Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

'RUDY HABIBIE' TERBAIK, HARUS TONTON DI PAWAGAM 4 OGOS


Di negara asalnya di Indonesia, filem "Rudy Habibie' terbitan MD Entertainment  mampu menarik 1 juta penonton selepas 12 hari ditayangkan. Bayangkanlah berapa pula kutipan filem ini berdasarkan pada bilangan penonton tersebut.

Pastinya mencapai 'box office' malah barangkali filem terlaris di Indonesia ketika ini.

Kak Fas sebenarnya sudah lama tidak menonton filem-filem Indonesia khususnya yang bergenre epik dan bersejarah. Jadi, apabila menerima undangan untuk prebiu khas "Rudy Habibie' yang dibawa ke Malaysia oleh pengedarnya Antenna Entertainment Sdn Bhd, Kak Fas lapangkan waktu pagi untuk hadir bersama  baru -baru ini.



Dan ternyata harapan Kak Fas melihat kembali sebuah filem yang berkualiti dari negara jiran itu tercapai. 

'Rudy Habibie' merupakan prekuel  berdasarkan pada kisah benar kehidupan bekas Presiden Indonesia ke 3 itu, pemilik nama penuh  Bacharuddin Jusuf Habibie atau lebih popular dengan nama ringkas BJ Habibie, kala beliau menuntut ilmu di Jerman. 

Walaupun memiliki sub judul ‘Habibie & Ainun 2‘, filem ini lebih berkisar pada kehidupan Habibie lakonan mantap Reza Rahadian,.di mana pelajar genius ini dilihat menjalinkan hubungan dengan wanita Poland (lakonan Chelsea Islan) sebelum mereka berpisah dan akhirnya bertemu dengan pasangan seumur hidupnya sekarang, Ainun.

Kak Fas belum menonton filem pertama tersebut namun hasil daripada tontonan 'Rudy Habibie', Kak Fas tidak sabar pula untuk mencari dan menyaksikan bagaimana kesudahannya sambungan kisah hidup tokoh  yang menciptakan pesawat N-250 Gatot Kaca untuk Indonesia ini.






"Kami sedang usahakan untuk filem 'Habibie & Ainun ' ditayangkan di televisyen terlebih dahulu supaya penonton boleh terus menyaksikan prekuelnya, "Rudy Habibie' ini, " ujar Liza H. Anand,  Pengarah Urusan Antenna Entertainment sewaktu ditemui.

Sudah pasti Kak Fas antara penonton yang tidak sabar untuk menunggu filem itu ditayangkan di kaca televisyen, barangkali di tv 3.

Bagaimana pun, sepanjang durasi tayangan, Kak Fas puas menonton 'Rudy Habibie' apatah lagi berada di Platinum Suite Cathay Cineplex e-Curve berkerusi empuk dan dingin. Terasa macam menonton wayang di rumah... 'so comfortable'.

‘Rudy Habibie’ (Habibie Ainun 2) ini diadaptasi dari buku berjudul Rudy: Kisah Masa Muda Sang Visioner karya penulis Gina S Noer.

Diarah oleh suteradara yang  menghasilkan filem box office seperti 'Ayat-ayat Cinta', Hanung Bramantyo, 'Rudy Habibie' memperlihatkan setting kehidupan di zaman masa muda BJ Habibie iaitu 1950-1960an.





Kak Fas dapat bayangkan bagaimana sukarnya pengarah merealisasikan 'setting' tersebut waima berada di negara orang pula. Namun melihat kepada sinematografi dan keseluruhan prop serta setting filem, Kak Fas dapat merasakan diri berada pada era itu.

Kisah kehidupan Rudy Habibie sebagai seorang visioner yang bersemangat untuk membuat pesawat bagi memenuhi impian ayahnya (papinya) dengan segala rintangan serta tentangan yang dihadapi daripada mahasiswa Indonesia sendiri cukup meninggalkan kesan.

Kak Fas dapat merasai perasaan Rudy hasil mimik wajahnya yang polos disebalik kehampaan yang dirasai mampu membuat penonton turut bersimpati dengannya. Sewaktu kuliah  di RWTH Aachen, Jerman Barat, Rudy  hidup dalam keadaan terbatas apatah lagi dengan kekangan kewangan yang dihadapi..

Paling berkesan dan membuat Kak Fas turut menitiskan air mata kala ayah Rudy rebah waktu mengimamkan solat tetapi Rudy terus menyambungnya dan hanya setelah selesai solat baharulah seluruh keluarga meratapi kepergian ayah tercinta.Adegan ini benar-benar 'touching'.

Puas menonton filem ini, Kak Fas teruja untuk melayari internet bagi mengetahui kisah lanjutannya dan ternyata mantan Presiden BJ Habibie sendiri melahirkan rasa kagumnya dengan penghasilan filem tersebut.

Malah pihak MD Entertainment membuat majlis kejutan hari jadi BJ Habibie yang ke 80 di atas pesawat.

Untuk itu kata BJ Habibie - (Kak Fas petik dari Detik.com) :


BJ Habibie dan Reza Rahadian. Pix: Ayolah Menulis.


"Halo terima kasih ya atas ucapannya, saya jadi inget waktu merayakan ulang tahun saya ke-60 di aero show. Jadi ini kedua (merayakan ulang tahun di atas pesawat) namun kali ini bersama the best actors and the best teams," ucap BJ Habibie.

Lebih teruja apabila BJ Habibie memberitahu, seorang rakannya yang bertugas di Jerman mengambil keputusan untuk pulang ke Indonesia hasil daripada menonton filem 'Rudy Habibie".

Wow, begitu mendalam kesan filem ini kepada penonton. Tidaklah sia-sia penerbitannya waima penggambaran berlangsung  di empat bandar  ia itu  Jakarta, Yogyakarta (Indonesia), Gorlitz dan Aachen (Jerman) dengan pengambilan lebih banyak dilakukan di Jerman.

Di samping lakonan mantap Reza yang pernah dua kali menjulang trogi pelakon lelaki terbaik serta Chelsea, turut membantu menghidupkan cerita ialah Boris Bokir, Ernest Prakasa,Pandji Pragiwaksono, Rey Bong dan Bastian Bintang Simbolon.

Pendekata, kesemua pelakon sampingan memainkan peranan istemewa dalam menghidupkan cerita 'Rudy Habibie' ini walau pun bagi pengarahnya ia sebuah filem yang paling rumit dihasilkannya.

Rumit bagaimana pun, Kak Fas rasa ia satu kebanggaan dan karya terbaik daripada pengarahnya, Hanung Bramantyo.

Syabas! Kak Fas beri lima bintang untuk filem ini dan mahu sahaja Kak Fas menontonnya lagi malah Kak Fas syorkan anda semua menontonnya dan ambil semangat Rudy Habibie untuk memajukan diri.