Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

KAMAL ADLI BERMADU DENGAN NELYDIA SENROSE DAN IZREEN AZMINDA?


Kamal Adli bermadu? Biar betul?

Tiada angin, tiada berita, tiba2 Kamal Adli dah berkahwin dan bermadu pulak tu? Apa kisah cinta matinya dengan Emma Maembong?

Tak jadi ke? Emmm......

Jangan risau! peminat kedua artis popular Kamal mahu pun Emma perlu memohon doa agar cinta keduanya tetap utuh dan sejati hingga ke jinjang pelamin.

Ini kerana Kamal hanya bermadu di dalam drama bertajuk "Pergilah Air Mata" yang akan bersiaran bermula 10 Julai ini di RTM setiap Sabtu dan Ahad pukul 7.05 malam di TV1.

Drama bersiri terbaharu adaptasi novel karya Hanni Ramsul bertajuk “Pergilah Air Mata” bakal mewarnai slot Widuri, menampilkan pelakon popular Nelydia Senrose, Kamal Adli, Izreen Azminda, Amar Asyraf, Reen Rahim, Mustafa Kamal dan Nadia Mustafa.

Drama bersiri 26 episod  ini merupakan adaptasi novel arahan Jo Yusof.



Kisahnya bermula dengan watak utama watak Sabrina dibawakan oleh Nelydia Senrose, seorang gadis naif dari kampung yang kehidupannya tidak terdedah kepada anasir negatif. Ada sesuatu yang malang menimpa Sabrina apabila dia diperangkap oleh rakan baiknya sendiri, Maria (lakonan Reen Rahim) sehingga terpaksa berkahwin paksa dengan seorang jejaka kaya bernama Badrul Datuk Hamidi (Kamal Adli). 

Bertambah malang, apabila sudah berkahwin, Sabrina menjalani hidup yang lebih sukar dengan menjalani kehidupan bermadu dengan isteri pertama Badrul, Dayana (Izreen Azminda) sehingga sering disalah anggap mahu mengaut harta suaminya.   

Kerana satu rancangan yang dirancang untuk memisahkan mereka, rumah tangga Badrul Datuk Hamidi dan Sabrina goyah hingga menyebabkan Badrul sanggup menyakiti Sabrina. Air mata menjadi teman setia buat Sabrina. 

Sabrina hidup ibarat burung dalam sangkar emas. Dia tetap dilayan baik oleh Datuk Hamidi, namun kesedihannya tidak berpenghujung. Namun, dalam membenci, rindu datang jua, Badrul tidak dapat melupakan Sabrina. Rasa benci membuatkan Badrul menafikan perasaan kasih dan rindu yang datang, hinggalah Sabrina meminta perpisahan. Dapatkah Badrul mengubati rajuk luka di hati Sabrina?




Situasi yang berlaku tersembunyi hikmah bila mana Badrul berubah sikap menjadi pemarah dan panas baran, namun  apa agaknya yang akan berlaku pada isteri-isterinya?

Anda akan dapat menemui jawapannya dengan menyaksikan drama tersebut bermula esok (Sabtu 10 Julai).

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.