Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

PUTERI UMNO MALAYSIA RAI 100 ANAK YATIM


Sebelum berakhirnya Ramadan, barangkali ini acara terakhir yang Kak Fas sempat luangkan masa untuk hadir bersama bagi meraikan majlis Iftar Pergerakan  Puteri UMNO Malaysia bersama kira-kira 100 anak-anak yatim sekitar Lembah Klang, Wilayah Persekutan dan Negeri Sembilan.

Sebenarnya sudah lama Kak Fas tidak mengikuti sebarang acara anjuran parti politik khususnya seperti Puteri UMNO Malaysia ini. Apabila mendapat undangan dari teman lama Roszana Abu Hassan dari M-Mode yang bertanggungjawab terhadap jemputan media, Kak Fas gagahkan juga untuk hadir ke Dewan Tun Hussein Onn, PWTC,  walau pun terpaksa redah kesesakan lalu lintas.

Melihat pada jadual acara, pendaftaran jemputan sepatutnya berlangsung jam 4.30 petang dan Kak Fas yang begitu berdisiplin tentang waktu tiba pada masa yang ditetapkan tetapi agak kecewa apabila di dapati kelibat urusetia belum ada.

Hanya kira-kira 5.30 petang barulah nampak kehadiran jemputan dan setelah dipelawa untuk masuk ke Dewan, pihak media dan tetamu tetap perlu menunggu. 

Ketibaan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hanya tiba kira-kira jam 6 petang iaitu lewat lebih sejam daripada jadual asal atur cara.

Khabarnya disebabkan Datuk masih belum selesai bermesyuarat.




Bagaimana pun, sebaik sahaja tiba, Ketua Puteri UMNO itu terus bersalaman dan melawat anak-anak yatim dari meje ke meja sambil bertanya khabar.

Selesai ucapan beliau  bergambar bersama ahli-ahli jawatankuasa Puteri UMNO Malaysia serta ahli-ahli Puteri daripada negeri-negeri yang hadir, majlis disempurnakan dengan pemberian cenderamata untuk anak-anak yatim.


“Dengan pemberian sumbangan ini diharap dapat memberi sedikit kegembiraan kepada anak-anak ini. Kita kena sentiasa bersyukur waima apa yang kita dapat sedikit pun hari ini, kita perlu mengucapkan syukur dan Alhamdulillah," ujar Mas.

Seterusnya, ahli-ahli Puteri juga tidak ketinggalan di mana atas sumbangan daripada Celcom, setiap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian-Bahagian seluruh Malaysia menerima menerima sumbangan  telefonita bagi kemudahan berhubung.

Dan sebelum majlis tamat untuk waktu berbuka puasa, Datuk Mas Ermieyati dipelawa ke pentas bersama pelakon jelita, Fasha Sandha bagi melaksanakan gimik pelancaran tudung/selendang  Fasha Sandha by Milyunir.




Istemewanya, Fasha memberikan harga diskaun yang istimewa kepada setiap ahli pergerakan Puteri UMNO Malaysia yang membeli koleksi tudung serta selendang yang dijual di bahagian luar lobi.

Kak Fas lihat ramai juga yang bukan sahaja sempat merakamkan foto bersama Fasha Sandha malah turut membeli tudung jenamanya itu. 



Pendekata, Fasha Sandha 'steal the show' pada majlis Iftar berkenaan apatah lagi beliau satu-satunya artis yang diundang barangkali.

Fasha nampak berseri berhijab walau pun ketika Kak Fas menemuinya secara jujur dia memberitahu, "tapi saya belum berhijab sepenuhnya".

Takpe Fasha... in syaa Allah masa itu akan tiba apatah lagi Fasha pun sudah berjinak-jinak dalam jualan muslimah.