SAMBUTAN HANGAT ZIZAN DI KL SOGO PROMOSI 'STONED&CO'
Populariti Naib Johan Raja Lawak musim pertama, Zizan Razak sesungguhnya tidak perlu dipertikaikan.
Keaktifannya dalam industri hiburan bukan sahaja melayakkan dirinya memenangi sehingga 18 anugerah dalam pelbagai kategori malah Artis Asia Paling Popular yang dirangkulnya dalam ABPBH 2012 itu membuktikan pemilik nama penuh, Mohd Razizan Abdul Razak ini amat serius dalam mengharungi kerjayanya.
SIfat keceriaan, rendah diri dan tidak sombong yang dimiliki anak kelahiran Dungun, Kuala Terengganu ini menjadikannya rebutan di kalangan pengusaha perniagaan untuk menjadikan 'duta' produk masing-masing.
Terbaharu, sempena menyambut kehadiran Syawal tidak lama lagi, Zizan dijemput bagi mempromosikan produk jenama 'Stoned&Co' serta 'Idotshirt' di kompleks membeli-belah yang popular, KL SOGO baru-baru ini.
Walau pun lewat tiba daripada jadual waktu sebenarnya kerana tersangkut dalam kesesakan lalu lintas, peminat-peminat Zizan tidak bergerak daripada kawasan yang ditempatkan kepadanya untuk sesi 'Meet & Greet' di Tingkat 3, Arena Fashion, KL SOGO.
Ketibaan ZIzan disambut ratusan peminat yang melaungkan namanya bahkan yang menanti bukan sahaja golongan pembeli sebayanya tetapi juga pak chik, mak chik mahu pun anak-anak kecil.
Meriah sungguh!
Dan seperti biasa celoteh dan gurau senda Zizan membuatkan khalayak tidak tidak kering gusi dengan ketawa waima jika rasa marah kepadanya kerana tiba lewat pun boleh reda apabila mendengar alasan dan gurauannya.
Itulah keistimewaan ZIzan Razak, berasal dari Dungun, Kuala Terengganu ini. Beliau hadir dengan memakai baju t 'Stoned&Co' beserta 'cap' jenama berkenaan.
Rata-rata yang hadir tidak melepaskan peluang untuk membeli baju t 'Stoned&Co' mahu pun 'Idotshir' untuk mendapatkan token bagi melayakkan mereka memenangi hadiah cabutan bertuah berupa dua edisi terhad sneakers 'Nike'.
Mereka yang layak hanyalah yang membeli jenama berkenaan pada harga RM100 ke atas.
Pada awalnya beberapa nama yang dicabut oleh Zizan tidak hadir memandangkan mereka sudah pun pulang atau masih berlegar di KL SOGO wallahualam namun yang pasti dua pemenang yang bertuah terdiri daripada seorang kanak-kanak dan jejaka.
Dan sebagai menghargai mereka yang hadir, 50 pembeli pertama yang diberikan token pembelian berpeluang untuk bergambar dengan Zizah.
Sifat rendah dirinya terbukti lagi apabila Zizan sendiri membuat pengumuman 'mereka yang tiada token membeli pun boleh bergambar dengan saya selepas ini."
Sewaktu promosi, 'Stoned&Co' menawarkan diskaun sehingga 30% bagi produk mereka malah yang membeli baju t dapat satu lagi baju percuma. Malah yang memilih untuk mencetak nama pada baju t 'Idotshir' diberi juga diskaun sehingga 30% untuk mana-mana daripada empat desain ditawarkan menggunakan teknik 'Heat Press' yang disediakan. Dan jika memilih sebarang desain lain, pembeli juga layak mendapatkan diskaun 20% bagi desain tersebut.
Pada majlis sama, Zizan turut menyampaikan lima 'topi' (cap) kepada lima peserta yang menjawab soalan betul berhubung diri dan kerjayanya.
Pendekata, KL SOGO sesak pada hari berkenaan. Pelbagai tawaran lain turut diberikan pada pembeli jenama berkenaan.