Kari-kari Rangup, Coleslaw bersaiz besar, kentang putar bersaiz besar dan sebotol Pepsi 1.5 liter.
'KFC Kari-kari Rangup' disaluti dengan rempah ratus tempatan dan perisa kari yang lazat sempurna. Pasti bagi mereka yang menyukai rasa kari tentu mahukan hidangan terbaharu KFC ini.
Dilancarkan bersama slogan “Penuh rasa, penuh kesyukuran” , KFC mahu memastikan agar hidangan dapat memberi lebih rasa dan kenikmatan apatah lagi dimkan bersama keluarga dan rakan-rakan di sepanjang bulan yang mulia beberapa hari lagi.
“Ramadan merupakan bulan yang amat kami nantikan setiap tahun. Ia memberi peluang kepada kami untuk menghidangkan sesuatu yang baru dan berkongsi pengalaman yang indah setiap kali para pelanggan berbuka puasa bersama keluarga, rakan-rakan dan teman-teman sekerja.
"Di KFC, kami sentiasa mencari cara untuk mempertingkat keenakan ayam, dan dalam hal ini KFC Kari Kari Rangup juga tidak terkecuali. Kami percaya, hidangan yang kaya dengan perisa, rangup dan berempah ini amat sesuai untuk anda di sepanjang Ramadan,” kata Angelina Villanueva (atas, dua kanan), Pengurus Besar Kanan Pemasaran KFC.
“Ramadan juga merupakan masa yang tepat untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan meluangkan masa bersama mereka yang tersayang dengan berkongsi juadah yang enak semasa berbuka puasa. Keunikan rasa KFC Kari-kari Rangup bersama hidangan sampingan Colonel Rice dan Coleslaw menjadikannya sebuah kombinasi yang sempurna serta menimbulkan rasa kesyukuran pada setiap suapan terutama setelah letih seharian berpuasa,” sambung Sharifah Musainah (atas, dua kiri), Pengurus Besar, QSR Brands (M) Holdings Sdn Bhd.
Dan sebagai tanda sokongan kepada pelanggan setia KFC sempena bulan penuh kesyukuran ini KFC memperkenalkan 'Mat Syukor, satu watak animasi lucu yang akan memberi tip-tip bernas di sepanjang bulan Ramadan.
Untuk mengikuti gelagat menghiburkan Mat Syukor dan tip-tip hariannya, sila layari laman sesawang KFC www.kfc.com.my atau #KFCMatSyukor
Malah sebagai tanda penghargaan pula, satu peraduan #KFCKipKamKariOn juga akan ditawarkan menerusi laman Facebook, Instagram dan Twitter KFC dimana peminat boleh menghantar tip-tip bernas mereka bersempena bulan Ramadan dan berpeluang untuk memenangi hadiah minguan berupa jamuan buka puasa / raya KFC percuma (bernilai RM 200 setiap satu).
Nak menang? Cepat layari laman Facebook KFC atau #KFCKipKamKariON
KFC Kari-kari Rangup boleh didapati di semua restoran KFC di seluruh Malaysia bermula daripada 31 Mei 2016 lalu sepanjang Ramadan dan Syawal.
Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my
Namun khabar berita terbaharu, KFC Malaysia (KFC) mensasarkan pembukaan 30 cawangan baharu di seluruh negara menjelang akhir tahun ini bersandarkan permintaan tinggi pengguna, terutama di kawasan pedalaman.
Jadi bagi mereka yang tinggal di pedalaman, bolehlah menikmati ayam goreng 'So Good' ini yang lazat sehinga menjilat jari.... tak perlu lagi pergi jauh jauh ke bandar... KFC akan menghampiri anda....
BIla? Tunggguuuuuu!!