SAFI PERKENAL PRODUK MELALUI MUZIK VIDEO 'RANIAKU'
Dari kiri:Mahsuri Sulaiman, Sriram Krishnamurthy dan Nora Danish. |
Pelancaran produk terbaharu dari SAFI kali ini cukup unik dan glam.
Betapa tidaknya, rangkaian tiga produk terbaharunya yang mengandungi formulasi Duo Emas 24K iaitu Esen Emas Keremajaan, Serum Konsentrasi Plus dan Semburan Booster & Penyegar diperkenalkan secara sebuah muzik video tanpa sebarang visual produk berkenaan.
Nampak gayanya ini 'approach' terbaharu yang diambil beberapa syarikat dalam memperkenalkan produk mereka secara 'halus' di mana PANDORA juga Kak Fas lihat membuat pelancaran produk terbaharunya melalui teater muzikal baru-baru ini.
Apa pun ini cara yang Kak Fas rasa mampu menarik minat pelanggan secara 'sublte' kerana ia bukan satu paksaan namun yang penting nama jenama itu tetap di sebut.
Kali ini SAFI memperkenalkan video muzik berjudul 'Raniaku' yang dinyanyikan penyanyi program realiti, AF iaitu Aizat Amdan yang ternyata memberikan komitment sepenuhnya dalam mencipta lagu 'Raniaku'.melalui video arahan Nan Salleh manakala produser muzik dikendalikan Anas Amdan. Penggambaran dilakukan di Bali, Indonesia.
Menyentuh promosi gaya baharu ini, Ketua Eksekutif WIPRO UNZA, En. Sriram Krishnamurthy berkata, “Penghasilan Muzik Video Raniaku merupakan salah satu projek terbesar SAFI sepanjang produk penjagaan wajah itu diperkenalkan. Kami ingin meyebarkan mesej tentang kekuatan wanita yang diserlahkan melalui kecantikan diri serta bagaimana kasih sayang yang berterusan memberikan keberanian yang hebat untuk menempuh cabaran hidup.”
Menjadikan Duta SAFI Rania Gold, Nora Danish sebagai watak utama, Rania di dalam muzik video ini, beliau seorang isteri yang mengalami penyakit FUCH, sebuah masalah penglihatan yang serius sehingga mengganggu kehidupannya serta tugas sebagai seorang isteri.
Bimbang ditinggalkan insan tersayang, Rania nekad menyembunyikan perkara ini daripada sesiapa. Perubahan emosi dan perilaku Rania yang semakin ganjil mula dihidu suaminya, Azman- lakonan Remy Ishak.
Setelah didesak untuk berterus terang, Rania menceritakan masalah yang dihadapi walaupun perkara ini pahit di telan Azman.
Dengan usaha untuk mengembalikan isterinya, Azman cuba meyakinkan bahawa perasan cinta itu tidakkan pernah pudar, malah beliau mula membantu Rania dalam urusan kerja-kerja rumah, serta menenangkan emosi Rania bagi membuktikan komitmen beliau terhadap perhubungan ini.
Usaha Azman mula menyentuh perasaan Rania. Dengan perlahan beliau mengumpul segala kudrat untuk kembali bangkit dan menjalani pembedahan mata.
Ceritera romantis yang menyayat hati ini membuktikan bahawa setiap cabaran akan mampu ditempuhi jika kekal bersama. Dengan mencintai seseorang akan memberikan kekuatan, dan dicintai seseorang pula akan memberi satu kekuatan yang hebat.
Ditanya kenapa memilih Aizat Amdan untuk menyanyi dan mencipta lagu 'Raniaku'?
Menurut Konsultan SAFI Pn Mahsuri Sulaiman, “Aizat Amdan merupakan pilihan SAFI yang tepat untuk berkolaborasi dalam projek Muzik Video Raniaku. Garapan lirik yang baik serta kreativiti Aizat menzahirkan mesej SAFI dalam bentuk gubahan lagu ini menjadikan ia sesuatu yang unik. Setiap baris yang terungkap penuh dengan makna yang tersirat.”
Bahagia itu satu rasa penuh makna yang hadir dalam jiwa manusia. Bahagia itu tersemat di dalam kasih, terselit di dalam rindu, tersimpan di dalam hati. Sungguhpun tidak terlihat pada zahirnya, bahagia itu mampu membuat yang berduka mula tertawa, yang suram mula tersenyum, yang bercinta semakin bertambah cintanya.
Berkongsi perasaan indah antara dua jiwa, SAFI jenama Halal no.1 Malaysia SAFI seraya memperkenalkan tiga produk baharu SAFI Rania Gold diperkaya dengan formulasi DUO EMAS 24K iaitu:
1) Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold, 100ml, pada harga RM32.50
2) Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold, 20ml, pada harga RM 36.90
3) Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold, 75ml pada harga RM 32.50
Formulasi DUO EMAS 24K ini merupakan gabungan BIO EMAS 24K dan FLAKE EMAS 24K bersama PROTEIN SUTERA. Formulasi ini bukan sahaja memelihara struktur luaran malah meliputi struktur dalaman kulit wajah ajar keremajaan dapat dipelihara dengan lebih efektif.
Berkongsi pengalamannya menggunakan produk-produk berkenaan, Nora Danish berkata:
“Apabila usia meningkat, daya tahan kulit untuk mengunci lembapan akan berkurangan menjadikan kulit kering, kasar, dan hilang keanjalan. Alhamdulillah, Esen Emas Keremajaan SAFI Rania Gold dengan formulasi DUO EMAS 24K menjadikan kulit wajah lembut dan menyediakan kulit Nora untuk menyerap produk seterusnya. Serum Konsentrasi Plus SAFI Rania Gold pula Nora gunakan untuk meningkatkan keanjalan serta memperlahankan kemunculan garis- garis halus.
"FLAKE EMAS 24K di dalam rangkaian terbaru ini bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit. Dengan formulasi DUO EMAS 24K Nora tidak lagi risau dengan ancaman kulit rosak. Ketika cuaca panas di set penggambaran atau berjalan-jalan di luar, Semburan Booster & Penyegar SAFI Rania Gold sentiasa Nora bawa bersama. Semburan yang menyegarkan ini memberikan lembapan berganda pada kulit agar wajah segar bermaya sepanjang masa. Malah, ia juga bertindak untuk mengekalkan solekan Nora."
Produk SAFI Rania Gold ini boleh di dapati di seluruh Malaysia termasuk farmasi, pasaraya dan pasaraya hiper utama.
Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman instagram SAFI@safimalaysia dan saluran youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia.
Dari Kiri: Ketua Pemasaran Wipro Unza Malaysia,Pan Choi Yen, Mahsuri Sulaiman. Sriram Krishnamurthy, Nora Danish, Aizat Amdan, Remy Ishak dan Nan Salleh. |