Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PEWANGI K.A.W BERI KEPUASAN PADA KEENA MENTOR 3


Barangkali ramai juga yang belum mengenali lebih dekat pemilik nama Keena ini kecuali apabila disebut sebagai Keena Mentor.

Pun begitu, mungkin pertanyaan selanjutnya, musim ke berapa ya dan siapa mentor nya?
Keena, sebenarnya adalah anak didik mentornya, penyanyi rock yang tidak asing lagi, AWIE.

Kak Fas sendiri pun apabila mula-mula mengenali beliau pada satu majlis anjuran teman Kak Fas itu Anita Yusof dari Anita Entertainment & Productions tertanya-tanya siapa artis yang dibawa Anita itu.

Kemudian, barulah Kak Fas tahu, Keena adalah protégé kepada Awie dalam Mentor musim ke 3.

Jadi apa cerita terbaharu daripada penyanyi berusia 29 tahun dan juga kini berjinak-jinak dalam bidang lakonan ini?

Dalam meneruskan focus terhadap masa hadapannya dalam bidang seni, Keena maju setapak lagi menerokai pula dunia perniagaan dengan melahirkan produk pertamanya iaitu minyak wangi K.A.W by Keena.

Apa maksud K.A.W agaknya?


“Sebenarnya nama itu dicetuskan daripada permulaan nama Keena dan bapa Abdul Wahab. Dialah inspirasi Keena dan mahukan Keena mengeluarkan pewangi ini,” ujar Keena ringkas pada majlis pelancaran parfumnya itu.

“Menghasilkan produk minyak wangi sendiri menjadi peluang keemasan yang ditunggu sepanjang bergelar anak seni selama 11 tahun,” tambah Keena.

Menurutnya, dengan penghasilan produk tersebut bukanlah bererti beliau sudah terlalu bagus tetapi sekadar satu kepuasan pada diri sendiri dalam menghasilkan sesuatu yang baru untuk membantu karier seninya.

“Malah lebih bermakna untuk peminat yang banyak  menyokong  kerana saya ingin membuka ruang bisnes untuk mereka menjadi ejen atau stokes produk,” jelas Keena.
Pewangi K.A.W  diperbuat daripada campuran 7 jenis bunga istimewa yang dihasilkan dalam tempoh 6 bulan ketika di peringkat awal kajian.

Berharga RM69 sebotol, Keena yang  pernah menerima Anugerah Wanita Cemerlang pada majlis Anugerah Hari Wanita Antarabangsa anjuran Pertubuhan Kebajikan Sosial dan Ekonomi Wanita Malaysia pada Mac lalu berharap produknya mendapat sambutan positif di kalangan peminat dan pengguna.

“Alhamdullillah, pengeluaran pertama sebanyak 1,500 botol habis dijual dan sekarang pengeluaran sedang dihasilkan untuk menambahkan stok bagi memenuhi permintaan yang di luar jangkaan Keena,”  jelasnya gembira.