Produk

[PRODUK][bsummary]

Gaya Hidup

[GAYA HIDUP][bigposts]

Bisnes

[BISNES][twocolumns]

SHARNAAZ LEBIH 'COOL', DUTA 'MEN'S BIORE'


Sudah lama sebenarnya tidak ketemu dengan jejaka Malaya ini yang terkenal dengan pandangan lantang dan panas barannya. Malah ini diakui sendiri oleh Sharnaaz apabila hadir untuk sesi soal jawab bersama  media baru-baru ini, katanya, "Dah lama tidak berjumla pihak media'.

Kesempatan bertemu Sharnaaz pada majlis pelancaran  produk pembersih muka 'Men's Biore Double Scrub'  di mana beliau menjadi duta terbaharunya semalam (Rabu) membuat ramai di kalangan media hadir untuk mendapatkan perkembangan terbaharu daripadanya.

Dan sudah tentulah soalan yang timbul bukan sahaja mengenai pembabitannya sebagai duta produk tetapi lebih kepada perkembangan terbaharunya khusus soal rumah tangga, filem mahu pun bisnes gymnya.

Banyak sebenarnya yang dibicarakan dalam pertemuan kira-kira 15 minit itu dan seperti semua media maklum Sharnaaz bukanlah seorang yang cepat melenting waima ditanya soalan peribadi pun. Setiap soalan dijawabnya tanpa ragu-ragu memperlihatkan sikap telus dan jujurnya.

Barangkali anda tertanya-tanya kenapa Sharnaaz menerima tawaran menjadi duta produk berkenaan?

Ini jawapannya:

"Ia satu produk yang bagus dan lembut untuk kulit. Ia bagi kita 'double action' iaitu ia membersih sambil scrub jadi daki pun hilang, Sebenarnya saya sendiri pun guna produk ini dan apabila ditawarkan menjadi duta alhamdullillah mereka supply kat saya produk in.

"Saya pula kuat berpeluh jadi dengan produk ini dapatlah kawal pembersihan pada muka. Produk ini bertindak untuk memberikan kulit yang sihat, cerah, bersih tanpa berminyak serta menyegarkan dari dalam ke luar."





Sharnaaz melahirkan rasa syukur atas tawaran yang diberikan malah merupakan kali  pertama beliau bertindak sebagai duta produk.

"Bagi saya, untuk mengekalkan kulit yang sihat adalah dengan membersih secara mendalam. Malah untuk mengekalkan kulit yang bebas minyak dan sentiasa kelihatan segar adalah sesuatu yang mencabar kerana jadual kerja yang amat padat dan sentiasa sibuk.

"Tentu sekali sebagai seorang pelakon, penjagaan kulit amatlah penting kerana wajah saya perlu sentiasa kelihatan bersih dan tidak berminyak. Jadi Men's Biore dengan kuasa pembersihan detox ini sangat efektik bagi saya kerana ia dapat membersihkan kotoran jauh di dalam liang-liang pori  menjadikan kulit terasa lebih segar, bersih dan tidak berminyak." ulangi Sharnaaz.

Majlis sebelum itu menyaksikan Sharnaaz bersama Presiden Kao Malaysia, Masaki Fujiwara melancarkan produk pembersih wajah lelaki terbaharu keluaran Kao (Malaysia) Sdn Bhd.



Dalam ucapan sempena pelancaran tersebut, Masaki Fujiwara memberitahu,  pembersih wajah terbaharu 'Men's Biore Double Scrub'  ‎diformulasikan dengan teknologi terkini berjuta skrub Mikro dari Jepun di mana skrub akan memecah menjadi berjuta mikro skrub yang dapat mengoptimumkan keupayaan pembersihan detox jauh ke dalam liang pori seraya menghapuskan pelbagai masalah kulit dari akar umbi.

‎"Men's Bioré sentiasa berusaha untuk menghasilkan produk yang inovatif bagi memenuhi keperluan pelanggan kami. Dengan teknologi canggih sedia ada, kami yakin pelanggan akan dapat melihat perubahan pada kulit mereka selepas setiap penggunaan," tambah Masaki Fuiwara selanjutnya..‎

Direka khas untuk memenuhi citarasa golongan lelaki yang muda , aktif, dan lasak di Malaysia seperti Sharnaaz, rangkaian produk berkenaan terdapat dalam 5 variasi termasuklah Oil Clear, Acne Solution, Bright Clean, Deep Clean, Deep Clean Extra Cool, yang mampu mengatasi pelbagai masalah kulit lelaki yang berbeza.

Rangkaian pembersih Men's Biore dijual pada harga RM8.60 (50g) dan RM15.70 bagi pek 100g, kini boleh didapat disemua peruncit utama, farmasi, pasaraya besar dan kedai-kedai runcit seluruh negara.


Kenapa memilih Sharnaaz Ahmad sebagai duta terbaharu?

Imej Sharnaaz yang berani dan berkeyakinan menjadikan beliau  model  berperanan besar di mata masyarakat Malaysia dan mencerminkan status Men's Biore.

Barangkali juga penggunaan Deep Clean Extra Cool menjadikan pelakon berimej 'panas baran' ini sudah mula 'cool' ?

"Ya saya rasa saya banyak 'cool' dan tenang daripada  segi pemikiran. Nak marah tu tetap marah cuma dulu pemikiran 'short' sikit tapi sekarang dah panjang sikit, dan fikir patut kah aku marah, tetapi dulu pun kalau saya marah sekejap je. Saya sendiri minta maaf kalau saya marah,

"Kita kena fikir banyak benda sekarang, umur pun dah 31, jadi tak nak lah asyik marah je kan," sambungnya ketawa.

Sharnaaz akui sikap panas barannya itu barangkali diwarisi daripada atok dan ayahnya.

"Tetapi yang kenal saya tahu hati budi saya, jika saya marah adalah untuk lindungi apa yang saya sayang, famili saya dan hak saya," jelasnya..

Dalam pada itu, ditanya soal perhubungannya dengan 'kekasih' hati, Sharnaaz cuma dapat berkata, "apabila masanya tiba saya akan membuat sidang akhbar untuk mengumumkannya."

"Saya tak ada apa nak cover, semua orang tahu saya sedang bercinta, jadi kalau nak ke arah itu sudah tentu saya kena bincang dan berjumpa dengan famili dulu lah. Belum ada apa-apa perancangan lagi tetapi saya akan buat PC apabila sudah ada segala butiran kelak." jelas Sharnaaz yang kini sedang bercinta dengan kakak Neelofa, Noornabila.

Bagaimana pun, sekiranya anda mahu mencuba produk pilihan Sharnaaz ini dan mahukan maklumat lanjut bolehlah layari www.kao.com/my/mensbiore/ atau www.facebook.com/MensBioreMalaysia.


BERGAMBAR sekejap dengan Sharnaaz.