Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SOO WINCCI HASILKAN RESEPI CARNATION


Susu Carnation antara produk yang Kak Fas sering gunakan  pada bulan Ramadan.
Bukan apa, hanya susu cair ini yang terbaik untuk Kak Fas gunakan bagi membuat pudding.

Malah susu ini juga Kak Fas guna untuk memasak Nasi Minyak Tomato.... cukup menyelerakan, 

Sebab itu, apabila mendapat undangan untuk ke majlis yang melibatkan Susu Carnation, Kak Fas tidak melepaskan peluang untuk hadir.

Lebih menarik apabila di majlis yang berlangsung di TESCO Mutiara Damansara baru-baru ini memaparkan chef selebriti Soo Wincci melakukan demonstrasi masakan tiga resepi menggunakan susu Carnation..

Bolehlah Kak Fas menambahkan lagi resepi yang melibatkan penggunaan Susu Carnation, tak gitu?

Majlis yang berlangsung sempena dengan peraduan CARNATION® Go Gourmet Korea bersama Soo Wincci, telah menampilkan 3 resipi enak yang menyelerakan dengan Krimer Sejat CARNATION®.

Dengan meningkatnya minat ramai untuk mempelajari selok belok bidang kulinari
dan ingin mencuba cara “pantas dan mudah” di dapur, CARNATION® merupakan
pelengkap hidangan sempurna untuk menyediakan sajian enak dengan lebih
mudah, sesuai dengan kesibukan hidup masyarakat hari ini.

Mengenai resipi-resipi baharu yang dihasilkan bersama CARNATION®, Wincci
berkata:

“Resepi yang  saya kongsi ini dicipta untuk sesiapa sahaja yang
gemar memasak setiap hari dan mahu menyediakan sajian enak dengan mudah.
Rahsia dapur saya untuk menjadikan Piza Omelet Mewah supaya lebih gebu dan
lazat ialah hanya menambah Krimer Sejat CARNATION®.
.
"Selain daripada itu, Wantan Pai Epal dan Milkshake Avokado Kacang Adzuki yang
telah saya persembahkan juga merupakan 2 ciptaan gastronomi yang jelas
menyerlahkan keharmonian pelbagai rasa hebat yang digabungkan di dalam resipi
yang mudah. "

Menurut Soo WIncci beliau menyediakan sebanyak  12 resipi ciptaan CARNATION® sebagai ramuan asas untuk dicuba oleh semua. 

"Saya berharap resipi ini akan menjadi sebahagian daripada hidangan harian yang digemari." tambah beliau.

Memberi komen mengenai kolaborasi dengan Soo Wincci, Cik Eileen Chan,
Pengurus Pemasaran Kanan F&N Dairies berkata, “Menyediakan masakan enak
dan mudah dengan rasa yang konsisten serta menggamit selera merupakan teras
utama CARNATION®. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Wincci sekali
lagi kerana beliau membuktikan sesiapa sahaja boleh memasak dengan mahir
menggunakan CARNATION® sebagai bahan ramuan yang sentiasa menepati cita
rasa. Kami berharap CARNATION® akan memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia
mencuba pelbagai resepi dalam menyediakan hidangan lazat di rumah yang dapat
menambat hati keluarga tersayang”

Melalu kempen promosi, para penggemar CARNATION® juga berpeluang menikmati percutian 5H3M untuk 2 orang  di Korea bersama Soo Wincci di mana 10 pasangan bertuah akan dipilih.


Peraduan yang telah berakhir 31 Mei lalu hanya memerlukan peserta menghantar 2 label Krimer Sejat CARNATION® 390g bersama borang peraduan dengan  menjawab satu soalan mudah.

Siapa agaknya pemenang bertuah tu kan? Barangkali jika ada media yang dibawa sekali mahu jer Kak Fas ikut haha....

Baru-baru ini juga, Krimer Sejat CARNATION® telah melancarkan label tin
baharunya dengan rasa hebat yang sama, dan ia boleh didapati di semua pasar
raya besar dan kedai-kedai runcit.

CARNATION® telah memulakan bengkel masakan di TESCO Pulau Pinang pada 22 Mei 2016 dan di TESCO Bukit Indah, Johor pada 28 Mei 2016 lalu  untuk berkongsi resipi-resipi gourmet  berkenaan. 

Khabarnya Soo WIncci sudah dua tahun menjadi duta kepada CARNATION. Sebenarnya Kak Fas tak tahu pula yang pelakon, dan penyanyi  ini pandai memasak.

Bertuah badan siapa yang menjadikan Soo WIncci isteri,,,, semua beliau boleh. Tetapi seperti yang selalu disuarakannya,

"Saya hanya akan kahwin selepas berjaya mencipta nama di Hollywood".

Emmm ... semoga impian Soo Wincci menjadi kenyataan. BIla dah 'famous' macam Dato Michelle Yeoh, jangan pula lupa peminat-peminatnya di Malaysia ya Soo?



Tiga resepi daripada Soo Wincci :