PELBAGAI PROGRAM RAYA MENARIK DI TV3,TV9
Kempen #SyukurSelalu anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad diteruskan lagi dengan majlis kedua memperkenalkan program-program khas Hari Raya berlangsung di Hotel JWW Marriot baru-baru ini.
Tujuh selebriti terkenal tanahair yang dipilih sebagai duta Kempen Syukur Selalu 2016 iaitu Amar Asyraf, Fasha Sandha, Fattah Amin, Hafidz Roshdi, Janna Nick, Raja Afiq dan Uqasha Senrose telah menjayakan siri promosi kempen ini menerusi iklan pendek di kaca TV (brand ident), papan iklan (billboard), pesanan khidmat masyarakat, serta aktiviti acara padang Bazar Syukur Selalu dan Jom Masjid.
Kak Fas rasa semua pasti dah tonton kat kat peti telivisyen iklan-iklan yang dimaksudkan itu.
Dan pada bulan Syawal yang akan tiba tidak lama lagi, pastinya anda tidak sabar-sabar pula untuk menyaksikan rangkaian program-program terbaharu khas untuk Hari Raya di TV3 mahu pun TV9 pada minggu pertama dan kedua yang bakal dihidangkan.
Nak tahu apakah program-program atau pun barisan artis popular tanah air yang bakal menghiasi telefilm eksklusif di kedua-dua saluran tv berkenaan?
Antara artis terlibat meliputi lakonan daripada Nabila Huda dan Ayu Raudah bagi drama Batu Nisan Ibu, Shukri Yahaya, Zahira MacWilson (Cik Cinderella & Encik Tengku Raya), Adi Putra & Mira Filzah (Cinta Si Wedding Planner Raya), Fattah Amin & Ruhainies (Hello Mr Perfect Raya) dan Izreen Azminda, Rozita Che Wan dan Redza Rosli (Kak Marr Raya).
Manakala TV9 pula antaranya Siti Elizad & Bell Ngasri (Duit Raya), Talha Harith, Aedy Asyraf & Fazlina Ahmad Daud (Pulang) dan Zahiril Adzim, Hanis Kamal dan Liza Othman (Derhaka).
Manakala TV9 pula antaranya Siti Elizad & Bell Ngasri (Duit Raya), Talha Harith, Aedy Asyraf & Fazlina Ahmad Daud (Pulang) dan Zahiril Adzim, Hanis Kamal dan Liza Othman (Derhaka).
Sementara itu, TV3 turut menyiarkan program variasi dan hiburan Aidilfitri sepertiIndahnya Syawal pada malam raya, Ye Ke?! Raya, Dapur Panas VS 5 Rencah 5 Rasa, Edisi Khas Raya, Melodi Raya, Muzik-Muzik Raya dan Mentor Milenia Raya.
JANNA Nick |
TV9 pula bakal menyiarkan Kita Punya Raya pada menjelang malam raya, Glam Raya, Pop TV Raya, Perang Bibir dan Kisah Di Sebalik Lagu.
Program hiburan seperti Melodi Raya, Muzik Muzik Raya dan Mentor Milenia Raya juga akan menemui penonton pada Syawal ini. Tidak ketinggalan juga program variasi dan Raudhah seperti In Person Datuk Ustaz Kazim Elias dan In Person Da’i Hamidah serta program bual bicara Malaysia Hari Ini Aidilfitri dan Wanita Hari Ini Raya.
Manakala di TV9 disiarkan Pop TV Raya, Kisah Di Sebalik Lagu dan Perang Bibir. Tidak ketinggalan juga program Raudhah iaitu SIS Raya dan Tanyalah Ustazah Raya serta program bual bicara Ketupat Rendang Kopi O.
Sementara itu, selesai dengan Bazar Syukur Selalu yang berakhir di Johor Bahru pada 18 Jun, krew Syukur Selalu akan meneruskan penjelajahannya menerusi inisiatif baharu tahun ini iaitu Jom Masjid di Masjid Ridzwaniah, Kuala Kangsar, Perak (22 Jun) dan Masjid Cina Al Muttaqim, Krubong, Melaka (26 Jun). Aktiviti ini bertujuan mengajak umat Islam mengimarahkan masjid pada bulan Ramadan.
Keunikan Jom Masjid ini menampilkan keistimewaan amalan moreh yang diadakan setiap kali selepas solat terawikh sepanjang bulan Ramadan. Menerusi Jom Masjid juga, para pengunjung berpeluang untuk mengikuti program ilmiah seperti rakaman program Al-Kuliyyah, bacaan ayat suci Al – Quran, tazkirah, solat Isya, berterawikh serta sesi tadarus.
Untuk mendapat perkembangan dan informasi terkini tentang kempen dan program-program menarik Syukur Selalu, anda boleh muat turun sekarang aplikasi mudah alih #SyukurSelalu yang disediakan oleh Media Prima Labs secara percuma menerusi Google Play dan Apps Store.
Selain memaparkan program menarik di TV3, TV9, tonton dan Hot FM, doa harian dan mutiara kata, paparan waktu bersahur dan berbuka puasa, kiblat, lokasi masjid, info terbaharu tentang Bazar Syukur Selalu dan Jom Masjid, profil duta Syukur Selalu, tips fesyen dan resipi istimewa turut dimuatkan di dalam aplikasi ini.
Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton program di televisyen, mereka turut berpeluang menontonnya menerusi online portal tonton (tonton.com.my). Dengan adanya akaun VIP bersama tonton ini, para penonton tidak akan ketinggalan sebarang program kerana kini mereka mampu menonton program secara mudah alih.
Pada tahun ini, lagu tema Syukur Selalu telah diberikan nafas baharu dengan susunan muzik etnik kreatif dendangan penyanyi asal iaitu Dayang Nurfaizah dan Black. Muzik video ini turut menampilkan barisan duta Syukur Selalu.
Selain daripada promosi dari Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Kempen Syukur Selalu juga melebarkan sayapnya berkerjasama dengan platfrom-platform lain di Media Prima iaitu tonton, CJ Wow Shop, Studio 8, Media Prima Labs, rangkaian radio Media Prima dan The New Straits Time Press (Malaysia) Berhad.
Kempen Syukur Selalu dimeriahkan lagi dengan kolaborasi antara Media Prima dan rakan-rakan penaja seperti F&N, Nivea, NESCAFÉ Classic, POS Laju, TOP, Samsung dan Bank Rakyat.